Monday, December 21, 2009

BERAPA ??


1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th

"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:

50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...


Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.


Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...


Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat


Tuesday, October 27, 2009

LELAKI KURANGKAN EGO DENGAN MENJADI NURSE??


Kali ini inurses tertarik kepada perkongsian pengalaman salah seorang perintis generasi “male nurses” di PPUM...ini adalah sedikit “mafhum” dari perkongsian beliau semasa inurses mendengarnya..
“ what is your father’s job?” Tanya seorang guru kepada muridnya.
“My father is a nurse” jawab murid itu dengan penuh bangga.
“ini adalah andaian saya 20 tahun akan dating terhadap pandangan seorang anak yang bapanya adalah seorang jururawat lelaki..”
“istimewanya nurse lelaki ni..bila dia jadi nurse..dia sebenarnya telah merendahkan sedikit egonya..”
“ada sesetengah kerja, jururawat perempuan tidak boleh buat..tapi jururawat lelaki boleh buat..ada yang jururawat perempuan tak sanggup buat..tapi jururawat lelaki sanggup buat”

REALITIKAN FANTASI SEINDAH IMAGINASI
Inurses ingin lontarkan pandangan kepada pembaca,terutama nurses,dan terlebih khusus “male nurses”,berpandukan perkongsian pengalaman “male nurse” yang inurses bawakan tadi,adakah segala andaian itu akan menjadi reality?

Adakah 20 tahun akan dating,kehadiran jururawat lelaki dalam kerjaya jururawat adalah norma biasa kerjaya ini,sepertimana kehadiran jururawat lelaki di Eropah?Apakah usaha,persediaan jururawat lelaki kearah merealisasikan fantasi menjadi reality?

SOALAN ITU SUBJEKTIF

“bila saya pergi ke mana-mana,orang akan bertanya – kenapa awak pilih jadi nurses?”
“kita dapat mengukur tahap intelligent seseorang jururawat berdasarkan jawapan yang diberi,kita rasa soalan itu soalan biasa..tapi bila ditanya..kn berfikir dulu..kadang-kadang tak tahu jawapannya..”
Bukan jururawat lelaki jer yang kena sediakan jawapan itu,malah setiap jururawat mesti menyediakan jawapan kepada persoalan itu..Bagi inurses,jawapan itu akan menggambarkan kan what kind of nurses we want to be..
Related (kerjaya jururawat bukan pilihan terakhir )

LELAKI KURANGKAN EGO DENGAN MENJADI NURSE
Pendapat senior male nurse ni betul-betul menarik minat inurses..
“istimewanya nurse lelaki ni..bila dia jadi nurse..dia sebenarnya telah merendahkan sedikit egonya..”
“Bayangkan seorang yang hebat merokok boleh menjadi seorang jururawat yang baik..”
kesimpulan awal yang inurses rasa, kerjaya jururawat ini mampu mendidik seseorang individu menjadi lebih baik?anda setuju?


Sunday, October 25, 2009

TAMBAH MISI “ARTIFICIAL KIDNEY”


PERASAAN GEMBIRA

Perasaan gembira 1 : tengok roster,dapat cuti rehat.mula-mula cam tak percaya,tapi memang sister nak clearkan cuti rehat dan public holiday sebelum pergi orentasi staff baru..pantang cuti seperti biasa balik jumpe family dan adik-adik di Kelantan.
Perasaan gembira 2 : dalam kesempatan balik Kelantan,dapat jumpa adik-adik sekolah..kongsi cerita,makan nasi ayam(besssst) sambil –sambil bincang-bincang isu semasa..nak lahirkan individu yang peka terhadap isu katakana..
Perasaan gembira 3 : dapat sms kak maza

SMS MASA CUTI REHAT

“alia,suhail,sivasangari,dayah zuki n ati dapat dialysis” sms dari kak maza,misi artificical se”kapal” dengan inurses.
“tercapai juga impian suhail nk kerja kat dialysis nampaknya” sms reply inurses

SELAMAT DATANG MISI “ARTIFICAL KIDNEY”

Masih tak terlambat kiranya untuk inurses ucapkan selamat dating kepada sahabat-sahabat baru..dari sekolej,sekelas,sekumpulan diploma..sekarang dah jd sekerja..sewad..
Kehadiran kalian amat dialu-alukan..jom kita sama-sama berusaha untuk memahami kerjaya kita ,spesifiknya dalam pengendalian pesakit buah pinggang dan mesin dialysis..Semoga kita sama-sama berlapang dada dalam menuntut ilmu dari senior –senior kita..
dari kosong kita timba pengalaman,kita refleks tindakan ,kita baiki Quality of our performance..


Thursday, October 1, 2009

BAWA LASAGNA KE WAD MAKAN-MAKAN


“alia,akak semalam lepas tengok citer Garfield 2,teringin nak makan lasagne,terfikir pulak sapa la yang pandai buat lasagne..”
“Rezeki akak sungguh ni,alia baru nak kuar pergi beli bahan-bahan nak buat lasagne”
Teruja melihat Garfield menyiapkan lasagna,dengan sikap ingin mencuba,usaha diteruskan..Cari,cari resipi,beli, beli bahan,akhirnya...siaaaaaap.. lasagna yang best..hu..hu..
Fisrt time buat,buat makan-makan kat rumah aje..makan dengan housemate..sedap..so,dah sebulan,nak masuk dua bulan belum bagi apa-apa dekat wad,sebab semua dalam suasana raya lagi..ada yang bawa rendang,ketupat,biskut,kek raya..alia share duit dengan rakan se’batch’ kerja..berpakat buat lasagne untuk jamuan wad..
Kalau rakan-rakan pembaca nak cuba buat,ni alia kongsikan resipinya....


LASAGNA YUMMY
Bahan-Bahan
6 keping pasta lasagne (cari kat bahagian pasta-pasta kat pasaraya) rebus
Cheese(apa-apa pun boleh)
Sos Bolognese (nak beli yang dah siap pun ada..tp pastikan ada tanda halal.. yang dah siap tak payah tambah Italian herb(thyme,oregano dan rosemary) dah. Italian herb tu pun ada jual kat pasaraya..
-3 ulas bawang putih -cincang
-1/2 biji Bawang besar (depend pada saiz,kalau kecil sebiji) – potong dadu
-1/2 biji tomato –potong dadu
- ½ biji capsicum(merah dan kuning) – potong dadu
- ½ batang carrot –potong dadu
- serbuk lada putih
- Italian herb
- daun saderi/daun bawang
- sos tomato dan sos cili
- Garam gula secukupnya
- Daging cincang (depend pada anda)
-Tumis bawang putih,bahan yang dipotong dadu tadi,masukan lada putih,Italian herb,daun sader daun bawang,sos ,garam gula dan akhir masukkan daging cincang.
Sos Putih/bechamel
1 Paket mushroom sup
¼ bawang besar
1 mangkuk susu cair
Beberapa biji bunga cengkih
Sebuk lada putih
Garam,.gula secukupnya
2 sudu tepung jagung untuk memekatkannya
-panaskan susu cair dan mushroom soup,msuk lada putih.bawang bunga cengkih
Kacau sehingga pekat

Sediakan bekas segiempat,lapiskan 2 keping pasta,sos putih,sos bolognase,cheese,ulang..atas sekali taruk sos putih dan sedikit daun bawang..ready,bakar 180-190 C selama 20 minit.
Resipi ini di ubah suai oleh saya dari TRY MASAK

SELAMAT MENCUBA

RAYA YANG SAYU


PRE DAN POST RAYA
“En Zul rasa En Zul nak cakap kat sister la supaya alia tak dapat balik raya tahun ni..biar dia menangis di pagi raya..” gurauan pesakit sebelum menjelang raya..
“Alia balik kampong ke raya hari tu?puas tak beraya kat kampong...”Tanya pesakit bila nampak saya beruniform biru bertudung putih mula menyediakan alat untuk “start” hemodialisis..
Alhamdulillah,suasana puasa di rumah dapat juga dinikmati walaupun sehari dan kemeriahan raya dapat juga dirasai walaupun hanya satu setengah hari...

SUASANA RAYA TETAP MERIAH..NAMUN KESAYUAN TETAP ADA
Kepulangan anak-anak buah terutamanya meriuhkan suasana raya saya tahun ini..gelagat mereka sangat mencuit hati.. “anak-anak kecil memang penghibur orang dewasa”..melihat wajah ibu kegembiraan di pagi hari raya melayan kerenah anak dan cucu serta melayan sanak saudara yang datang berkunjung cukup mengembirakan hati..namun dalam kegembiraan mesti terselit juga kesayuan..

Kesayuan pada 2 tahun lepas kerana “pemergian ayahanda tercinta” dirasai bila kami sekeluarga mengunjungi pusara ayahanda tercinta..bacaan ayat suci al-quran dan doa dihadiahkan buat ayahanda tersayang...
Kesayuan bertambah bila tiba hari raya ke-2,terasa masa terlalu cepat..pukul 1903,kaki melangkah ke dalam keretapi tanah melayu pulang ke Kuala Lumpur demi tugas seorang jururawat.
Kesayuan lagi bertambah bila memikirkan jamuan raya,ijtima’ raya,rumah terbuka,kenduri kendara,reunion rakan sekolah yang tidak berkesampaian untuk pergi....

PERIT MENJADI NURSE?
Bagaimana perasaan jururawat yang tak berkesempatan beraya di pagi syawal bersama keluarga dikampung?Sanak saudara menyarung baju baru dipagi syawal tapi jururawat yang bertugas mengenakan uniform di pagi syawal..Adakah mereka perit,serik,menyesal memilih kerjaya jururawat? Dan adakah anda yang ada cita-cita menjadi jururawat akan mengkuburkan cita-cita itu setelah mendapat gambaran,mendengar cerita dan melihat suasana kerja jururawat di pagi raya?Jawapannya tiada disini..anda jururawat dan yangbercita-cita menjadi jururawat yang akan menjawabnya..
Sayu memanglah sayu..namun tugas tidak boleh dilepaskan..Kita berkerja memberi khidmat..melibatkan ramai orang..rakan sekerja..pesakit..bayangkan kalau kita tiada..rakan sekerja bertambah bebannya..pesakit pula menanggung derita kesakitannya..mungkin raya tahun ini kita tidak dapat beraya pada 1 syawal,dapat beraya pada 10 syawal..mana tahu tahun depan dapat beraya 1 syawal – 10 syawal?hu..hu..(ayat memujuk hati jururawat yang sayu )

GANJARAN MENANTI DI HADAPAN
Pengorbanan jururawat yang bekerja pada hari raya bukanlah suatu pengorbanan yang sia-sia..ada ganjaran yang menanti dihadapan...berkorban untuk menyelamatkan nyawa pesakit,bukan seorang tapi mungkin beribu..dan mungkin juga satu ummah..jadi pujuklah hati kita jururawat kerjayaku..diriku berkhidmat untuk ummah..setiap kebaikan ada kebaikannya..

“ Jika kamu berbuat baik,kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri” (Al-Isra’ : 17)

Friday, September 25, 2009

Sehampar Ambal Tabriz

AMBAL berwarna terang yang disangkut di dinding ruang tamu bercat pic, kutatap tanpa berkedip. Kubetulkan letak kaca mata supaya ruang pandangku lebih jelas.

Beg pakaian yang kusandang, berlapik blaus oren berbunga halus dan selendang warna senada, tiba-tiba terasa berat. Ceria yang menguasai diri sejak melihat mata Su Aida selepas tiga tahun tidak bersua di Lapangan Terbang Bayan Lepas, hilang begitu sahaja.

Entah bagaimana ambal ini menghias manis ruang tamu kediaman Su Aida. Dadaku berdebar-debar menelah, meskipun keyakinanku begitu tebal mengatakan itu ambal buatan tangan gaya Tabriz. Kuteliti warna latar krim yang menonjol dominan, disertai imej turanj di bahagian tengah dan motif bunga-bungaan dan dedaun paut-memaut di bahagian tepi, arabesque yang sering mencairkan jiwa para peminat seni Islam. Gah mempesona kehalusan tangan penenun oriental yang cekal, mengikat simpulan demi simpulan benang raj, adakala sehingga beratus jumlahnya dalam setiap inci persegi. Celupan warnanya sedaya upaya memiliki warna alam - biru tua meminjam warna nila pekat, krim meminjam warna bunga teluki, hijau meminjam warna daun, coklat meminjam warna kayu serta tiga rona merah daripada gelap sehingga terang; warna bunga-bungaan. Pesona mata dan hiburan nurani sekaligus.

Mataku akhirnya beralih separuh enggan meneliti tanda nama pembuat ambal itu. Tersenggeng pada sisi vertikal sebelah kiri dalam kaligrafi Nasta‘liq. Alif. Jim. Aku terkesima. Tidak mungkin dia. Aku cuba menolak sangka yang mungkin sekadar kebetulan. Bukan namanya sahaja dalam dunia ini berpangkalkan A dan J, walaupun hubungannya dengan ambal dan Tabriz mengecilkan kebarangkalian itu.

Ya Tuhan!

Nafas berat mengasak dadaku serta-merta. Kurasakan seolah-olah seluruh wajah yang akhir-akhir ini semakin mencengkung dek kesibukan projek pameran seni bina Islam terhenti alir darahnya. Mungkinkah suatu kebetulan boleh menyusup sedekat ini ke dalam hidup? Misteri apa ambal Tabriz ini muncul di Bayan Lepas di kediaman Su Aida, ibu saudaraku?

Sesusuk bayangan pemuda sederhana gempal meliuk-lentuk dalam jemala ingatan. Alisnya yang tebal melintang tirus atas sepasang mata coklat, hidungnya yang mancung tinggi tipikal lelaki Parsi dan bibirnya yang tipis merah; muncul bagaikan fatamorgana di tengah gurun gersang. Ali. Ali Jamshid. Di mana agaknya pemuda Tabriz penenun ambal yang kuanggap benteng budaya itu sekarang? Batinku benar terganggu oleh ambal 4 x 6 kaki, kini di depan mata. Kakiku yang bersarung celana denim biru tua membeku antara anak-anak tangga, terbius oleh sebuah kebetulan atau entah sebuah jawapan.


“Razwina, mari Su tunjukkan bilik.” Kubungkus semula memori lama kembali ke ruang kenangan, lalu kuhayun langkah menuju suara lunak Su Aida di bilik tetamu yang telah dihiasi ros merah dan baby breath segar. Namun sang bunga tidak dapat menawanku kembali daripada gangguan sebentang ambal Iran di dinding pic Su Aida. “Nampaknya Su sudah jadi peminat kesenian Islam sekarang. Dari siapa ambal istimewa di dinding sana agaknya?" Akhirnya terlantun juga dari kotak suaraku sebuah pertanyaan, tanda mengalah kepada rasa ingin tahu atau mungkin intuisi halus yang membuak-buak.

Bibir bergincu Su Aida tersenyum sambil menuturkan jawapan yang serba membingungkan, menyauh debar lebih dalam ke dasar jantung. “Hmmm . . . kurator kesenian Islam seorang ini pantang melihat hasil seni. Tetapi cerita ambal istimewa itu, lebih pantas kita dengar dari pemiliknya. Di lapangan terbang besok, biar Naili rungkaikan semua.” Warasku beranjak dipagut resah. Su Aida barangkali dapat melihat riak halus di tasik perasaanku. “Cerita kamu? Su lihat kamu sudah banyak berubah. Barangkali sejak menyertai Muzium Kesenian Islam itukah?"

Aku pasti Su Aida mengisyaratkan perwatakanku dan pakaianku yang kini lebih sopan tenang, berbeza denganku dahulu yang riuh, lantang dan tanpa tudung, meskipun bergelar penuntut universiti Islam. Kutenung mata Su Aida sambil menarik selarik senyum penuh makna.

II

Kubikel belajarku di tingkat empat perpustakaan bukan gempa bumi petang itu, tetapi gempa wacana. Kemunculan Ali Jamshid dengan salam bertenaga menamatkan pertapaanku melayan rasa tidak puas hati tentang keputusan pasukan debat. Konon mahu menjernihkan fikir dan rasaku. Bagiku, menikmati seni reka Islam bangunan universiti kami di perlembahan Gombak jauh lebih mengubat hati. Tenang dataran masjid dan gerak-geri para penuntut meraup air wuduk di pili kolah umum, menyuburkan cambah hujah meskipun wajahku membias kecewa.

“Ada pengakuanmu dahulu, bukan? Katamu kau lebih akrab dengan nama-nama Van Gogh, Toulouse-Lautrec, Canaletto dan Gauguin, daripada mesra dengan barisan nama Qutbah, Al-Hayyaj atau adik-beradik Al-Sijzi?”

“Jadi salahku apa? Itu hanya pernyataan tulusku, Ali, dalam perbualan santai bilik persatuan. Maklumlah, aku tidak lahir dalam keluarga penenun ambal dan aku bukan pakar manuskrip!" Hangat hatiku payah sekali dingin. Kedudukanku sebagai pendebat kedua telah diberikan kepada Ali di pertandingan akhir ini, meskipun dalam pusingan terdahulu aku pernah menyandang gelar pendebat terbaik sebanyak dua kali. Itulah tuah Ali yang selama ini diam di kerusi belakang pendebat simpanan.

Alasannya remeh amat; hanya kerana dia pelajar konservasi manuskrip Arab dengan latar belakang keluarga pembuat ambal eksotik Iran. Lalu dimuktamadkan, dia pasti akan lebih menjiwai debat ini. Berbanding aku. Alasannya lagi, aku dari aliran humanistik sejarah, manakala bapaku adalah pemilik butik seni moden aliran Barat, yang cenderung melihat seni Islam itu feminin dan kurang nilai intelektualnya. Betapa prejudis. Kini, baki tiga hari sebelum bertarung hujah dengan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pencadang isu “Kesenian Islam Masih Relevan dan Perlu Diberi Nafas Baru oleh Generasi Muda Islam” berasa kurang ertinya.

“Dengar dulu, Wina. Kamu tidak salah sedikit pun. Bagiku, kedudukanmu umpama anak angsa putih, yang menganggap itik hitam itulah ibumu, semata-mata kerana itik hitam itu yang mula-mula kau pandang sebaik menetas. Tetapi jangan kau lupa, kau sentiasa boleh mencari ibu sejatimu! Sudah tentu, sama ada kau anak itik hitam atau angsa putih, bergantung dalam kelompok mana kau berada.” Aku menanggapi patah-patah kata Ali dengan kekaguman yang kusembunyikan. Sayup-sayup hatiku mengakui pemuda Iran ini, dari bangsa pengagung para penyair, mampu menyihirku dengan tutur bicaranya. Namun sayang sekali, apa gunanya pandangan Ali? Sudah tentu tidak dapat merubah prejudis para jurulatih terhadap latar belakangku.

“Bersedia sahaja, ya Wina. Siapa tahu rencana Allah di sebalik rencana kita?" Begitu pesannya sebelum melangkah meninggalkanku di kubikel. Bibir tipisnya mengorak senyum paling manis sejak empat bulan kami saling melontar idea dan kritikan di medan latihan debat.

Malam sebelum debat itu berlangsung, malam latihan terakhir di bilik persatuan untuk merumuskan keupayaan kami di pentas sebenar, pecah kecoh dalam pasukan kami. Ali tiba-tiba diserang flu keras dan demam. Dia memakai baju panas mendatangi latihan dengan wajah merah oleh suhu tinggi, dan akhirnya rencana Allah menukar peranan kami kembali.

Kuperas jawapan Ali habis-habisan selepas universiti kami menjadi juara debat keesokannya. Ali mengaku tulus, demam jasmaninya itu memang dicarinya sendiri, asal dapat menyisih kemuraman yang merajai wajahku. “Demamku bahang kasih, Wina.” Guraunya penuh makna. Dia menatapku sungguh-sungguh, sampai aku jadi malu.

Sejak saat itu, ambal persahabatanku dan seorang Ali Jamshid bukan lagi dari bebenang kapas biasa, tetapi dari bebenang sutera yang disimpul erat jalinan kasih. Dia menuntunku sebagai anak angsa putih – ya, dia dalam kelompok yang menganggapku angsa putih – menemui ibuku yang sejati.

“Kita wajib meneroka kembali khazanah kesenian Islam selama seribu tahun yang telah dipisahkan daripada kita, Wina.” Begitu dalam perjalanan cita, kami sama-sama belajar menikmati seni menuju amanatnya yang tertinggi, gerbang ke lorong cinta Ilahi. Kami percaya pintu hidayah tidak semata-mata terbuka dengan pedang, tetapi juga dengan seni.

Bukan namanya kasih sejati jika tidak melahirkan pemberani yang sanggup menerima tanggungjawab daripada wali seorang gadis. Begitu Ali yang kukenal, dia memang seorang pahlawan seni, juga pahlawan cinta. Ayah menyambut Ali dingin sekali pada cuti semester tahun akhir itu, sekadar memenuhi syarat memuliakan tamu, namun Ali rela menadah amarah dan merendah diri. Betapa suasana tenang di rumah kemudiannya huru-hara oleh taufan ayah.

“Tidak ada anak gadis ayah akan menikahi Syiah, faham? Dan tidak sekali-kali anak penenun ambal itu.” Kata-kata itu seperti guilotin memotong leherku. Aku hulurkan pada ayah segala rasional yang kutahu. Syiah atau Sunni itu wujud hanya gara-gara percakaran politik dunia Islam. Kedua-duanya masih Muslim. Sunni atau Syiah, darah kedua-duanya masih tidak halal untuk ditumpah. Aku petik fatwa Al-Azhar. Aku petik pandangan Muhammad Mahdi Akef. Aku berjuang untuk Ali dan janji kami. Lalu kutunggu hati panas ayah menyejuk, berdoa dan bersabar dalam sujud, tepu harap.

Hari penuh sejarah itu, selepas lima bulan kami merayu dan memujuk tanpa jemu, ayah menurunkan cap mohor atas kasih kami. Restunya bersyarat. Ali meraup wajah tanda syukur di sofa ruang tamu, memantapkan hatiku sungguh-sungguh bahawa cabaran ayah itu bakal dapat dipenuhinya. “Hanya sehampar ambal, Wina. Aku akan menenun yang paling cantik. Ambal cita kita!"

Begitu akhirnya Ali kembali ke Tabriz, demi melaksanakan syarat ayah. Tunggu aku, rayunya. Namun, sejak itu juga aku tidak pernah menemui Ali. Sehabis daya kuhubunginya. Sistem pesanan ringkas, telefon, mel elektronik dan hubungan masa sebenar dunia maya kekal sepi. Demi menghidupkan bara ingatan padanya di dupa hati, kukejar gelar kurator Muzium Kesenian Islam hingga berhasil. Kucari raut wajahnya antara para pengunjung muzium saban tahun. Kucari raut wajahnya dalam pameran antarabangsa di negara-negara persinggahanku. Kupegang janjinya menenun sehampar ambal lambang cita kami. Bertahun-tahun kutunggu.

III

Mataku tertancap ke arah sesusuk tubuh tinggi lampai yang baharu keluar dari pintu balai ketibaan Lapangan Terbang Bayan Lepas. Itulah susuk tubuh yang kukenal sejak kecil, Naili Sukma. Kucari-cari tampang lelaki Iran sederhana gempal yang kubayangkan akan berjalan tegap di sampingnya, namun mataku menjamah wajah dan badan seorang pemuda yang terlalu berbeza.

Sewaktu Naili dan pemuda itu kian menghampiri aku dan Su Aida dari celah-celah kumpulan manusia dan tumpukan bagasi penumpang lain, hatiku bagai luruh dari dada ke lantai lapangan terbang. Kakiku meliuk seperti ilalang, hanya kekuatan semangat sahaja menyekatku daripada tumbang. Aku tatap sepenuh hati lelaki yang kini tepat berada di hadapanku, berdiri di sisi Naili dengan senyuman. Dia benar-benar lelaki itu, yang kutunggu sepenuh jiwa.

Namun dia bukan lagi Aliku yang dahulu. Ali Jamshid yang menghilang dalam wujud yang sempurna. Bahagian kiri wajahnya telah diparuti kesan luka, dan sebelah rongga matanya telah kosong dari alat indera lihat, hanya ditutupi kulit kelopak mata yang berkeriput oleh parut bekas jahitan. Syukur sekali sebelah mata coklatnya masih berfungsi, dan mata itulah memberi tanda dia mengenaliku - ada manik basah muncul di tubirnya. Bibir tipis Ali pantas menyebut namaku tanpa keliru. Naili dan Su Aida bertukar pandang, kebingungan. Kubiarkan.

Kuamati tubuh Ali yang kurus sekali di sebalik kemeja kuning berlengan panjang. Empangan air mataku musnah sewaktu kusedar tangannya kini tidak lagi sepasang. Sebelah kakinya juga, kelihatan kerdil oleh kecacatan. Mindaku berlari antara garis mimpi dan realiti yang berpilin kusut.

Malam itu di banglo pinggir Bayan Lepas, lima tahun yang hilang antara aku dan Ali menjadi seperti dongeng. “Selepas kudengar ISESCO mengumumkan negaramu sebagai Kota Kebudayaan Islam, cita-citaku yang bertahun-tahun dingin oleh kecelakaan bom di Mashhad hangat semula. Kufikir jalan pembebasan diri dari menyesali takdirku biarlah dengan memburu sarjana sejarah dan peradaban Islam di Exeter. Di sanalah kujual ambal itu kepada Naili, sebelum kami bersahabat dan aku bertandang ke mari. Bukan tidak mengenangmu dan janjiku, tapi aku bukan lagi Ali yang dulu.”

Pandangan kami yang bersatu beralih menatap ambal yang digantung manis di ruang tamu. Sehampar ambal tenunan cita, yang sempat disudahi Ali sebelum melawat saudaranya di Mashhad. Tiada lagi hutang janji antara kami, hanya keinginan melangkah seiringan ke gapura cita.

“Jangan biar apapun merobohkan bentengmu lagi, Ali!”
(arkib utusan 6/9/09,karya oleh : Najibah A.Bakar)

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir & Batin kpd semua pembaca yg sudi membaca....

Selamat pulang ke kg halamanHouse. Jgn lupa Lock DoorWindow, Laundry jgn lupa angkat Clothes LinePerkakas elektrik jgn lupa di OFF, Sweeping rumah, Ironing baju supaya senang di kg nanti. Mana yg Convertible berhati-hati di jalan raya, pastikan kereta yg dipandu Truck & Car Washdan jgn Road  Rage jika h/way jam.Yg naik Airplane Bus, Bike Riding, Conductor Cruising berhati-hati. Yang memandu Convertible & Motorcyle 2jgn ingat mcm di NASCAR, silap haribulan Police Car kejar kena saman. Hati-hati dgn Rubber DuckChicken 2 DuckCow 3yg suka melintas. Sesiapa yg ada bela FishyKitty jgn ditinggal kelaparan. Kalau mengantuk singgah berehat sekejap ChocolateOrange JuiceSalad (mlm ajelah). Baby Bottle anak jgn lupa. Nampak sign board Place Setting Women's RoomMen's Room berenti le kejap. Pekena Hot Chocolate syok juga. Jgn nanti naik keje ada yg DoctorSling. Jgn makan lebih-lebih nanti Sick In Bed susah sdn.

Ingat-ingat makan mana yg diet jgn lupa, nanti masa puasa turun 5kgWeighingScale, naik raya tambah 10kg Fat Woman 4baru ia.. Welcome HomeSemoga selamat sampai ke kg & pulang kerumah semula. Ingatlah Family Portrait tercinta

Monday, August 24, 2009

MISI "ARTIFICIAL KIDNEY"

AVF;tempat jarum dicucuk untuk "supply" darah ke mesin dan "return" darah ke patient dari mesin

KHABAR ANGIN MENJADI REALITI
Lebih kurang seminggu lebih tak update blog..alasan yang diberi kali ini “busy bekerja,letih bekerja”..namun”TAHU” dan “MAHU” akhirnya membawa inurses kembali mencoret berkongsi cerita dan pengalaman menempuh alam kerjaya. “alia,saya dengar human resource akan start panggil kerja sebab ada wad baru buka,wad perubatan 1 dan 2 untuk H1N1..”Khabar angin demi khabar angin menyekat inurses untuk balik ke kampung selepas habis ganti posting sebulan di psychiatric ward.Hari demi hari menunggu panggilan,terselit juga rasa feed up menunggu,namun khabar angin akhirnya menjadi reliati apbila dipanggil melapor diri pada 6 0gos 2009.

PENEMPATAN BUKAN PILIHAN
Pada mulanya inurses dan beberapa orang rakan sekerja ditempatkan di Wad Perubatan 1,wad khas untuk H1N1..Pengalaman deal pesakit H1N1 dengan personal protection equipment yang lengkap (lebih kurang cam angkasawan) cuma sempat beberapa jam sahaja.Panggilan dari matron telah mengarahkan inurses dan seorang rakan ditarik ke unit Dialisis 8TE Menara Timur.Perasaan takut sedikit dirasa apabila matron membawa kami ke unit tersebut kerana pertama, kami tidak bersedia,dan kedua, unit tersebut sedikit asing kepada kami kerana semasa tahun ke 2 pengajian ,kami hanya berpeluang untuk praktikal selama 2 hari disitu.Pengalaman 2 hari praktikal disitu amat-amat tidak mencukupi untuk dijadikan “prepairation” bekerja di sana.Namun walaupun tempat itu bukan pilihan,inures dan rakan inurses sedang dalam proses untuk menyesuaikan diri di sana. 2 minggu pertama bekerja sebagai staffnurse kami bekerja ofis hour,di guide oleh staffnurse senior tentang prosedur hemodialisis yang dibuat di sana.Kami diajar cara mengendali mesin hemodialisis.


BARU BELAJAR
“Kat sini kena berani mencuba..kalau tak sampai bila pun tak kan pandai kalau setakat observe sahaja..pesanan sister membawa maksud TEORI tanpa PRAKTIKAL tidak membawa kejayaan yang reality.macam-macam pengalaman semasa pemasangan tubing hemodialisis (HD)..air terpercik kat patient,banjir kawasan tu dengan air..kena tepuk belakang dengan staff senior,lupa nk buka clamp..macam-macam..tapi yang bestnyer..kebanyakan patient semuanya mesra alam..semua berkenalan dengan kami..maisng-masing membeir semangat kepada kami untuk belajar cara pengendalian yang betul.. tapi bila dah faham konsep..insyaALLAH senang handle walaupun mesin berlainan jenis..

“ARTIFICIAL KIDNEY”
Bahasa kampung saya,hemodialisis adalah proses mencuci darah pesakit yang ada masalah buah pinggang..itu adalah istilah yang senang dipahami..namun medical term mempunyai fakta penting dalam rawatan hemodialysis. Animation of hemodialysis mungkin boleh membantu kefahaman kita.Di sini.Apa yang hendak dikongsikan di sini,
Allah telah mengilhamkan kepada manusia untuk mencipta mesin hemodialisis sebagai “artificial kidney” bagi menggantikan buah pinggang manusia yang rosak.Itulah nikmat kasih sayang Illahi.Tatkala satu nikmat sihat ditarik,Allah ciptakan pula penyembuhnya dengan memberi ilham kepada manusia untuk mengkaji,mencari dan membentuk penyembuh itu samada dengan rawatan tradisional/alternative ataupun konvensional,iaitu rawatan hospital.
ilustrasi bergambar hemodialisis

KONGSI PENGALAMAN
Buah pinggang adalah satu organ vital/organ penting dalam tubuh manusia,jika rosak dan tidak dirawat boleh “pergi tak kembali”.Sama dengan organ vital yang lain,paru-paru,jantung,otak dll.Semua Allah telah ilhamkan cara mengubatinya supaya kita berusaha dan kita perlu yakin Dialah penyembuhnya..
Siapa dari kalangan pembaca yang ingin berkongsi pengalaman tentang hemodialisis/”cuci darah” boleh kongsikan bersama..Mungkin ada dikalangan kita,mungkin ayah.mak,datuk,nenek,sedara mara dll yang pernah jalani rawatan ini..