Wednesday, March 18, 2009

SALAM IMTIHAN



Begitulah resam student..bagi kami pelajar jururawat ni..dah abih belajar teori dalam kelas..sesi praktikal di bilik praktik dah hampir kesemua buat..sesi posting klinikal dah abih..tibalah time semua student kena study..nak exam..

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER KEPADA SEMUA

PELAJAR JURURAWAT
KUMPULAN DIPLOMA 23 SESI 2006/2009

DOA + USAHA + TAWAKKAL = INSYAALLAH BERJAYA

OCSE 19/3/2009

PAPER PSYCHIATRIC - MENTAL HEALTH 23/3/2009

PAPER ICU,OT and A+E 25/3/2009

<

Wednesday, March 11, 2009

PPSMI antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

" Bagi akak la,baik subject matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris..anak akak dah improve englishnya.." kata seorang staffnurse
" tapi kak,nak saya tak pun..lagi teruk adala.." kata seorang kerani pula
lantas dibalas pula.." tu salah engkau la,tak pantau anak-anak belajar" kata staffnurse itu lagi
" akak tak per la ada diploma of nursing..bleh ajar anak2,tapi kalau mak bapak yang diploma of nelayan,diploma of petani ni cam maner kak.." tanya kerani pula..
" engkau tahu anak nelayan petani lagi terer tau" jawab staffnurse balik..



"aku tahu kau nak cakap yang sebenarnya demo PPSMI tu bagus kan?kau ingat aku tak tahu..kau tahu tak perarakan tu banyak menyusahkan kerajaan,menyusahkan rakyat..menyusahkan aku jugak tau..aku terperangkap dalam kereta masa tu.." kata staffnurse lagi.
kerani tadi menjawab.."sapa suh akak keluar,kan dah diwar-war kan yang akan ada perarakan nak hantar petisyen mansuhkan PPSMI,tengok saya duk umah jer tegok perkembangan melalui berita"
"aku tak bodoh la,aku ada keje la masa tu..kalau tak aku tak kuar pulak.."muka merah padam..muka mmg menunjukkan kemarahan..
"apa yang kau takut sangat..kau takut bahasa melayu ni hilang..hey hang tuah pun cakap la takkan melayu hilang di dunia..aku tetap ngan prinsip aku..aku tetap tak setuju kalau mate dan sains dalam bahasa melayu balik.."
suasana riuh dalam ward Rawatan rapi Kardiotorasik (CICU)..
" Dik kau tahu tak..akak tengok ngan mata akak sendiri tau..pak-pak aji..orang yang pakai tudung labuh,pakai ikat kepala tulis anti PPSMI lari masa FRU lepaskan gas pemedih mata..akak malu tau dik..cam ni ke orang Islam..dulu malaysia aman sekarang dah berbolak balik..sket2 perarakan..orang putih yang duk tegok tu akak tengok diorang bertepuk tangn..malu malaysia dik.."stafnurse tersebut bercerita kepada kami,student nurse..

KAMI MEMERHATI PENUH TANDA TANYA
dalam diam kami memerhati perdebatan antara seorang penyokong dan seorang pembangkang..dalam suasana riuh itu,sedikit sebanyak membuat kami berfikir..pada mulanya ingin memberi pendapat,tapi hujag tak kukuh..lagi pun kami hanya "buah cempedak diluar pagar ambik galah tolong tunjukkan"..kami tengah belajar..tengah praktikal..guru-guru kami adalah senior2 stafnurse..kami takut keadaan lagi parah..derhaka pulak pada guru..jadi kami hanya berdiam diri..

DEMONTRASI MEMBERI IMEJ BURUK PADA ISLAM
Dalam tak perasan,sebenarnya air muka saya berubah semasa stafnurse tersebut mengaitkan isu ini dengan imej Islam..Bagi saya ada pro kontra nya tindakan ini..sebelum ini GPM telah menggunakan cara berunding tapi selama 6 tahun sains mate dalam bahasa inggeris diaplikasikan tiada respon..jadi GPM sekali lagi hantar petisyen dan disertai dengan perarakan..hal ini mengejutkan kerajaan dari keadaan drowsy mungkin..
kontranya..pandangan orang ramai terhadap Islam pula bagaimana?apa tindakan kita sekira kita nak backup tindakan itu?apakah pandangan yang boleh kita lontarkan kepada orang ramai tentang hubungkait Islam dan Demo?

inurses : inurses kekeringan idea..situasi di depan mata..bagaimana nak selesaikannya?inurse atas pagar sekarang..sila bagi pandangan anda??

Sunday, March 8, 2009

PESANAN YANG TERAKHIR



" Wahai manusia,dengarkanlah kata-kataku ini..pesanan yang terakhir..sesungguhnya aku tidak tahu apakah aku boleh bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini..ditempat ini..buat selama-lamanya..kalau kamu ditanyakan mengenai aku di Hari Qiyamat kelak,maka apakah yang akan kamu katakan?

Mereka menjawab : KAMI BERSAKSI,sesungguhnya telah engkau samapaikan,telah engkau tunaikan,dan telah engkau nasihatkan.."

YaAllah..saksikanlah!!saksikanlah!! saksikanlah !!


"Demi Allah,ALANGKAH INDAHNYA kata-kata yang disampaikan Rasulullah SAW di Padang Arafah itu,hingga menjadi bahan khutbah dan ceramah terus menerus oleh sejarah generasi demi generasi kemudiannya.Kata-kata indah yang diucapkan setelah selesai menunaikan amanah kepada umat,setelah berjuang di jalan da'wah kepada Tuhannya selama 23 Tahun tanpa jemu dan tanpa menghiraukan penat lelah."



"Demi Allah,ALAGKAH BAHAGIANYA saat-saat itu,saat-saat berhimpunnya ratusan ribu manusia di sekeliling baginda,berkumpul dengan keadaan tunduk dan patuh,setelah sebelumnya berpuak-puak dan saling bermusuhan."



"Ratusan ribu manusia memenuhi tanah rata Arafah sejauh mata memendang segenap arah.."
Muhammad Said Ramadhan Al-Buti

12 Rabi'ul Awwal ia bukan sekadar tarikh kelahiran insan agung teladan sepanjang zaman..bahkan ia juga sebuah tarikh kewafatan..tanda dunia ditingggalkan insan agung yang akan dirindui sepanjang zaman.



Kita renungi pesanan terakhir yang sungguh indah..Suara gema dipadang 'Arafah

BERGERAKLAH KEHADAPAN SAUDARAKU !!
Kita langkaui retorik tema,sepanduk dan perarakan saban tahun..
Yang kosong tak berisi..
kita hayati quran dan sunnah
panduan dan warisan agung teladan
sehingga seluruh diri Hidup dengannya
kita renungi pesan terakhir yang sungguh indah
suara gema di padang 'arafah
yang membasahi bumi hati ratusan ribu manusia
sejauh mata memandang disegenap arah
kita renungi sedalam-dalamnya..
pesanan yang terakhir..

" Wahai manusia,sesungguhnya darah dan harta benda kamu,diharamkan ke atas kamu mencerobohinya sehingga kamu bertemu dengan Tuhanmu..."

SUBHANALLAH!ALANGKAH INDAHNYA!
Pandangan dan pesanan yang melangkau tempat dan zaman
seakan baginda diilhamkan
dasyatnya keruntuhan iman zaman mendatang
hilang pedoman..hilang obor penyuluh jalan..
lihat saja hari ini
darah manusia ditumpahkan semurah-murahnya
hak dan harta benda manusia diselewengkan sesuka hati..
Wahai Rasulullah..benar,telah engkau sampaikan!
Bahkan diulang sekali lagi diakhir khutbah,tanda PENTINGNYA pesanan ini,

"Wahai manusia,sesungguhnya telah kamu ketahui bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim ynga lain,dan semua muslim adalah bersaudara.Harta saudaranya tidak halal digunakan oleh sesiapapun kecuali dengan kerelaan hatinnya,Apakah telah aku sampaikan?Ya Allah saksikanlah!Selepas kewafatanku,jangan kamu kembali kepada kekufuran yang menyebabkan kamu berperang sesama sendiri..."

" Wahai manusia!Sesungguhnya Tuhan kamu hanya SATU,bapa kamu juga SATU,Semua kamu berasal daripada Nabi Adam dan Nabi Adam diciptakan daripada tanah,orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang betaqwa,tiada kelebihan orang Arab keatas yang lain melainkan dengan timbangan taqwa...
Dengan RAHMAT IMAN DAN ISLAMlah..
KAMI DISAUDARAKAN..
Atas dasar imanlah
Kami bahu membahu
melempar jauh negatif perbezaan fizikal..
Dan terbentuklah sebuah KARYA BESAR..
Mengubah peradaban rendah jahiliyyah
menjadi bangsa muslim yang bermoral tinggi
mainstream baru peradaban dunia yang telah lama ternista
dengan eksploitasi hawa nafsu..dan keserakahan jiwa..
BENAR YA RASULULLAH!
Telah engkau sampaikan..Kemuliaan hanya diukur dimizan TAQWA!


"Tidakkah segala-gala perkara Jahiliyyah sudah diletakkan dibawah tapak kakiku?Pertumpahan darah secara Jahiliyyah dan riba jahiliyyah telah dihapuskan!..

Benar wahai kekasih Allah yang kami rindui,
bahawa Asabiyah,perkauman dan persukuan,
Kebanggaan dan perbezaan bahasa dan bangsa,perhambaan manusia dengan kekejaman,dan setiap perkara yang pernah dibanggakan jahiliyyah,DARI PANGKAL KE HUJUNG RANTINGNYA,TELAH DIHUMBANKAMBUSKAN KE PERUT BUMI
dengan tertegaknya syariaat Allah..
dan ia akhirnya menjadi tempat pijakan kaki manusia..kerana benar katamu ya Rasulullah!
Maka SIAPAKAH DIANTARA KITA
Yang mahu mennyelongkar kembali bangkai yang telah lama tertanam itu..
Sesungguhnya tidak ada yang sesat dariapda mereka yang ingin mengembalikan jahilyyah yang disangkakan kemajuan berfikir..!


"Sesungguhnya peredaran zaman berlaku sebagaimana keadaannya ketika Allah mencipta langit dan bumi.Sesunggunnya bilangan bulan-bulan disisi Allah ialah 12 bulan.Inilah yang ditetapkan dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi..."
UJI MINDA??
Kedua-dua calendar MASIHI dan HIJRI mempunyai 12 bulan dalam satu tahun,dapatkah anda fikirkan kesan besar yang berlaku jika bulan-bulan islam diubah mengikut kalendar masihi(yang harinya lebih dari bilangan hari dalam calendar hijri?"

"bertaqwalah kepada Allah dalam isu wanita,mereka adalah amanah Allah kepada kamu..."

WAHAI SELURUH MUSLIMAIN
DIMANA PUN KAMU BERADA
DI ZAMAN APA PUN KAMU HIDUP
BERLAKU BAIKLAH TERHADAP WANITA
HORMATILAH HAK DAN KEHORMATAN MEREKA..
SESUNGGUHNYA BENAR YA RASULULLAH!MEREKA ADALAH AMANAH ALLAH..

" Fahamilah kata-kataku ini wahai manusia,sesungguhnya telah kusampaikan,dan kutinggalkan kepadamu kitab Allah dan Sunnah RasulNya.."
Berpeganglah kepada keduanya
tidak ada tiganya..
dan inilah jaminan
buat pedoman perjalanan penuh kejayaan sepanjang zaman.

"Wahai manusia!Dengar dan Taatlah walaupun kepada seorang Habsyi yang melaksanakan hukum dari Kitabullah Saat dia dilantik menjadi pemimpinmu..."

"Berbuat baiklah kepada hamba sahayamu..berikanlah mereka makan apa yang kamu makan,berikanlah mereka apa yang kamu pakai..jangna sekali-kali kamu menyeksa mereka...."

kami dengar dan kami taat
benar Ya Rasulullah..telah kau sampaikan bahawa 'dengar dan taat' itu harus kami berikan kepada pemerintah yang taat pada Allah..


Lalu bergemuruhlah suara dari perhimpuan lautan manusia

"kami menjadi saksi bahawa telah engkau sampaikan,telah engkau tunaikan amanah,dan telah engkau berikan nasihat.."

Disaat itu,tenanglah kekasih Allah
Bersinar cahaya tenang dan redha
dari kedua mata baginda
berseri-seri memandang ke langit dan berkata : "Wahai Allah,saksikanlah..saksikanlah..saksikanlah.."

ALANGKAH BAHAGIANYA!!!
Alangkah bahagianya baginda
Dengan masa belianya
Dan seluruh umurnya
Dihabiskan buat menyebarkan syariah Allah

Alangkah bahagianya baginda,
Saat melihat hasil penat lelah sepangjang umurnya
Berbaloi haus dahaga diperit mentari
Merentas padang pasir yang peritnya tak terperi
demi memperjuangkan iman kepada Illahi...
Inilah suara gema melaungkan tauhidullah!!
inilah dia!!ratusan ribu tunduk sujud
bersama hati yang degup jantungnya
hanya kerana cinta padaNya..

Berbahagialah Wahai Junjungan Kami..
Allah memberkati setiap degup jantungmu yang memujiNya
Demi Allah
Ia bukan sekadar kesaksian ratusan ribu jiwa
Disekelilingmu didataran Arafah
Bahkan ia Kesaksian Muslimin Seluruh Generasi !!
Seluruh zaman dan masa
elagi hayat dikandung badan
Kami tetap bersaksikan
Bahawa Telah engkau sampaikn Ya Rasulullah!!
Dengan Keberangkatanmu ke alam baqa'



Berpindahlah amanah da'wah seluruhnya
Kepada kami..
dan kiranya kami masih jauh dalam perjalanan menyempurnakan tuntutan ini
semoga Allah mengejutkan kami
dari lena yang dibuai dan dibelai dunia..

Thursday, March 5, 2009

Kerjaya Jururawat Bukan Pilihan Terakhir

" Adakah kerjaya jururawat sebagai satu pilihan terakhir bagi awak?" tanya penemuduga pada hari interview di Dewan Seulas Pinang Pusat Perubatan Universiti Malaya lebih kurang 2 tahun setengah yang lalu..
jawapan pemohon tersebut..."tidak..menjadi seorang jururawat adalah cita-cita saya.."
" Awak pelajar sekolah agama,sanggupkah awak mengorbankan tudung labuh awak dan menjadi seorang nurse yang agak 'seksi' pakaiannya?" tanya Timbalan Pegawai Daerah semasa mengesahkan borang kemasukan ke Kolej Kejururawatan Pusat Perubatan Universiti Malaya,juga 2 thn setengah yang lalu..
jawapannya..bukan dengan kata-kata tapi dijawab dengan senyuman sahaja..

Mula timbul persoalan..Pelajar sekolah agama tak boleh jadi jururawat ke?Bukankah kerjaya jururawat tu mulia..berbuat baik pada orang yang memerlukan..
timbul lagi persoalan..orang tak bleh terima ke realiti ini..adakah orang akan pandang pelik..buang tabiat ke ape budak ni nak jadi nurse..macam tak percaya jer awak jadi nurse..




Dengan satu tekad..dengan sedikit ilmu dan tarbiyyah yang ada pada diri,kaki dijejak juga ke PPUM dengan cita-cita islami..

Jangan Inferior Dengan Kerjaya Anda

Kepada semua sahabat-sahabat atau adik-adik yang bakal mengorak langkah ke IPTA/IPTS..jika anda telah memilih ingin mengambil jurusan kejururawatan,sila lah..hospital memerlukan anda..Ketahuilah,di hospital kita boleh mengenali sebuah kitaran kehidupan,cuba bayangkan kita jururawat banyak bekerja dengan manusia dari bekerja dengan mesin..kita banyak berjumpa dengan orang yang sihat dan orang yang sakit,kita berjumpa dengan orang yang berstatus tinggi dan setaraf dan juga yang tiada..kita melihat saat kelahiran seorang bayi,bagaimana ragam manusia menempuhi tempoh ujian kesakitan,dan bagaimana seorang yang dalam ambang kematian menerima panggilan Illahi..dalam realiti kita bekerja,kita melihat kesenangan dan kesusahan..bukankah kita akan lebih menghargai sebuah kehidupan jika kita menghayati dan mempelajari kehidupan itu..dalam penghayatan itu,kita akan sedikit sebanyak memuhasabah dan melakukan koreksi kendiri..kita sebenarnya ada kelebihan kita sendiri..kemahiran yang kita ada tak semua orang mengetahuinya..Jadi jangan inferior dengan kerjaya anda sebagai nurse.

Bersyukur di Jadikan "Sihat" Untuk Merawat yang "Sakit"
" Sesiapa yang melihat ada di antara kamu kemungkaran,maka ubahlah dengan tangan kamu,jika tidak berdaya maka dengan lisan,jika masih tidak boleh maka ubahlah dengan hati,dan itulah selemah-lemah iman. " (hadith)

Apakah hakikat kemungkaran itu? Setiap perkara yang dilarang dan terlarang dilakukan dalam syariat Islam..
Di hospital,berapa ramai pesakit yang bila sakit tidak sembahyang? Berapa ramai nurse dan doktor yang tidak mengamalkan sunat memulakan kerja dengan menyebut nama Allah?Berapa ramai jururawat yang membantu pesakit untuk mengerjakan ibadat di hospital?

Lukman al-Hakim telah berpesan kepada anaknya dengan pesanan yang disebutkan di dalam al-Quran dalam surah Lukman ayat 17-19 yang bermaksud;

Wahai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala’ bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkar-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan jaganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong takbur lagi membangga diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”
pepatah melayu bermadah "Jadilah benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau dicampak ke darat menjadi gunung"
Sampaikanlah peringatan kepada pesakit kita sambil kita memberi perawatan kepadanya..semakin manusia diuji dengan kesusahan,semakin dekat manusia ingin mencari Tuhan..Gunakan peluang yang ada untuk menyumbang pada kembalikan " Dunia milik Islam"

inurses say : sahabatku,selalulah berdoa agar kita dapat memberi manfaat walau dimana kita berada..kita bukan tersalah memilih kerjaya,tetapi kita telah cuba untuk mejelaskan tuntutan fardhu kifayah yang tak semua orang memilihnya..Marilah kita bekerja,beramal dan membangunkan 'kesihatan' dengan cita-cita islami,senyuman yang ceria dan wajah yang berseri...Selamat Bekerja iNurses..nantikan new title..bagaimana inurses bekerja..


"

Wednesday, March 4, 2009

Practice Proper Hand Washing





Saya teringat luahan kata adik junior saya semasa berposting di wad...

" Kak,teruknya nama saya kena amik kat sister.." kenapa? "tadi staf PTj Kawalan Jangkitan datang buat pantauan ke wad..kebetulan saya baru lepas handle CBD (kateter kencing) sorang pak cik..lepas tu salah seorang dari staf tu datang dan pickup beberapa orang student,doktor dan staffnurse..mereka buat hand screening..nak tau kita basuh tangan atau tak..kalau basuh pun betul ke tak cara kita..masa tu saya dah basuh tangan tapi masa time tangan saya kena screening,ada kuman kak..Acenobacter Baumanni..saya dah dapat bad mark kak.."
Ekstrimiti Atas Salah Satu Anugerah
Penciptaan manusia terlalu unik..seunik kehebatan Pencipta yang tiada tandingnya..Kita di anugerahkan oleh Pencipta sepasang tangan yang masing-masing mempunyai 5 jari..Setiap tangan dan jari mempunyai fungsi tersendiri..setiap jari memerlukan antara sama lain,jika tiada sebatang jari sahaja kita terus di panggil cacat atau deformity..kerja yang dilakukan terganggu..mutu bekerja apatah lagi..Namun walaupun Dia memberi kecacatan,namun Dia anugerahkan pula dengan anugerah yang istimewa pula..Lihatlah dalil naqli keadilan Pencipta.. Oleh itu,syukurlah dengan apa yang dianugerahkan..terimalah seadanya nikmat pemberian..Sesungguhnya kita hanya mampu merenung,tak mampu rasanya untuk menghitung pemberiannya...
"...sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah,nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya..." (Ibrahim :34)
Sentuhan Tangan Meringankan Kesakitan
Pesanan kepada diri dan rakan rakan seperjuangan..kita adalah perawat..sentuhan mampu meringankan beban penderitaan pesakit..bayangkan kita tiada tangan untuk merawat,mampukah kita? bagaimana hendak memberi ubatan kepada pesakit,bagamaimana untuk melakukan dressing kepada pesakit?sama-sama kita fikirkan..andai kata anda pula adalah pelawat..sentuhan anda kepada pesakit juga membantu meringankan kesakitan..apatah lagi yang sakit adalah keluarga terdeklat anda..mereka sedikit sebanyak akan terubat dengan ziarah yang anda lakukan..

Smart Nursing Care in Action

Smart nursing care mampu mempercepatkan penyembuhan diri pesakit..antaranya "hand wasing "..basuhlah tangan sebelum dan selepas mengendali pesakit..
inurses say : amalkan budaya membasuh tangan dengan betul untuk mengelakkan penyakit..

Tuesday, March 3, 2009

Salam Indah Pembuka Cerita

" Penat..letih..sakit pinggang..ngantuk..dah pukul 5 pagi.."
Salam sayang buat semua sahabat yang sudi berkunjung ke "taman tulip" malammu bercahaya siangmu bertenaga..
alhamdulillah..setelah mencuba,try and error..siap jugak taman ini..

"Sebiji benih yang baru disemai..perlu sentiasa di bajai dan perlu penjagaan rapi..barulah tumbesarannya tidak terbantut..bila dah tumbuh menjadi pohon,daunnye yang rendang mampu memberi teduhan sang mentari dan buah yang enak mampu memberi secukup rezeki kepada insani..."
Itulah analogi awal untuk taman tulip ini..


"seorang anak kecil yang baru lahir perlu diberi nutrisi yang cukup untuk mendapat pertumbuhan milestones yang sihat,boleh berbakti pada kedua ibu bapa,agama bangsa dan negara"..
analogi kedua untuk taman tulipku..

Setiap kehidupan ada pasangannya..putaran roda pun ada atas dan bawahnya..setiap yang salah ada betulnya..
" seorang pelajar tak pernah tak buat salah..adakala kesalahan besar,atau mungkin hanya kesilapan kecil,begitulah realiti kehidupan.."






tulips say : blog ni baru,blogger ni pun baru..jadi,berilah semangat,berilah sokongan..berilah kehidupan pada taman tulip ini..he..he..semoga taman ini mampu memberi manfaat untuk kita bersama..selamat pagi..he..he..dah pukul 5.30pg..