Sunday, March 8, 2009

PESANAN YANG TERAKHIR



" Wahai manusia,dengarkanlah kata-kataku ini..pesanan yang terakhir..sesungguhnya aku tidak tahu apakah aku boleh bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini..ditempat ini..buat selama-lamanya..kalau kamu ditanyakan mengenai aku di Hari Qiyamat kelak,maka apakah yang akan kamu katakan?

Mereka menjawab : KAMI BERSAKSI,sesungguhnya telah engkau samapaikan,telah engkau tunaikan,dan telah engkau nasihatkan.."

YaAllah..saksikanlah!!saksikanlah!! saksikanlah !!


"Demi Allah,ALANGKAH INDAHNYA kata-kata yang disampaikan Rasulullah SAW di Padang Arafah itu,hingga menjadi bahan khutbah dan ceramah terus menerus oleh sejarah generasi demi generasi kemudiannya.Kata-kata indah yang diucapkan setelah selesai menunaikan amanah kepada umat,setelah berjuang di jalan da'wah kepada Tuhannya selama 23 Tahun tanpa jemu dan tanpa menghiraukan penat lelah."



"Demi Allah,ALAGKAH BAHAGIANYA saat-saat itu,saat-saat berhimpunnya ratusan ribu manusia di sekeliling baginda,berkumpul dengan keadaan tunduk dan patuh,setelah sebelumnya berpuak-puak dan saling bermusuhan."



"Ratusan ribu manusia memenuhi tanah rata Arafah sejauh mata memendang segenap arah.."
Muhammad Said Ramadhan Al-Buti

12 Rabi'ul Awwal ia bukan sekadar tarikh kelahiran insan agung teladan sepanjang zaman..bahkan ia juga sebuah tarikh kewafatan..tanda dunia ditingggalkan insan agung yang akan dirindui sepanjang zaman.



Kita renungi pesanan terakhir yang sungguh indah..Suara gema dipadang 'Arafah

BERGERAKLAH KEHADAPAN SAUDARAKU !!
Kita langkaui retorik tema,sepanduk dan perarakan saban tahun..
Yang kosong tak berisi..
kita hayati quran dan sunnah
panduan dan warisan agung teladan
sehingga seluruh diri Hidup dengannya
kita renungi pesan terakhir yang sungguh indah
suara gema di padang 'arafah
yang membasahi bumi hati ratusan ribu manusia
sejauh mata memandang disegenap arah
kita renungi sedalam-dalamnya..
pesanan yang terakhir..

" Wahai manusia,sesungguhnya darah dan harta benda kamu,diharamkan ke atas kamu mencerobohinya sehingga kamu bertemu dengan Tuhanmu..."

SUBHANALLAH!ALANGKAH INDAHNYA!
Pandangan dan pesanan yang melangkau tempat dan zaman
seakan baginda diilhamkan
dasyatnya keruntuhan iman zaman mendatang
hilang pedoman..hilang obor penyuluh jalan..
lihat saja hari ini
darah manusia ditumpahkan semurah-murahnya
hak dan harta benda manusia diselewengkan sesuka hati..
Wahai Rasulullah..benar,telah engkau sampaikan!
Bahkan diulang sekali lagi diakhir khutbah,tanda PENTINGNYA pesanan ini,

"Wahai manusia,sesungguhnya telah kamu ketahui bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim ynga lain,dan semua muslim adalah bersaudara.Harta saudaranya tidak halal digunakan oleh sesiapapun kecuali dengan kerelaan hatinnya,Apakah telah aku sampaikan?Ya Allah saksikanlah!Selepas kewafatanku,jangan kamu kembali kepada kekufuran yang menyebabkan kamu berperang sesama sendiri..."

" Wahai manusia!Sesungguhnya Tuhan kamu hanya SATU,bapa kamu juga SATU,Semua kamu berasal daripada Nabi Adam dan Nabi Adam diciptakan daripada tanah,orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang betaqwa,tiada kelebihan orang Arab keatas yang lain melainkan dengan timbangan taqwa...
Dengan RAHMAT IMAN DAN ISLAMlah..
KAMI DISAUDARAKAN..
Atas dasar imanlah
Kami bahu membahu
melempar jauh negatif perbezaan fizikal..
Dan terbentuklah sebuah KARYA BESAR..
Mengubah peradaban rendah jahiliyyah
menjadi bangsa muslim yang bermoral tinggi
mainstream baru peradaban dunia yang telah lama ternista
dengan eksploitasi hawa nafsu..dan keserakahan jiwa..
BENAR YA RASULULLAH!
Telah engkau sampaikan..Kemuliaan hanya diukur dimizan TAQWA!


"Tidakkah segala-gala perkara Jahiliyyah sudah diletakkan dibawah tapak kakiku?Pertumpahan darah secara Jahiliyyah dan riba jahiliyyah telah dihapuskan!..

Benar wahai kekasih Allah yang kami rindui,
bahawa Asabiyah,perkauman dan persukuan,
Kebanggaan dan perbezaan bahasa dan bangsa,perhambaan manusia dengan kekejaman,dan setiap perkara yang pernah dibanggakan jahiliyyah,DARI PANGKAL KE HUJUNG RANTINGNYA,TELAH DIHUMBANKAMBUSKAN KE PERUT BUMI
dengan tertegaknya syariaat Allah..
dan ia akhirnya menjadi tempat pijakan kaki manusia..kerana benar katamu ya Rasulullah!
Maka SIAPAKAH DIANTARA KITA
Yang mahu mennyelongkar kembali bangkai yang telah lama tertanam itu..
Sesungguhnya tidak ada yang sesat dariapda mereka yang ingin mengembalikan jahilyyah yang disangkakan kemajuan berfikir..!


"Sesungguhnya peredaran zaman berlaku sebagaimana keadaannya ketika Allah mencipta langit dan bumi.Sesunggunnya bilangan bulan-bulan disisi Allah ialah 12 bulan.Inilah yang ditetapkan dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi..."
UJI MINDA??
Kedua-dua calendar MASIHI dan HIJRI mempunyai 12 bulan dalam satu tahun,dapatkah anda fikirkan kesan besar yang berlaku jika bulan-bulan islam diubah mengikut kalendar masihi(yang harinya lebih dari bilangan hari dalam calendar hijri?"

"bertaqwalah kepada Allah dalam isu wanita,mereka adalah amanah Allah kepada kamu..."

WAHAI SELURUH MUSLIMAIN
DIMANA PUN KAMU BERADA
DI ZAMAN APA PUN KAMU HIDUP
BERLAKU BAIKLAH TERHADAP WANITA
HORMATILAH HAK DAN KEHORMATAN MEREKA..
SESUNGGUHNYA BENAR YA RASULULLAH!MEREKA ADALAH AMANAH ALLAH..

" Fahamilah kata-kataku ini wahai manusia,sesungguhnya telah kusampaikan,dan kutinggalkan kepadamu kitab Allah dan Sunnah RasulNya.."
Berpeganglah kepada keduanya
tidak ada tiganya..
dan inilah jaminan
buat pedoman perjalanan penuh kejayaan sepanjang zaman.

"Wahai manusia!Dengar dan Taatlah walaupun kepada seorang Habsyi yang melaksanakan hukum dari Kitabullah Saat dia dilantik menjadi pemimpinmu..."

"Berbuat baiklah kepada hamba sahayamu..berikanlah mereka makan apa yang kamu makan,berikanlah mereka apa yang kamu pakai..jangna sekali-kali kamu menyeksa mereka...."

kami dengar dan kami taat
benar Ya Rasulullah..telah kau sampaikan bahawa 'dengar dan taat' itu harus kami berikan kepada pemerintah yang taat pada Allah..


Lalu bergemuruhlah suara dari perhimpuan lautan manusia

"kami menjadi saksi bahawa telah engkau sampaikan,telah engkau tunaikan amanah,dan telah engkau berikan nasihat.."

Disaat itu,tenanglah kekasih Allah
Bersinar cahaya tenang dan redha
dari kedua mata baginda
berseri-seri memandang ke langit dan berkata : "Wahai Allah,saksikanlah..saksikanlah..saksikanlah.."

ALANGKAH BAHAGIANYA!!!
Alangkah bahagianya baginda
Dengan masa belianya
Dan seluruh umurnya
Dihabiskan buat menyebarkan syariah Allah

Alangkah bahagianya baginda,
Saat melihat hasil penat lelah sepangjang umurnya
Berbaloi haus dahaga diperit mentari
Merentas padang pasir yang peritnya tak terperi
demi memperjuangkan iman kepada Illahi...
Inilah suara gema melaungkan tauhidullah!!
inilah dia!!ratusan ribu tunduk sujud
bersama hati yang degup jantungnya
hanya kerana cinta padaNya..

Berbahagialah Wahai Junjungan Kami..
Allah memberkati setiap degup jantungmu yang memujiNya
Demi Allah
Ia bukan sekadar kesaksian ratusan ribu jiwa
Disekelilingmu didataran Arafah
Bahkan ia Kesaksian Muslimin Seluruh Generasi !!
Seluruh zaman dan masa
elagi hayat dikandung badan
Kami tetap bersaksikan
Bahawa Telah engkau sampaikn Ya Rasulullah!!
Dengan Keberangkatanmu ke alam baqa'



Berpindahlah amanah da'wah seluruhnya
Kepada kami..
dan kiranya kami masih jauh dalam perjalanan menyempurnakan tuntutan ini
semoga Allah mengejutkan kami
dari lena yang dibuai dan dibelai dunia..

No comments:

Post a Comment