Sunday, May 3, 2009

4 in MEI..for Women..3 in MEI..for Men

01 MEI - SELAMAT HARI PEKERJA (nurses tetap bekerja walaupun PH)
Ingatlah dunia ini merupakan jambatan emas yang menghubungkan kita dengan negeri Akhirat.Kehidupan yang cemerlang di dunia tidak menghalang kita daripada mencapai kebahagiaan di negeri Akhirat.Bersamalah kita terus bekerja dan berikhtiar mencari keperluan penghidupan di dunia ini seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi, dan beramal serta beribadahlah seolah-olah kita akan mati esok hari.

Firman Allah SWT: “Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan” (Surah al-Qhasas, ayat 77).

MARILAH KITA BEKERJA,BERAMAL DAN MERAWAT DENGAN HATI YANG TULUS,SENYUMAN YANG CERIA DAN WAJAH YANG BERSERI... BERDOALAH AGAR ALLAH TIDAK MEMBOLAK BALIKKAN HATI KITA KEPADA PERASAAN "JEMU" DALAM MEMBERI PERAWATAN KEPADA PESAKIT..KITA MENGHABISKAN MASA LEBIH KURANG 7 JAM (SHIF PAGI DAN PETANG) DAN 10 JAM(SHIF MALAM) DI MEDAN KESAKITAN...Gunalah sebaiknya..."berjalanlah sambil menyapu sampah"..bersih lantai tu..he..he..

10 MEI - SELAMAT HARI IBU
Ya Allah..kekalkanlah tempias asma’-Mu “al-Wahhab” >Yang Maha Memberi kepada ibuku..agar dia tak jemu menyayangi dan mencintai diriku dan adik-beradik yang lain serta member i kemaafan tanpa mengenakan apa2 syarat pdku..aku bahagia memiliki ibu yang memiliki hati sepertinya...Ya Allah..ampunkan dosaku dan dosa keduaibubapaku serta rahmati mereka dengan kasih sayangmu sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku..





12 MEI - SELAMAT HARI JURURAWAT
Sambutan Hari Jururawat sedunia disambut bersempena hari kelahiran Florence Nightingale
(12 May 1820 – 13 August 1910) yang dikenali “The Lady With The Lamp”.Dia terkenal sebagai pelopor dalam bidang kejururawatan dan sumbangannya bersama 38 volunteer nurses dalam Crimean War.
“Pada masa dahulu seorang wanita muslimah itu memainkan peranan di medan jihad.Ia telah melakukan kerja memberi m
inum tentera dan merawat orang yang luka.Bahkan kadangkala seorang wanita itu turut serta menghunus senjata.Contohnya ialah seperti yang dilakukan oleh Ummu Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan Uhud.”(Mustafa Mashyur)
Happy Nurse’s Day to all nurses..2 tokoh jururawat pilihan..Siapa PILIHAN anda?? >>ikuti entry khas untuk HARI JURURAWAT 12 MEI

16 MEI - SELAMAT HARI GURU

“Ya Allah..berikanlah kami guru-guru yang memiliki ilmu yang tinggi,hati yang suci,bersih peribadi dalam memberi perkongsian ilmu kepada kami..berikanlah mereka perlindungan dan kasih sayangMu kepada semua guru-guruku yang pernah mengajar diriku mengenali buku dan dan mendidikku supaya
baik perilaku..”
Selamat hari guru buat semua yang bergelar guru..(kakakku arliza,abangku
arlihamdi,sahabatku yang bakal menjadi guru..syukuriah..adik izzati..dll)

Inurses : men can be a worker,can be a nurse and can be a teacher..but to be somebody like a mother maybe in fantasy..kepada seorang bapa mithali,ataupun “seorang bapa reality” yang memainkan peranan sebagai ibu..tahniah kerana ‘memberi’ dengan secukupnya..dan kepada lelaki yang bercita-cita untuk menjd bapa yang mithali dan bapa reality..realisikan fantasi seindah imaginasi


No comments:

Post a Comment