Saturday, April 18, 2009

Bidadari Dari Timur..KLIBF '09


Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,

Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,

Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi..
  • Novel memoir hasil buah tangan Tuan Sabariah Tuan Ishak & Ili Sarah Annual Bakri berjudul Bidadari Dari Timur (BDT).
  • Novel ini adalah sebuah catatan pengalaman isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidupnya bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz NikMat. Beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Dengan nada yang tulus, harmoni. Ia meriwayatkan hidup,memperihal kesetiaan, pengorbanan dan perjuangan...
  • Muka surat setebal 128 halaman Novel sulung terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd .
  • Harga RM12.90
  • Dapatkan naskhah yang memuatkan coretan dan kupasan belahan hati,belahan jiwa tuan guru ini di No 86 ruang legar PWTC
Majlis Pelancaran Novel 'Bidadari Dari Timur' :

TARIKH : 19 April 2009 (Ahad)

MASA : 12:00 tengahar
i - 1 petang

TEMPAT : Dewan Kedah / Johor, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala
Lumpur


TETAMU KEHORMAT : Y.A.B. Tuan Guru
Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri

JOM KE PESTA BUKU ANTARABANGSA!!
TAMBAH KOLEKSI KEPUSTAKAAN ANDA!!



Prinsip 6 B's

6 B's in Life (During given treatment to patient..the rational is to get 'full mark' in working)
  • Be Smart
  • Be Clean
  • Be True
  • Be Humble
  • Be Prayerful
  • Be Greatful
>>>Although 6B's are may be the quarter from a lot of 'Sifat Mahmudah' it's can be used in our life..who ever we are..what ever we do..when ever we are..as long as we are 'heroes'..'leader'..'khalifah' in this world.

6 B's in Work (During given medication to patient..the rational is to avoid medication error occur)
  • Pesakit yang Betul
  • Ubat yang Betul
  • Dos yang Betul
  • Masa yang Betul
  • Cara pemberian yang Betul
  • Rekod kardeks dengan Betul
>>>As a nurses, we must digest it !!!

inurses : selamat bekerja untuk rakan seperjuangan..marilah kita bekerja,beramal dgn memberi senyuman yg ceria dan wajah yang berseri .. patient need our good nursing care for them..:-)




Tuesday, April 7, 2009

Hari Kesihatan Sedunia 2009

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun untuk memperingati penubuhan WHO. Sambutan yang diadakan dengan tema yang berbeza-beza setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan global semasa yang khusus. Di antara tema-tema pada tahun-tahun yang lepas adalah seperti berikut:

2008 - Melindungi Kesihatan Dari Perubahan Iklim
2007 - Keselamatan Kesihatan Antarabangsa
2006 - Bekerjasama Demi Kesihatan

TEMA HARI KESIHATAN SEDUNIA
2009


Tema hari kesihatan sedunia 2009 yang ditetapkan oleh WHO adalah “Pastikan hospital dan fasiliti kesihatan selamat dan mampu menyelamatkan nyawa semasa krisis” (Save lives. Make hospitals safe in emergencies).

Tema ini memberi penekanan kepada keselamatan kemudahan kesihatan dan kesiapsiagaan anggota kesihatan untuk merawat mangsa semasa kecemasan akibat sesuatu krisis seperti bencana alam, perang dan wabak penyakit.

Kemudahan kesihatan dan anggota kesihatan merupakan nadi utama dalam menyelamatkan mangsa semasa bencana kerana mereka memberi rawatan kecemasan, mencegah penyakit dan menjaga keperluan kesihatan orang awam.



Walaupun dalam situasi krisis,mereka perlu memberi perkhidmatan kesihatan asas seperti perkhidmatan penjagaanibu dan anak, memberi vaksinasi dan juga penjagaan penyakit kronik.

Lazimnya, sistem kesihatan yang kurang mantap gagal berfungsi dengan cekap
semasa bencana dan boleh menjejaskan kesihatan awam. Gempa bumi yang berlaku di
Wenchuan, China pada Mei 2008 telah merosakkan lebih 11,000 institusi
perubatan sehingga memaksa beribu-ribu rakyatnya mendapatkan rawatan di tempat
lain.

Selain itu, konflik di Ethiopia dan Gaza telah mengancam perkhidmatan kesihatan asas seperti imunisasi. Tsunami di Lautan India pada tahun 2004 telah memusnahkan 61% kemudahan kesihatan di Aceh, Indonesia dan mengorbankan hampir satu per tiga bidan di kawasan tersebut. Ini merupakan satu kerugian yang besar kepada kesihatan wanita.

Kejadian seumpama ini perlu dijadikan iktibar bagi menggerakkan usaha-usaha kesiapsiagaan seperti merekabentuk dan membina struktur kemudahan kesihatan yang mampu menghadapi ancaman krisis. Tema ini juga menggesa kemudahan kesihatan mewujudkan sistem kerja yang mampu bertindak menghadapi kecemasan serta menjamin perkhidmatan yang berterusan.

OBJEKTIF SAMBUTAN

- Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan agensi-agensi pemberi perkhidmatan kesihatan mengenai kepentingan bersiap sedia untuk berfungsi dengan cekap, selamat dan berterusan semasa bencana
- Memberi kesedaran kepada pihak penggubal dasar, pembuat keputusan, dan perancang
kemudahan kesihatan supaya mengambil kira keperluan untuk merekabentuk dan membina struktur kemudahan kesihatan yang mampu menghadapi ancaman krisis
- Menggerakkan pihak pengurusan kemudahan-kemudahan kesihatan untuk mentaksir dan
menilai kemampuan kemudahan kesihatan mereka dalam menghadapi krisis serta mengambil tindakan pencegahan dan pembetulan yang wajar
- Meningkatkan kesedaran dan penghargaan masyarakat umum mengenai peranan dan kepentingan kemudahan kesihatan dalam menyelamatkan nyawa dan memberi perkhidmatan kesihatan semasa krisis supaya masyarakat menyokong pelaburan dalam kemudahan kesihatan.


MESEJ HARI KESIHATAN SEDUNIA
2009

Pekerja kesihatan:
o Semua pekerja kesihatan mesti kerja berpasukan bagi memastikan perkhidmatan dan penjagaan komuniti yang optima.
o Semua pekerja kesihatan perlu tahu peranan mereka semasa kecemasan.
o Pekerja kesihatan adalah benteng pertama semasa krisis.Penjagaan kesihatan yang berkesan bergantung kepada mereka. Oleh itu, mereka perlu sentiasa berwaspada dan bersedia untuk bertindak.
o Ketahui risiko anda – Bertindak! Usah tunggu sehingga menjadi mangsa bagi
mempelajari perkara yang telah pun diketahui.

Color Hues of green

Green is health and communicates healing
power.
Green is also the most restful color to the human eye.
The color represents newness, regeneration, life, and
growth.
Source: Blue is hot, red is cool: Choosing the right color for your logo.
A safe hospital is structurally strong, and will not collapse in disasters, injuring patients and staff. (STRUCTURAL)
A functional hospital is responsive to the nature of health emergencies and continues
to provide its services as a critical
communityfacility when it is most
needed. (NON-STRUCTURAL)
A resilient hospital is organized, with contingency plans in place and health workforce trained to keep the network
operational. (FUNCTIONAL)

Monday, April 6, 2009

"CLEAN" or "DIRTY"



Mengundi adalah memilih pemimpin. Bagi pemimpin Islam, ianya tidak habis di dunia sahaja malah akan dipertimbangkan dan dipertanggungjawab oleh Allah sampai kiamat.Sehingga di kiamat ada satu episod dalam surah dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 berikut ;

"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

"Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! "

Ayat di atas jelas beri isyarat kepada persoalan memilih pemimpin kerana itulah kita mesti sentiasa berdoa.

"Ya-Allah, jadikanlah kepada kami, orang yang mengikut pemimpin-pemimpin yang bertaqwa."

Selamat mengundi buat semua penggundi Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau..
(7 April 2009)





Sunday, April 5, 2009

HIKMAH SAKIT DALAM KEHIDUPAN

31/3/2009 Hari ini dalam sejarah buat inurses.."Innalillahiwainnailaihiraaji'un" inurses telah ditimpa musibah...inurses accident..tangan kanan bengkak,merah,panas..semuanya tanda gejala fracture..bila result x-ray ready,terbukti ada fracture..sms demi sms was replied..phone call demi phone call was recived.Ucapan takziah,kata-kata semangat para sahabat memberi inurses kekuatan untuk menjadi lebih kuat di masa akan datang untuk meneruskan perjuangan.Terima kasih sahabat kerana saling mengambil berat..syukur pada-Mu illahi di atas anugerah persaudaraan ini..

SAKIT SEBUAH UJIAN
Allah adalah pencipta kita.Maka secara automatic kita adalah milik Allah.Allah berhak ke atas kita.Allah berhak memberi kita nikmat dan Allah juga berhak memberi kita ujian.Allah memberi kita nikmat kesihatan dan Allah juga akan menguji kita dengan memberi kita ujian kesakitan.





Firman Allah SWT yang bermaksud : "Apakah manusia mengira bahawa merreka dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?.Dan sesungguhnya,Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."
(Al-Ankabut:ayat 2-3)
Suka saya bawakan satu cerita rekaan untuk kita sama-sama melatih diri menjadi khalifah yang berfikir..
Pak cik Seman sedang mengayuh basikal tuanya dengan laju sekali..kenapa?mungkin antra sebabnya tiub basikal tersebut mempunyai 'air' yang cukup,sekali gus melayakkan basikal Pak Cik Seman bergerak laju..
Pada suatu hari Pak Cik Seman juga mengayuh laju..tiba-tiba terpijak kaca tanpa disedarinya..lalu basikalnya manjadi semakin perlahan dan akhirnya pak cik seman terpaksa menggelek basikal tersebut..kenapa?sbb tayarnye sudah bocor..dengan kudrat pak cik seman,pak cik seman pun menguji dimana kebocoran tersebut dengan memasukkan tiub tersebut di dalam sebuah besen yang berisi air..kelihatan ada gelembug udara yang keluar..blubb..blubbb..terbukti ada kebocoran..pak seman segera menampalnya..
tiub itu adalah kita,'air'pula adalah nikmat iman yang boleh berkurang dan bertambah..kebocoran boleh berlaku seperti iman kita boleh berkurang..Allah mendatangkan ujian kesakitan untuk kita menampal 'kebocoran' tersebut..Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang beriman.

SAKIT SEBAGAI KAFFARAH
Rasulullah saw bersabda:"Tidaklah sesuatu musibah yang menimpa seseorang muslim melainkan Allah menghapuskan baginya dosanya walaupun hanya dengan kesakitan akibat terkena duri."(Hadith Riwayat Al Bukhari)
Kembali kepada kisah pak cik seman tadi..part "terpijak kaca tanpa disedarinya.."pak cik seman pun menguji dimana kebocoran tersebut dengan memasukkan tiub tersebut di dalam sebuah besen yang berisi air..kelihatan ada gelembug udara yang keluar..blubb..blubbb..terbukti ada kebocoran..pak seman segera menampalnya.." Tanpa kita sedari atau sedari kita banyak melakukan kesilapan.Allah mendatangkan sakit untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu..pujuklah hati yang pilu dengan kesakitan tadi dengan hadith di atas..

ADAB ORANG SAKIT
Memang memilukan,memang menyedihkan,memang menyusahkan ketika manghadapi ujian/musibah kesakitan yang Allah berikan.Namun setiap musibah kesakitan itu ada hikmahnya.
Lalu apakah tindakan kita dalam menghadapai saat yang sungguh memeritkan itu? Adakah kita merayu rayu berlebih lebihan kepada orang keliling, merintih merintih mengenang nasib malang dan menyalahkan keadaan?

Islam telah menggariskan adab adab orang sakit, agar hatinya tenang, pasrah malah memberikan kepuasan dalam jiwa dan mempercepatkan kesembuhannya:

1. Merayu dan merintih hanya kepada Allah dan bersabar serta redha dengan musibah ini.
Bacalah doa doa perangsang sebagaimana rintihan Nabi Ayub Alaihissalam yang bermaksud: “ Wahai tuhanku sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit (kemudharatan) dan engkaulah yang yang Maha mengasihani” [Al Anbiya’: 83]

2. Bersangka baik dengan Allah.
Daripada Jabir (ra), Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: ”Janganlah mati salah seorang daripada kamu melainkan setelah dia bersangka baik terhadap Allah Taala”-HR Muslim

3. Tidak mencela penyakit
Jabir (ra) meriwayatkan: Rasulullah (saw) melawat seorang sahabiah bernama Ummu as Saib ( Ummu Al Musaiyyab) dan bertanyakan nya: ” Apakah yang telah berlaku kepadamu sehingga kamu mengeluh sedemikian rupa?, Ummu As Saib menjawab: “Demam, tiada keberatan Allah kepadanya”. Rasululullah lantas beresbsda:” Janganlah engkau mencela demam, sesunguhnya demam itu menghilangkan kesalahan kesalahan anak adam sebagaimana relau (meleburkan) besi- [HR Muslim]

4. Tidak mengharapkan mati
Janganlah kita meminta agar kita dimatikan cepat sebab tak tertahan menanggung penderitaan sakit ini. Sebagaimana hadis:” Janganlah seseorang daripada kamu mengharapkan mati disebabkan kemudaratan (kesakitan) yang menimpanya, tetapi jika terpaksa hendaklah dia berdoa: “Ya Allah hidupkan lah aku jika hidup ini lebih baik untuk diriku dan matikan lah aku jika kematianku itu lebih baik untuk diriku. [HR Al Bukhari dan Muslim]

5. Mesti berubat.
Ini adalah satu kemestian, marilah kita menghayati ruh hadis ini :” Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan dijadikan baginya ubat selain daripada sesuatu yang haram.[HR At Tarmizi]

APAKAH TEKNIK MOTIIVASI 10/90 ?
10% dari kehidupan ini adalah terdiri daripada apa yang terjadi pada diri kita dan 90% dari kehidupan ini adalah ditentukan oleh bagaimana reaksi kita dalam menangani apa yang terjadi keatas kita. Jadi apakah maksudnya pernyataan ini?. Kita sebenarnya tidak boleh mengawal factor luaran dan sebarang kejadian yang menimpa kita. Tetapi kita boleh mengawal apa yang ada dalam diri kita . Kita boleh bentuk hati kita, memujuk perasaan kita dan melentur persepsi kita.
contohnya : kita telah didiagnosakan dengan distal end of radius fracture(patah tangan),kita tidak berupaya untuk mengubahnya supaya tidak fracture tapi kita berupaya tuk mengubah,membentuk atau mengawal persepsi kita daripada perasaan marah,sedih,kecewa,menderita kepada perasaan redha dan berikhtiar untuk menyembuhkannya.


inurses : Diriwayatkan dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Seorang Mu’min adalah ibarat tanaman yg segar & mudah lentur.. dari arah mana angin bertiup, ia akan menundukkan tanaman tersebut.. tetapi apabila angin berhenti, ia akan berdiri tegak semula.. (umpama seorang Mu’min yg apabila diuji dgn musibah utk mengukuhkan iman dan hatinya, lalu ia tetap bersabar dan teguh).. dan seorang yg jahat (kufur) adalah spt pohon yg teguh dan tdk berganjak, hinggalah Allah menumbangkannya pd waktu yg Dia kehendaki..

Perangkap Tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”

Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”




Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”

Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Wallahu a’lam.