Thursday, June 18, 2009

DIP 4105 <23062009>


assalamualaikum..kepada semua
pembaca,pengunjung,penziarah,kawan,teman dan sahabat..doakan kejayaan inurses dalam Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia pada 23/6/2009 ni..

Sebagai memenuhi persiapan fizikal dan mental sebelum peperiksaan,inurses ingin memohon seinfinity kemaafaan andai pernah melukakan dan mengecewakan semua,halalkan segala yang terambil,terpakai,termakan dan terminum..mudah-mudahan dengan kemaafan kalian Allah berikan anugerah ketenangan kepada inurses..

Doakan kejayaan kita bersama..

4 TITIK DIMENSI MANUSIAWI..

Mendapat ilham dari blog seorang sahabat.."bangunkan titik manusiawi" mengundang idea aplikasi 4 titik dimensi yang perlu dinilai dalam mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan.

titik 1 : Spiritual Quoteint (SQ)
Aplikasi : DOA,SOLAT HAJAT,TAWAKKAL

titik 2 : Intelectual Quoteint (IQ)
Aplikasi : ILMU TEORI,STUDY,LATIH TUBI SOALAN,PERBINCANGAN STUDY GROUP

titik 3 :Emotional Quoteint (EQ)
Aplikasi :HATI YANG TENANG,THROW THE PROBLEM BESIDE,BERMAAFAN,RESTU ILMU GURU-GURU

titik 4 : Physical Quoteint (PQ)
Aplikasi :BERSENAM,JAGA KESIHATAN,MAKANAN SIHAT

apabila 4 titik berpadu insyaAllah akan terhasil satu kecemerlangan ilmu..

anda pernah aplikasikannya?ada idea aplikasi 4 titik dimensi manusiawi ? jom kongsi!!!

Sunday, June 14, 2009

Surat Untukku..Kembali Bersatu..

Pertemuaan saya dengan sahabat-sahabat di Hari Satu Hati..hasilnya sepucuk surat yang mengandungi kata-kata ini terbang mencariku..

Assalamualaikum wbt...
Sahabat..
You are so special..
Sesungguhnya ana sangat gembira mempunyai sahabat seperti anti..
Moga anti terus thabat dalam "PERJUANGAN" dan terus menjadi permata kepada "PERJUANGAN"...sama-sama kita mewakafkan diri untuk "PERJUANGAN" yang punya jalan panjang ini...Qul Haazehee Sabiilii...Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sentiasa dihatiku..

Rentetan Hari Satu Hati...Kami bersatu kembali
Rehlah Ukhwah pertama yang saya hadiri begitu bermakna..aktiviti-aktiviti yang melekat dihati..
Itulah nilai sebuah Ukhwah yang tak dapat dicari dijalanan..tapi
diperolehi dari hikmah "PERJUANGAN"

i want to know my frenz better..every single second i will put my frenz in my true heart..every single beat of my heart i will remember our "PERJUANGAN".
Hari Rehlah Ukhwah ini takkan hanya menjadi kenangan pada hari ini tapi akan menjadi kenangan terindah untuk selamanya selagi matlamat kita sama,"PERJUANGAN" kita serupa..

Pautan tangan-tangan ke bahuku semasa majlis kemuncak..bersama mengalunkan nasyid "Kembali Bersatu"..mengundang rasa rindu untuk bertemu dan bersama lagi..

Wednesday, June 10, 2009

BERFIKIR UNTUK MEMINTA

Peminta : “Bagaimana untuk menjadi seorang yang hebat macam tuan?”
Penolong : “Optimis dan move foward..”

Berfikir untuk meminta tolong dan memberi pertolongan adalah perkara fitrah,sesuai dengan lumrah penciptaan manusia yang masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.Yang kuat akan memberi pertolongan yang kepada yang lemah.Yang lemah pula sebaliknya.Begitulah hakikat manusia
,hidup dalam suasana saling memerlukan dan saling melengkapi.Tiada yang sempurna melainkan Pencipta kepada kesempurnaan.

Bagaimana anda meminta tolong?
Menurut pakar psikologi, Les Giblin, cara untuk meminta tolong adalah…
“Dengan meminta bantuan mereka untuk fikirkan bagaimana hendak melakukan sesuatu itu.”
Cara itu adalah lebih baik dari menyuruh mereka melakukannya.

Kenapa begitu?
Bagi Les Giblin, dengan bertanya idea daripada mereka, mereka akan rasa dihargai dari segi minda (untuk fikir) dan juga usaha (untuk melakukan sesuatu). Mereka akan rasa lebih bermotivasi untuk menggunakan kepintaran mereka. Quote daripada Winston Churchill juga berbunyi:
“Let a person know you think they can do something, and they will!”
Adakah IDEA lebih mahal dan mudah dari BUAT?Adakah kita lebih suka di gelar sebagai orang BIJAK dari orang yang GAGAH?


Siapa Penolongku?
Meminta dan memberi adalah perbuatan yang memerlukan interaksi 2 individu atau lebih (to way communication). Pertolongan kita adalah mengikut keadaan kita meminta.Natijahnya pasti berbeza-beza.

Meminta secara “horizontal” menunjukkan permintaan dan pertolongan hasil dari hubungan sesama manusia.Dalam keadaan orang itu mengenali dan memahami kita,kemungkinan besar kita akan mendapat pertolongannya.Namun jika kita tidak mengenalinya serta memahaminya,harapan kita
untuk meminta pertolongan darinya mungkin tipis.
Dalam kita meminta pertolongan,samada mengenali atau tidak mengenali,cara mendekati perlu dijaga.Mestilah baik,sopan,mesra dan lain-lain sifat terpuji yang menyejukkan mata memandang sedap telinga mendengar.

Meminta secara “vertical” merujuk kepada permintaan dan pertolongan hasil dari hubungan dengan Pencipta.
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Penolong.”
Allah ama menyukai hambanya mengingatinya di masa senang,apatah lagi di waktu susah.Cara kita meminta pertolongan
adalah dengan berdoa.
“Berdoalah kepadaku,nescaya akan Aku perkenankan permintaanmu.” (Al-Mukmin, 60)
Ikhlas dan Optimis pada doa. Ada 3 cara Allah makbulkan doa kita.
a) Dengan serta merta
b) Ditangguhkan untuk di makbulkan di hari akhirat
c) Dijauhi kita dari mara bahaya dan bala bencana.

Meminta pertolongan dengan manusia hanyalah perantara untuk sampaikan hajat dan cita-cita kita.Kita akan ditolong atao tidak,sejauh mana kita menerima pertolongan bukan kita yang menentukan.Selebihnya mintalah pertolongan dari sebaik-baik Penolong.Jadikan Allah sebagai sandaran kita,kerana Dia tidak akan mengecewakan sesiapa pun yang bersandar padaNya.Andainya Allah ingin ilhamkan kepada kita seorang manusia sebagai perantara untuk meminta tolong,biarlah “penolong” itu juga orang yang mendapat ilham dari Allah.

“memberi itu boleh membahagiakan orang lain terutamanya apabila kita mampu memberi sebelum dipinta.”

Thursday, June 4, 2009

MINGGU GERAK GEMPUR LJM



PEPERIKSAAN LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA
23 JUN 2009

Bila nak exam?lagi 19 hari..Debaran makin terasa bila gerak gempur dah bermula..
Selamat Gempur kawan-kawan Kumpulan Diploma 23,Kolej Kejururawatan Pusat Perubatan Universiti Malaya..

DOA + USAHA + TAWAKKAL = INSYAALLAH BERJAYA !!
Semoga kita semua LULUS 100%
"Sekiranya pohon memerlukan cahaya untuk menghasilkan klorofil yang mampu menghijaukan daunan,menyuburkan pohonan dan menghasilkan buahan bagi memenuhi keperluan manusia dan hidupan,kita manusia memerlukan ILMU kerana setiap ILMU adalah CAHAYA..dan setiap CAHAYA sifatnya MENERANGI..."
"GELAS YANG BERISI, mampu memenuhi GELAS YANG KOSONG"
Carilah ILMU,fahamilah ILMU,Manfaatkanlah ILMU...