Tuesday, May 12, 2009

Analogi “Tulip” Untuk Hari Jururawat 12 Mei 2009

Pada setiap musim bunga di Holland, putik kuntuman tulip kering berwarna kecoklatan, selepas melalui musim sejuk yang mencengkam, tidak pernah gagal untuk membuka kelopaknya di celah-celah tanah yang dingin; mengingatkan dan menggalakkan kita untuk sedar bahawa walau bagaimana dingin sekalipun cuaca, tetap ada sinar pada penghujungnya, seperti mana kelopak tulip yang berkembangan, membawa bersamanya renjisan warna serta harapan.Harapan inurses untuk Sambutan Hari Jururawat Sedunia 12 mei dianalogikan dengan “tujuan penciptaan hidupnya tulip yang melawan kesejukan untuk memenangi hati yang resah.”Begitulah tamsilan kepada kerjaya seorang jururawat,bekerja dengan penuh sifat manusiawi untuk menunjukkan kepedulian dan keperihatian dalam melakukan perawatan kepada pesakit yang sentiasa bertindak mahukan penjagaan yang terbaik.Bekerja dengan manusia jauh berbeza dengan bekerja dengan mesin atau computer.Kerjaya jururawat memerlukan hubungan kepercayaan dan perasaan,bukan skill teori yang dituntut selama 3 tahun di kolej kejururawatan semata-mata,bukan ilmu kepandaian dari sijil,diploma,ijazah,master atau phd in nursing apatah lagi paksaan.Kepayahan,kesusahan,perang emosi dan perasaan berhadapan dengan manusia bukan satu tanggungjawab yang senang untuk dipikul.Akibat tersilap pikul, dari mulianya kerjaya jururawat boleh bertukar kepada celanya jururawat.Bagaimana kemuliaan jururawat di raih?


Konsep Ihsan dalam tuntutan Fardhu Kifayah
Imam Al-Ghazali dalam Kitab Ihya Ulumuddin mengkelaskan ilmu Islam kepada 2 : fardhu ain dan fardhu kifayah.
Sedikit penjelasan berkenaan Fardhu ain :ilmu yang wajib diketahui dan dilaksanakan oleh setiap umat yang berakal dan baligh,contoh : ilmu akidah,tasawwuf dan fekah.

Fardhu kifayah pula bidang ilmu yang wajib dikuasi oleh sebahagian sahaja umat Islam.Imam Ghazali pula membahagi ilmu fardhu kifayah kepada 2 : ilmu syariat(ilmu tafsir Quran,ilmu mustolah hadith,ilmu qiraat dll)dan ilmu bukan syariat(ilmu perubatan,ilmu kira-kira,ilmu pembinaaan,pertanian dll).tahniah kepada jururawat kerana memenuhi kewajipan tuntutan fardhu kifayah(ilmu perubatan) dalam memelihara kesihatan manusia.Kenalilah kebolehan dan potensi diri kita yang melayakkan kita menunaikan tuntutan ini tatkala um
at lain tidak mampu melakukannya.

“Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai kepada upaya itu, maka sekurang-kurangnya rasakanlah yang Allah itu melihat kamu”
Ihsan membawa pengertian melihat atau dilihat..aplikasi konsep ihsan akan mencetuskan satu kesedaran dan usaha yang terbaik bagi jururawat dalam melakukan perawatan.. “setiap gerak geri perawatan mestilah dimind setkan seakan-akan kita melihat Allah,atau paling lemah,rasailah Allah sedang memerhatikan kerja kita” kit
a tidak boleh bersembunyi di sebalik mematikan call bell pesakit..seseungguhnya kita sedang diperhatikan..

Mulia Jururawat pada nilai kerja dan tabiat “Begin with the end in mind”.
Berfikir dan melihat tujuan,cita-cita,misi,visi,matlamat dan kesan diawal perjalanan akan mendorong kita kepada nilai kebaikan perawatan yang dilakukan.Kita akan mencapai satu tahap kepuasan,ketenangan kerana dapat memberikan perawatan yang terbaik yang membawa kesan kepada penyembuhan pesakit.bukankah mulia bila kita memberi perawatan dan kegembiraan yang terbaik kepada pesakit,pesakit sembuh dan gembira?
walaupun kadang-kadang pesakit mendapat kegembiraan yang lebih dari kita..itulah potensi diri jururawat..Nilai adalah berkadar terus dengan mutu kerja kita.semakin baik prestasi kerja kita semakin tinggi nilai yang kita dapat.Tapi kita perlu berhati-hati dengan nilai yang pelbagai..kita mungkin akan di pamerkan dengan nilai harta,nilai pangkat..namun kita perlu sedar yang kita ada tujuan..kembali kepada “Begin with the end in mind”..bernilainya kerjaya jururawat bukan hanya kepada berjayanya menjaga hubungan dengan manusia tetapi Berjaya juga menjaga hubungan dengan Pencipta..maksudnya “end in mind” adalah melaksanakan tugas sebagai hamba dengan menjadikan setiap gerak perawatan sebagai ibadah dan melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan menyalurkan kebaikan semasa pesakit memerlukan. Buat baik kepada sesama manusia boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.(kata-kata ust.hazrizal) Bayangkankan kalau kita bekerja shif pagi (7pg -2.30 ptg) > lebih kurang 7 jam bekerja,kalau shif malam (9mlm – 7 pg) lebih kurang 10 jam bersama pesakit..ianya peluang bonus bagi jururawat untuk melakukan kebaikan..Cuma tinggal edar atau tidak..hendak atau tidak..

Tidak hairanlah jika tokoh jururawat antaranya Rufaidah, Nusaybah, Florance Nightingale , dan Virginia Henderson dimuliakan kerana sumbangannya dalam bidang kejururawatan..ikuti entry “Paradigma Dalam Kejururawatan.”

1 comment:

  1. Selamat Hari Jururawat buat semua jururawat lelaki mahupun perempuan. Terima kasih kerana menjadi jururawat (^_^). Paling penting jgn lupa jadi jururawat penyakit dalaman juga (sakit ruhiyyah).

    All da best, misi!

    ReplyDelete