Monday, September 27, 2010

CHAR KUEY TEOW DAN TELUR BASUH

Seperti biasa,inurses dan kawan-kawan misi yang lain sudah terlalu sinonim dengan Pantai Dalam..kalau kanan-kanak,Pantai Dalam tu tempat bermain kami,walaupun rumah kami di Seksyen 17 PJ =)..Biasalah kanak-kanak ni dah letih bermain..laparlah dia..kami pun apa lagi jalan-jalan,pusing-pusing..sedang duk berjalan-jalan dan berpusing-pusing,kami tertarik pada satu kedai " Char Kuey Teow Telur Basuh"..Bila search di internet rupanya dah banyak kedai yang jual Char Kuey Teow yang telurnya dibasuh terlebih dahulu..

gerai telur ayam dibasuh

char kuey teow sedap

telur yang kulitnya masih bernajis

Pak cik,Telur ayam ni basuh tak?tak pun, Pak Cik,telur ayam basuh yer..(masa nak order)
Itulah soalan dan arahan(tak tahan) yang selalu kami tanyakan kalau nak beli char kuey tiow..
Keprihatinan itu memang sangat-sangat wajar,jangan kita prihatin pada perut yang berkeroncong sahaja,tapi prihatinlah pada apa yang kita nak makan juga..bayangkan kalau pak cik yang menjual char kuey teow tu guna telur ayam di atas,ambil 2 biji(dengan gaya pro),terus pecahkan(crack) yang tak basuh,ada tahi ayam lagi(currrr)..keng kreng kong keng..siap..lepas tu kita makan..bukankah makanan kita tu dah bercampur najis??so boleh ker kita makan?apa hukumnya?

suci lagi halal

Saturday, September 11, 2010

KETUPAT MAK



SYAWAL;HARI RAYA
Alhamdulillah,segala pujian bagi-Nya,kita masih lagi diberi masa untuk bertemu dengan Syawal setelah Ramadhan berlalu..namun berlalu
nya Ramadhan seiring dengan doa agar bisa ketemunya lagi..

KENAPA MAAF ?

Nabi Muhammad SAW sebelum hijrah baginda ke Madinah, baginda berhijrah ke Ta’if. Di sana Nabi disambut dengan maki hamun, cercaan dan segala amukan fizikal yang akhirnya menyebabkan nabi cedera teruk.Apabila datang Malaikat menawarkan balasan ke atas para

penduduk Ta’if, nabi berkata:JangaN,mungkin mereka melakukan begitu kerana mereka tidak tahu…Nabi memaafkan malah nabi tidak ber

dendam. Ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah, nabi telah mengepung Kota Mekah menyebabkan kaum Quraisy yang suatu ketika dahulu pernah menganiayai nabi tidak mampu berbuat apa-apa termasuklah Abu Sufian.Nabi memaafkan semua orang. Malah nabi mengutuskan sahabat untuk menghantar hadiah serban kepada Abu Sufian sebagai tanda persahabatan dan kemaafan.

Mengambil ibrah dari cerita tadi,inurses dengan penuh perasaan rendah hati ingin memohon maaf diatas kekhilafan diri,semoga kita kembali FITRAH bermula di aidilfitri..

TAKBIR,TASBIH DAN TAHMID TANDA KEMENANGAN

Allahu Akbar kabiira walhamdulillahi kasira wa subhanallahi bukratan wa asiila,
La ilaha illahu na’budu illa iyyah mukhlisiina lahud din

La ilaha illahu wahdah sodaqa wa’dah wa nasara ‘abdah
wa a’azzajundahu wa hazamal ahzaba wahadah…(Mengimbas kemenangan Ahzab , kematian abu jahal di tangan Abdullah bin Mas'ud dan peristowa korban kubra Ibrahim)


RAYA 2010
Selesai mandi sunat dipagi aidilfitri,inurses bersiap,iron telekung,pakai baju bersih,dah siap inurses ke masjid uia untuk solat sunat Aidilfitri.Rintik hujan mendamaikan derap kaki menuju masjid.Takbir membesarkan,tasbih memuji dan tahmid mensyukuri Allah sayup kedengaran..bermulalah ingatan pada family tercinta di kampung..
Raya tahun lepas 2009

BEKHIDMAT UNTUK UMMAH
Ingatan pada meriahnya raya di kampung tak kan pernah hilang,namun tanggungjawab memotivasikan inurses dan kawan-kawan untuk betugas di hari raya.

KETUPAT RENDANG TIDAK DILUPA
Ketupat rendang memang sinonim dengan raya..walaupun raya di perantauan,ketupat mak dah siap inurses bekalkan ke PJ..terima kasih cek(panggilan inurses pada mak)..ketupat palas dan ketupat dakap..memang best..alhamdulillah proses belajar membungkus ketupat dengan comel telah tamat..inurses telah berjaya membungkusnya dengan comel..=)
ketupat mak

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Semoga Aidilfitri kita dipenuhi dengan berlumba-lumba mencari amal kebaikan kesan dari tarbiyyah Ramadhan