Monday, May 11, 2009

Tulip Membuka Kelopak di Celahan Tanah yang Dingin 9 Mei

" Ati masuk dalam paper berita harian semalam.." inurses terpinga-pinga..sambil makan mee goreng yang Ily bawa balik dari kampung.."mana papernyer nak tengok..eh..tulip!!! kak alia,jangan la tengok tulip tu..tengok la gambar ati ni dulu..hu..hu..Tulip mencuri perhatian inurses..rupa-rupanya ada Jualan Amal Tulip telah diadakan pada 9 MEI 2009 di pusat beli-belah Sungei Wang Plaza.Tujuan jualan amal ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi Tabung Barah Kanak-Kanak(CCF) di Pusat Perubatan Universiti Malaya(UMMC).

Pesakit kanak-kanak cancer yang menerima rawatan dengan penuh kasih sayang di PPUM,unit onkologi.



ACARA TAHUNAN CERIAKAN PESAKIT DAN MENAMBAT HATI IBU
BUNGA dan mesej yang tersirat dari setiap kelopak, aroma dan warnanya mampu diterjemah siapa saja. Bagi pasangan yang asyik bercinta, sekuntum bunga dihulurkan ibarat merungkai rasa di jiwa.


Bunga juga bersifat terapi. Mengapa tidak, gubahan bunga yang diletakkan di meja sisi katil pesakit mampu
mengubah suasana.
Jambangan bunga beraneka warna membias aura positif
bagi insa
n yang sedang menanggung kesakitan. Bunga yang diberi umpama pelengkap kasih sayang keluarga yang setia mendoakan kesejahteraan insan tersayang.Begitulah magis bunga yang sejak berzaman memberi interpretasi tersendiri malah menguja hati manusia dalam apa keadaan sekalipun.


FAKTA: Tulip
Pada setiap
musim bunga di Holland, putik kuntuman tulip kering berwarna kecoklatan, selepas melalui musim sejuk yang mencengkam, tidak pernah gagal untuk membuka kelopaknya di celah-celah tanah yang dingin; mengingatkan dan menggalakkan kita untuk sedar bahawa walau bagaimana dingin sekalipun cuaca, tetap ada sinar pada penghujungnya, seperti mana kelopak tulip yang berkembangan, membawa bersamanya renjisan warna serta harapan.
Umum bun
ga ini dikenali sebagai tulip tetapi nama asalnya ialah tulipa.
Tulip berasal dari kumpulan keluarga bunga Liliaceae.
Sehingga hari ini, sebanyak 150 spesies bunga ini sudah dikenal pasti pengkaji botani.
Tulip ditemui di selatan Eropah; utara Afrika dan beberapa negara Asia.
Kepelbagaian spesies tulip boleh ditemui di pergunungan Pamir dan Hindu Kush serta kawasan steppe di Kazakhstan.
Tulip dari spesies Tulipa gesneriana menjadi kumpulan variasi tulip paling banyak ditanam dan dikomersialkan.
Walaupun tulip sinonim dengan Belanda, bunga dan nama bunga ini berasal dari Empayar Parsi.
Tulip dikenali sebagai Lale di Turki.
Dipercayai, orang Turk mempopularkan tulip di benua Eropah.
Duta Ferdinand I, Oghier Ghislain de Busbecq di Empayar Ottoman pada 1554 pernah menulis mengenai tulip dalam sepucuk surat. Beliau menyatakan melihat bunga dari spesies Narcissus, hyacinth dan Lale di mana-mana saja dalam Empayar Ottoman.
Kami terpegun kerana bunga masih berkembang pada pertengahan musim sejuk yang lazimnya tidak sesuai untuk bunga hidup.

Era kemuncak Empayar Ottoman dikenali sebagai Era Tulip atau Lale Devri dalam bahasa Turki.
Charles de L’Ecluse (Clusius) dikatakan mempopularkan tulip pada akhir abad ke-16. Tulip mencapai zaman kemuncaknya antara 1634 hingga 1637 apabila orang ramai menggilai bunga ini hingga timbul istilah
tulip mania.

Setiap Mei, Festival Tulip diadakan di Belanda, United Kingdom (UK) dan utara Amerika Syarikat.
Antara festival tulip yang dikenali ialah Festival Lembah Skagit di Washington D C; Festival
Tulip Pella di Iowa dan Festival Tulip Kanada di Ottowa, Kanada.
Pusat pameran terbesar tulip di dunia ialah di Keukenhof, Belanda

inurses : antara gembira dan kecewa..tak de jodoh nak jupe bunga tulip hidup..simbolik tulip yang berupaya hidup di waktu sejuk itu perlu dicontohi..sesuai dengan kerjaya "jururawat yang memberi perawatan tatkala pesakit dalam kesakitan..begitulah tamsilan tulip yang mekar di waktu kesejukan"..pesanan kepada inurses jangan sampai digelar "tulip mania"..he..he..

1 comment:

  1. oo.. lagu ni ruponya bungo tulip.. x tau pong..
    "bunga tulip masih berkembang pada pertengahan musim sejuk yang lazimnya tidak sesuai untuk bunga hidup!"
    ambo pun nk jadi mcm bungo tulip jugok la klu gitu.. "tulip yang mekar di waktu kesejukan"..

    ReplyDelete