Sunday, May 31, 2009

Inner Journey Through The Heart


“Jauh perjalanan,indah permandangan,luas pengalaman”
Bunyi ungkapan melayu itu menggetarkan gegedang external ear kita,mengetuk 3 tulang osikel di middle ear kita,meransang saraf koklea di inner ear mencetuskan impuls dan seterusnya di hantar ke temporal lobe untuk diinterpretasikan dalam bentuk tindakan..adakah memerlukan kita menutup telinga atau memalingkan wajah mencari bunyi tersebut...subhanallah..sebuah inner journey yang perlu difikirkan bersama.
Manusia adalah model ciptan Allah yang paling sempurna.Sebentuk jasad manusia diciptakan dengan jutaan organisasi yang sangat kompleks,bermula dari sel mampu membina satu system melengkapkan keperluan manusia mengikut fisiologi setiap sistem.


Learning 1 :Jantung yang Komited dan Amanah

Fakta: Jantung mengepam lebih kurang 60-80 bpm(beat per minute)=4,800 kali per jam=115,200 kali persehari = 3,456,000 kali setiap bulan =41,472,000 kali setiap tahun.

Inward Looking :Jantung sangat komited dan amanah dalam menunaikan tugas dari Allah,terus bekerja tak henti-henti walau sekejap kecuali apabila Allah mencabut Amanah-Nya dari badan kita(mati).

Monolog Diri : Adakah kita bersifat seperti jantung?Apakah kita akan berhenti dari menunaikan Amanah-Nya sebagai “Leader” dimuka bumi ini ?Sedangkan Dia belum mencabut Amanah Jantung dan Amanah Leader pada kita?

Learning 2 :Jantung yang memisahkan hak dan batil

Fakta: Jantung membawa darah yang beroksigen(oxygenated) dan juga darah yang tinggi karbondioksida(deoxygenated). Darah yang deoxygenated akan mengalir dari seluruh salur darah vena ke vena jantung di bilik kanan(RA dan RV) sebelum di oxygenate di paru-paru. Darah yang dioxygenated di paru-paru tadi pula akan mengalir ke jantung di bilik kiri (LA dan LV).Hebatnya,dengan adanya 4 bilik dalam jantung(2 bilik kanan – Right Atrium dan Right Ventrikel,2 bilik kiri –Left Atrium dan Left Ventrikel) darah tidak bercampur.Bilik kanan untuk tak beroksigen dan bilik kiri untuk oksigen.
Pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang akan mengalami percampuran darah yang menyebabkan fisiologi sistem badan manusia berubah dan kucar kacir.

Inward Looking : Allah mengajar kita memisahkan antara perkara hak dan batil.Jika berlaku percampuran akan terjadinya kerosakan.

Monolog diri :Adakah percampuran itu telah berlaku disekeliling kita?Apakah kesan kepada masyarakat manusia jika percampuran terus berlaku?

Learning 3 :Jantung yang Dermawan

Fakta :Setiap kali degupan,jantung mengepam lebih kurang 82ml darah beroksigen ke seluruh tubuh setiap hari.Untuk memenuhi keperluan dan demand body,apa yang mengagumkan darah yang dialirkan ke seluruh badan adalah sama bayak dengan darah yang pulang ke vena jantung.Hanya sebahagian kecil darah beroksigen yang digunakan oleh otot jantung untuk aktiviti jantung.
Jika berlaku pengumpulan darah di jantung,kegagalan jantung akan berlaku.Sistem tubuh terutama organ –organ vital akan mengalami gangguan.

Inward Looking : Islam cuba mengajar, dalam kita berusaha mencari rezeki,kita perlu ingat pada individu yang memerlukan.Berbelanjalah dengan bijak untuk keperluan kita dan orang ramai.

Monolog diri : Adakah kita telah menyumbang dan memberi serta bersedekah dan berzakat?
“Dan Allah memberi sebahagian kamu keutamaan di atas yang laindalam hal rezeki.Tetapi tidaklah orang yang diberi keutamaan,memberikan lagi rezeki kepada hamba-hambanya supaya mereka samamenikmatinya.Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?”
(An Nahl:71)

Belajar ,fikir dan zikir dalam proses inward looking pada mengenali model ciptaan paling sempurna.

Thursday, May 28, 2009

Jutawan,Dermawan dan Pejuang


Apabila diperhatikan senarai 10 malaysian’s richest semasa menonton berita 1.30 tadi,“Tokoh Maal Hijrah” Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pemilik Yayasan Bukhary,satu-satunya anak melayu yang tersenarai dalam senarai itu.Agak teruja ,kerana hanya seorang anak Melayu di situ. Namun,Forbes Asia mengeluarkan senarai 40 malaysian’s richest, rupanya selain “Tokoh Maal Hjrah” itu turut berada dalam senarai itu ialah Pengerusi Kumpulan Am Bank, Tan Sri Azman Hashim (tempat ke-11), Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir (tempat ke-20),Timbalan Ketua Eksekutif Air Asia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun (tempat ke-21), Pengerusi Naim Cendera Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamed Sepawi (tempat ke-30) dan Pengarah Eksekutif Westports, Ahmayuddin Ahmad (tempat ke-34).
Individu Melayu lain yang turut berada berada dalam senarai itu ialah Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah( tempat ke-35) yang mempunyai pegangan saham ketara dalam Gamuda Bhd dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak (tempat ke-40).
Jadi bilangan jutawan melayu yang tersenarai dalm 40 Malaysian’s Richest adalah 8 orang.
Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk mengejar kekayaan.


Jika dikaji dan diteliti prinsip dan falsafah Islam, kita akan memahami bahawa Islamlah satu-satunya agama yang tidak pernah menghalang umat meraih kekayaan. Malah Islam menggalakkan umatnya mencari kekayaan daripada rezeki kurniaan Allah di muka bumi ini.


Firman Allah yang bermaksud: Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya (al-Mulk:15).

Namun dalam “kebebasan” mencari kekayaan,jangan lupakan tugas “memberi.” Dalam harta kekayaan yang kita miliki ternyata ada insan lain yang menuntut hak tersebut.

Masjid Biru dan Abdul Rahman bin Auf
Selasa lepas saya mendengar Kuliah Ilmu di masjid ad-deeniah atau lebih famous dikalangan penghuni Pusat Perubatan UM (PPUM) Masjid Biru.Kuliah disampaikan oleh Dr.Azizan,pensyara UKM..dalam sesi soal jawab ada yang
bertanya “Dr,apa pandangan Dr tentang orang Islam yang mencari kekayaan,berpakaian jenama dan berkereta mewah.Bukankah zuhud itu sifat terpuji dalam Islam?”Dr Aziza menjawad dengan satu riwayat.
Dalam satu riwayat,mafhumnya,sahabat pernah mengadu kepada baginda Nabi saw.Wahai Rasulullah,kuda Abdul Rahman bin Auf itu cantik,tetapi kuda mu Ya Rasulullah tak setanding dia.Rasulullah menjawab “Biarlah,dia mampu.”
Namun kita perlu ingat walaupun Abdul Rahman bin Auf itu Hartawan dan Jutawan beliau juga seorang dermwan juga pejuang yang tak pernah lupa pada tugasnya pengamanah harta Allah swt. Beliau menyumbangkan ratusan kuda-kudanya untuk berperang.

Firman Allah yang bermaksud : Dan sebahagian daripada manusia berjalan

di atas muka bumi mencari sebahagian daripada anugerah (rezeki) kurniaan Allah. Sebahagian yang lain pula berperang di jalan Allah. (al-Muzammil: 20).

Memahami bagaimana cara saya hidup untuk Islam,,Fathi yakan berkata “saya mestilah mengetahui matlamat hidup.” Matlamat hidup jangka panjang kita adalah Keredhaan Allah.
Sesuai dengan Islam sebagai Ad-Deen(cara hidup),Mencari kekayaan untuk menjadi dermawan dan pejuang adalah salah satu langkah mencapai matlamat hidup untuk Islam.

Wednesday, May 27, 2009

Andalus 711

MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yanghilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.”
Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol.Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu
Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun.
Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh
beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin
. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruhbarang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluru
h Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan
dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan.
Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.
Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di
negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan
sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: “Aku memerlukan
tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.
Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan
hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.
Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.
Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia se
olah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.
INTI PATI:

Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak

terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.

FAKTA:

Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.

Tuesday, May 19, 2009

Yang Patah Tumbuh Hilang Berganti..Kuku


" cemah,zairul posting wad mane?" tanya alia sambil menunggu kuew tiaw tomyam yang ditempah di medan selera tadi.."dia posting kat 13 U.." jawab cemah..tiba-tiba inurses mendapat satu idea untuk dikongsi bersama dengan pembaca..terutama nurses readers..

TEORI 14 ADL HENDERSON KE-8
Henderson dalam teorinya 14 activity daily living (ADL) yang ke 8 ada menyentuh tentang kebersihan.
“Keep the body clean and well groomed and protect the integument”

Formula 1 Kenali Potensi dan Kelebihan Diri,Teori Islam telebih dahulu menyentuh soal kebersihan dalam kehidupan manusia berbanding Teori Henderson.
“kebersihan itu sebahagian dari iman” (hadis)
Konsep kebersihan terlalu luas.Dalam konteks perubatan,kebersihan amat penting untuk
menjaga kesihatan.Kalau kotor digambarkan dengan SYAITAN..dalam perubatan kotor digambarkan dengan pembiakan mikroorganisma yang menyebabkan kemudharatan (penyakit).Dengan kata lain,kotor itu punca segala penyakit.Kuku merupakan salah satu tempat pengumpulan kotoran.


MENGAPA KUKU PANJANG?
Kulit,rambut dan kuku merupakan komponen
dalam system intergumentari. Allah menjadikan kulit kita berlapis-lapis, epidermis(kulit luar) dan dermis (kulit sebenar).Dari setiap lapis ada lagi lapisan-lapisan yang masing-masing ada peranannya tersendiri.Menjawab mengapa kuku panjang?kuku diatas,diikuti dengan tulang jari dan kulit paling luar.masing-masing saling
berkait.pemanjangan kuku disebabkan oleh pengingkiran bahan keras (keratin) atau bahan kumuh dari lapisan epidermis untuk memastikan epidermis sentiasa sihat.maksudnya “yang patah tumbuh hilang berganti kuku dipotong kotor dibuang penyakit dihindari..”.sel kulit yang dah mati akan bertukar menjadi kuku untuk disingkirkan..jadi janganlah simpan kuku panjang kerana kuku sebenarnya bahan kumuh sel(satu kotoran).

KERJA MEMEGANG NAIL CLIPPER DI GERIATRIC WARD
Pesakit yang berumur lebih dari 65 tahun yang mempunyai penyakit medical akan dimasukkan ke wad geriatric.Di pusat perubatan university Malaya ward geriatric terletak di tingkat 13 Menara Utama.Selain dari melakukan prosedur rawatan,pengurusan wad,tugas jururawat di sini adalah menjaga dan memenuhi keperluan 14 ADL Teori Henderson.Selain memandikan pesakit,menyikat rambut,menukar baju,menukar
pampers..yang paling simple..potong kuku..maklumlah orang tua..kena jaga kebajikannya..

Untuk perkongsian, geriatric ini berasal dari perkataan Greek>
Geras (old age) dan Iatros (satu cabang perubatan yang mengendali pesakit berumur yang ada masalah dan penyakit)..dengan
mudahnya,ward geriatric adalah wad orang tua..

Hadis daripada Sayidatina Aisyah Isteri Nabi Muhammad yang bermaksud, “Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah(sunah) iaitu memotong misai,memelihara janggut,bersugi,memeasukkan air ke hidung,memotong kuku,membasuh sendi-sendi,mencabut bulu ketiak,mencukur bulu ari-ari,bersuci dengan air(beristinjak),berkata Zakaria, “ saya lupa
yang ke 10 kecuali berkumur.” (muslim).
Islam besifat dengan sifat yang tidak pernah menentang fitrah manusia..dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar perkara panduan tersedia dengan Islam.

Tugas inurses :

1)Pilih hari yang sesuai untuk memotong kuku pesakit (isnin,khamis atau jumaat)
2) baca Bismillah dan berselawat semasa mula memotong kuku
3) cara memotong kuku tangan yang baik :
a) Mulai dengan tangan kanan pada jari telunjuk,diikuti jari hantu,jari manis dan jari kelingking.
b) Kemudian tangan kiri mulai pada jari kelingking,diikuti jari manis,jari hantu,jari telunjuk dan ibu jari tangan kiri.
c) Akhir sekali ibu jari tangan kanan.
d) Membasuh tangan dan menanam kuku yang sudah dipotong.
4) cara memotong kuku kaki yang baik :

a) Mulai dengan kaki kanan pada jari kelingking,diikuti jari manis,jari hantu,jari telunjuk dan ibu jari.
b) Kemudian ibu jari kaki kiri,jari telunjuk,jari hantu,jari manis dan akhir sekali jari kelingking.
c) Membasuh kaki dan menanam kuku yang sudah dipotong.


Tuesday, May 12, 2009

Paradigma Dalam Teori Kejururawatan

Kenali kehebatan dan potensi Diri

Barat pernah berada di Zaman Kegelapan akibat dari keenganan membuka akal dan mata dan ego serta prejudis terhadap Islam.Hanya selepas Eropah bersedia untuk menerima segala yang berfaedah untuknya, maka barulah terbit cahaya di hujung akal mereka untuk menyalakan Zaman Pencerahan.Kesediaan mereka untuk mengambil apa sahaja yang bermanfaat, telah menyuntik kekuatan kepada Eropah keluar meninggalkan dunia gelap kepada kemajuan yang berterusan hingga ke hari ini.Umat Islam adalah umat yang hebat.Dalam satu episode yang mengagumkanberjaya menguasai dunia dengan ilmu dan tamadun .A.M Lothrop Stoddard
didalam The New World of Islam berkata ,” Kebangkitan Islam adalah episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia.Ianya lahir di bumi yang tak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam.Dalam proses itu ianya meruntuhkan empayar-empayar besar dan serentak dengan itu membentuk hati-hati manusia sehingga akhirnya berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia islam.” (7 Fomula Individu Cemerlang,Dr Danial Zainal Abidin)
Itulah kehebatan empayar Islam di zaman kegemilangan dahulu..

Jururawat IslamBagaimana kita melihat isu Jururawat Islam?Apakah yang dikehendaki oleh Jururawat Islam?Adakah menjadi satu kesilapan jika kita mengambil manfaat dari tokoh jururawat barat Florance Nightingale dan Virginia Herderson yang tidak Islamik?adakah lengkap dengan kita hanya menjadikan tokoh jururawat Nusaybah dan Rufaidah sebagai model kejururawat Islam?

Pendapat inurses,kita perlu kembali kepada fungsi dan tujuan kerjaya jururawat sebelum menjawab persoalan-persoalan tersebut.Fungsi kor Jururawat adalah memberi perawatan
kepada pesakit sehingga mendapat kesembuhan.

NAQAL HIKMAH
Islam pernah menawan 2/3 dunia hanya dalam jangka masa satu abad sahaja.Tamadun yang dihidupkan oleh Islam ini subur digerakkan oleh ciptaan-ciptaan baru,Tradisi keilmuan terus berkembang.Arkitek mampu membina bangunan tinggi yang
melawan gravity.Al-Khawarizmi mencita konsep algebra dan algoritma.Ibnu Sina menemui ubatan baru untuk merawat pesakit.Tidak dinafikan kegemilangan sains dalam tamadun islam mendahului zaman.Persoalannya sekarang,kenapa Eropah yang pernah mengalami zaman gelap sekarang diagung-agungkan sehingga hari ni?dalam tidak sedar Eropah telah menggunakan “hikmah” sebenarnya..
“Hikmah itu adalah barangan yang tercicir (dari tangan) orang
Mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang paling berhak terhadapnya”
Hikmah itu bisa sahaja diertikan sebagai segala perkara baik yang menepati keperluan Mukmin.
Ia pula bukan sahaja sesuatu yang dianggap ‘harus diguna’ malah digesa mengambilnya apabila
ditegaskan betapa Mukmin yang menemuinya menjadi manusia yang paling berhak ke atas
hikmah itu.Maka, apa sahaja yang terbaik dalam segala yang baik, seorang yang beriman mesti memanfaatkannya. Kebaikan tidak mempunyai identiti Timur atau Barat, Utara atau
Selatan.Asalkan pada asasnya tidak melanggar sunnatullah.


Teori 14 keperluan activity daily living (ADL) yang dicetuskan oleh Virginia Henderson akan
membantu pesakit..jadi ianya adalah“hikmah”
• Breathe normally.
• Eat and drink adequately.
• Eliminate body wastes.
• Move and maintain desirable postures.
• Sleep and rest.
• Select suitable clothes-dress and undress
.• Maintain body temperature within normal range by adjusting clothing and modifying
environment
• Keep the body clean and well groomed and protect the integument
• Avoid dangers in the environment and avoid injuring others.
• Communicate with others in expressing emotions, needs, fears, or opinions.• Worship according to one’s faith.
• Work in such a way that there is a sense of accomplishment.
• Play or participate in various forms of recreation.
• Learn, discover, or satisfy the curiosity that leads to normal development and health and use the available health facilities.


"The unique function of the nurse is to assist the individual, sick or well, in the performanc
e of those activities contributing to health or its recovery (or to peaceful death) that he would perform unaided if he had the necessary strength, will or knowledge. And to do this in such a way as to help him gain independence as rapidly as possible" (Henderson, 1966)

Jadi tidak menjadi kesalahan jika kita mengambil prinsip-prinsip dan teori kejururawatan yang
telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh jururawat barat seperti Florance Nightigale dan Virginia Henderson dalam bidang kejururawatan..kerana kita mengambil “hikmah” “segala perkara baik” dari prinsip-prinsip tersebut.Ia akan menepati keperluan dalam memajukan perawatan.Kita
bukan mengagung-agungkan Eropah tetapi kita hanya mengambil “hikmah” untuk kita menjadi lebih maju..lebih kurang menjadikan yang baik itu teladan dan menjadikan buruk itu sempadan.

Kata-kata Imam Malik :“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemilang”

Nilai Islam dalam Kejururawatan
“Pada masa dahulu seorang muslimah itu memainkan peranan dimedan jihad.Ia telahmelakukan kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka.Bahkan kadangkala seorang wanita itu turut serta menghunus senjata.Contohnya Ummu Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan Uhud.”(Mustafa mashyur)

RUFAIDAH AL-ANSHARIYAH ATAU AL-ASLAMIYAH
Rufaidah adalah seorang wanita dari suku kaum Aslam dan anak kepada seorang tabib yang terbilang dikalangan kaumnya di Yathrib ( Madinah ) dan juga di Semenanjung Tanah Arab.
Beliau banyak belajar tentang perihal penyembuhan dan perawatan dari bapanya semasa beliaumembantu bapanya merawat pesakit. Rufaidah merupakan seorang gadis yang mempunyai
keperibadian yang mulia,lemah lembut dan bersopan santun. Sifat penyabar,dan penyayang nya t
elah membantu meringankan kesakitan dan penderitaan para pesakit yang dirawati.Rufaidah
telah mengistiharkan keislamannya dengan disaksikan oleh utusan-utusan Rasullah SAW di Yathrib setelah mendengar beberapa potong ayat Al Quran,dan keislamannya itu telah menjadikan beliau bersifat lebih sabar dan menyayangi dan mengasihi sesame insan. Beliau telah dengan penuh kerelaan mempertingkatkan usaha dalam dunia perawatan dan melatih ramai wanita dan remaja yang terdiri dari muslimah untuk mendalami ilmu perawatan. Beliaulahmerupakan pengasas sekolah kejururawatan yang pertama dikalangan umat Islam pada ketika itu.Semasa bermulanya peperangan jihad,Rufaidah telah memohon keizinan dari Rasullullah SAW untuk bersama sama sekumpulan wanita terlatih untuk menyertai medan p
eperangan bagi
membantu memberi rawatan kepada para tentera yang tercedera da
n yang memerlukan bantuan pengubatan. Selepas peperangan Badar,Rufaidah telah kembali ke Yathrib dengan memulakan satu era perawatan yang baru dengan mendirikan sebuah khemah sebagai marka
s untuk melaksanakan aktiviti rawatan dan perawatan. Beliau menghabiskan banyak masa di
khemah tersebut untuk berkhidmat kepada orangramai Ibnu Ishaq menyebutnya dalam kisah Sa’ad bin Mu’adz ketika dia terluka diparit pertahanan.Kemudian Rasullullah SAW bersabda: “Tempatkan dia di khemah Rufaidah yang berada di masjid, hingga aku menjenguknya sebentar lagi..” Dalam Al-Adabul Mufrad,Bukhari berkata: Diceritakan kepada kami oleh Abu Nu’aim: Dia berkata:” Ketika lengan Sa’ad terluka ketika peperangan Khandaq,maka dikatakan: “Bawalah
dia kepada seorang wanita bernama Rufaidah, kerana dia akan mengubati orang-orang yang
terluka “ Adalah Rasullullah SAW apabila singgah ke tempatnya,beliau bersabda:” Bagaimana keadaanmu di petang ini?” Sedangkan apabila waktu pagi, Nabi S.A.W bersabda: “ Bagaimana keadaanmu diwaktu Pagi?.” Disini jelas menunjukkan kegigihan dan kesungguhan Rufaidah dalam
melaksanakan tugas perawatannya seperti yang digambarkan bahawa beliau bekerja untuk satu jangkamasa yang panjang dan ini jelas diperakui oleh Rasullullah SAW. Maka sesungguhnya Rufaidah adalah perintis bidang Kejururawatan yang terulung.
Khemah Rufaidah di Masjid Nabawi yang dibinanya pada tahun 2 Hijrah bersamaan 624
Masehi,tetap menjadi contoh yang cemerlang dalam bidang Kejururawatan dizaman permulaan
Islam sehingga ke hari ini. Sumbangan dan dedikasi beliau jelas mendahului Florence Nightingale
iaitu 1200 tahun lebih awal.

Florence Nightingale
(12 May 1820 – 13 August 1910) yang dikenali “The Lady With The Lamp”.Dia terkenal sebagai
pelopor dalam bidang kejururawatan dan sumbangannya bersama 38 volunteer nurses dalam Crimean War.Rufaidah atau Florence Nightingale?

Nilai akidah dan perjuangan
Memasukkan elemen ketuhanan dan ketauhidan dalam melakukan perawatan memberi nilai pada nilai jururawat Islam.Meletakkan sifat hamba pada hubungan dengan Allah dan melaksanakan sifat khalifah pada hubungan dengan manusia.Tidak salah saya mengatakan
‘bekerja’ sama dengan ‘berjuang.’Kembali kepada “Begin with the end in mind”> cita-cita yang
paling tinggi bagi seorang jururawat Islam adalah melihat pegangan utuh (aqidah) itu dijelmakan dalam bentuk penghayatan dan direalisasikan dalam kehidupannya dihospital. Mulakan langkah awal perjuangan dengan kesedaran aqidah.

Nilai Ibadah
Ibadah adalah berhubung dengan hubungan antara hamba dengan Pencipta.Dalam konsep perawatan, ibadah berkait dengan konsep doa dan tawakkal.Mulakan langkah pertama bekerja dengan doa,mulakan perawatan dengan doa dan akhirinya juga dengandoa.Nilai ibadah juga akan dicapai pada menjadikan hospital,katil pesakit sebagai mihrab.Ibadah dalam Islam tidak hanya pada ibadat khusus (solat,puasa,zakat ,haji dll) semata-mata tapi dari sekecil-kecil perkara(bed
making) sehingga sebesar-besar perkara(membantu pesakit melakukan solat).Syaratnya, menghubungkan keikhlasan pada nilai akidah(perhubungan secara lansung dengan Allah).Manfaatkan setiap masa untuk mendapat nilai yang bernilai ini.

Nilai ilmu
Menuntu ilmu merupakan satu pembelajaran sepanjang hayat.. “long life education”.Kriteria melayakkan diri menjadi staff registreted nurse (SRN) Lembaga Jururawat Malaysia adalah perlu mengikuti kursus kejururawatan 3 tahun di kolej kejururawatan yang diiktiraf,lulus peperiksaan LJM,Ini menunjukkan pentingnya Ilmu perawatan dan kemahiran kejururawatan dalam melahirkan seorang jururawat yang kompiten.Nilai ilmu juga bukan sahaja boleh melahirkan jururawat yang kompiten tetapi boleh melahirkan jururawat yang mempunyai nilai integriti.Nilai integrity itu hanya diperoleh dengan ilmu ketuhanan.

Nilai akhlak
Akhlak atau tingkah laku adalah buah kepada ubudiyyah atau pengabdian kita secara terus dengan Pencipta.Nilai akidah dan perjuangan,nilai ibadah dan nilai ilmu mampu melahirkan jururawat yang tinggi ilmunya,baik tingkahlakunya,bersih jiwanya dan sentiasa mengharapkan suasana hospital dan wad adalah suasana yang “bersih”.

Rufaidah atau Florence Nightingale?


“Islam itu TINGGI dan tiada yang lebih tinggi dari ISLAM”

Empayar Uthmaniyyah telah meninggalkan kita..peranan dan sumbangan Nusaybah dan Rufaidah tercatat dalam kanvas sejarah kejururawatan Islam..teori dan konsep kejururawatan Florance Nightingle dan Virginia Henderson menjadi silibus teori dalam subjek Fundamental of

Nursing..apakah paradigma yang sesuai untuk melahirkan jururawat yang competent dan berintegriti?
Kata-kata Imam Malik :“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemilang”
Jururawat Islam akan gemilang dengan menjadikan Nusaybah dan Rufaidah sebagai formula pertama dari 7 Fomula Individu Cemerlang,Dr Danial Zainal Abidin(Kenali kehebatan dan potensi diri) dan mengaplikasikan konsep “hikmah” dalam adaptasi teori dan prinsip Florence dan Henderson. Semoga jiwa jururawat muslim bermakna dengan nilai yang ada pada Jururawat Islam..

Analogi “Tulip” Untuk Hari Jururawat 12 Mei 2009

Pada setiap musim bunga di Holland, putik kuntuman tulip kering berwarna kecoklatan, selepas melalui musim sejuk yang mencengkam, tidak pernah gagal untuk membuka kelopaknya di celah-celah tanah yang dingin; mengingatkan dan menggalakkan kita untuk sedar bahawa walau bagaimana dingin sekalipun cuaca, tetap ada sinar pada penghujungnya, seperti mana kelopak tulip yang berkembangan, membawa bersamanya renjisan warna serta harapan.Harapan inurses untuk Sambutan Hari Jururawat Sedunia 12 mei dianalogikan dengan “tujuan penciptaan hidupnya tulip yang melawan kesejukan untuk memenangi hati yang resah.”Begitulah tamsilan kepada kerjaya seorang jururawat,bekerja dengan penuh sifat manusiawi untuk menunjukkan kepedulian dan keperihatian dalam melakukan perawatan kepada pesakit yang sentiasa bertindak mahukan penjagaan yang terbaik.Bekerja dengan manusia jauh berbeza dengan bekerja dengan mesin atau computer.Kerjaya jururawat memerlukan hubungan kepercayaan dan perasaan,bukan skill teori yang dituntut selama 3 tahun di kolej kejururawatan semata-mata,bukan ilmu kepandaian dari sijil,diploma,ijazah,master atau phd in nursing apatah lagi paksaan.Kepayahan,kesusahan,perang emosi dan perasaan berhadapan dengan manusia bukan satu tanggungjawab yang senang untuk dipikul.Akibat tersilap pikul, dari mulianya kerjaya jururawat boleh bertukar kepada celanya jururawat.Bagaimana kemuliaan jururawat di raih?


Konsep Ihsan dalam tuntutan Fardhu Kifayah
Imam Al-Ghazali dalam Kitab Ihya Ulumuddin mengkelaskan ilmu Islam kepada 2 : fardhu ain dan fardhu kifayah.
Sedikit penjelasan berkenaan Fardhu ain :ilmu yang wajib diketahui dan dilaksanakan oleh setiap umat yang berakal dan baligh,contoh : ilmu akidah,tasawwuf dan fekah.

Fardhu kifayah pula bidang ilmu yang wajib dikuasi oleh sebahagian sahaja umat Islam.Imam Ghazali pula membahagi ilmu fardhu kifayah kepada 2 : ilmu syariat(ilmu tafsir Quran,ilmu mustolah hadith,ilmu qiraat dll)dan ilmu bukan syariat(ilmu perubatan,ilmu kira-kira,ilmu pembinaaan,pertanian dll).tahniah kepada jururawat kerana memenuhi kewajipan tuntutan fardhu kifayah(ilmu perubatan) dalam memelihara kesihatan manusia.Kenalilah kebolehan dan potensi diri kita yang melayakkan kita menunaikan tuntutan ini tatkala um
at lain tidak mampu melakukannya.

“Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai kepada upaya itu, maka sekurang-kurangnya rasakanlah yang Allah itu melihat kamu”
Ihsan membawa pengertian melihat atau dilihat..aplikasi konsep ihsan akan mencetuskan satu kesedaran dan usaha yang terbaik bagi jururawat dalam melakukan perawatan.. “setiap gerak geri perawatan mestilah dimind setkan seakan-akan kita melihat Allah,atau paling lemah,rasailah Allah sedang memerhatikan kerja kita” kit
a tidak boleh bersembunyi di sebalik mematikan call bell pesakit..seseungguhnya kita sedang diperhatikan..

Mulia Jururawat pada nilai kerja dan tabiat “Begin with the end in mind”.
Berfikir dan melihat tujuan,cita-cita,misi,visi,matlamat dan kesan diawal perjalanan akan mendorong kita kepada nilai kebaikan perawatan yang dilakukan.Kita akan mencapai satu tahap kepuasan,ketenangan kerana dapat memberikan perawatan yang terbaik yang membawa kesan kepada penyembuhan pesakit.bukankah mulia bila kita memberi perawatan dan kegembiraan yang terbaik kepada pesakit,pesakit sembuh dan gembira?
walaupun kadang-kadang pesakit mendapat kegembiraan yang lebih dari kita..itulah potensi diri jururawat..Nilai adalah berkadar terus dengan mutu kerja kita.semakin baik prestasi kerja kita semakin tinggi nilai yang kita dapat.Tapi kita perlu berhati-hati dengan nilai yang pelbagai..kita mungkin akan di pamerkan dengan nilai harta,nilai pangkat..namun kita perlu sedar yang kita ada tujuan..kembali kepada “Begin with the end in mind”..bernilainya kerjaya jururawat bukan hanya kepada berjayanya menjaga hubungan dengan manusia tetapi Berjaya juga menjaga hubungan dengan Pencipta..maksudnya “end in mind” adalah melaksanakan tugas sebagai hamba dengan menjadikan setiap gerak perawatan sebagai ibadah dan melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan menyalurkan kebaikan semasa pesakit memerlukan. Buat baik kepada sesama manusia boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.(kata-kata ust.hazrizal) Bayangkankan kalau kita bekerja shif pagi (7pg -2.30 ptg) > lebih kurang 7 jam bekerja,kalau shif malam (9mlm – 7 pg) lebih kurang 10 jam bersama pesakit..ianya peluang bonus bagi jururawat untuk melakukan kebaikan..Cuma tinggal edar atau tidak..hendak atau tidak..

Tidak hairanlah jika tokoh jururawat antaranya Rufaidah, Nusaybah, Florance Nightingale , dan Virginia Henderson dimuliakan kerana sumbangannya dalam bidang kejururawatan..ikuti entry “Paradigma Dalam Kejururawatan.”

Monday, May 11, 2009

Tulip Membuka Kelopak di Celahan Tanah yang Dingin 9 Mei

" Ati masuk dalam paper berita harian semalam.." inurses terpinga-pinga..sambil makan mee goreng yang Ily bawa balik dari kampung.."mana papernyer nak tengok..eh..tulip!!! kak alia,jangan la tengok tulip tu..tengok la gambar ati ni dulu..hu..hu..Tulip mencuri perhatian inurses..rupa-rupanya ada Jualan Amal Tulip telah diadakan pada 9 MEI 2009 di pusat beli-belah Sungei Wang Plaza.Tujuan jualan amal ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi Tabung Barah Kanak-Kanak(CCF) di Pusat Perubatan Universiti Malaya(UMMC).

Pesakit kanak-kanak cancer yang menerima rawatan dengan penuh kasih sayang di PPUM,unit onkologi.



ACARA TAHUNAN CERIAKAN PESAKIT DAN MENAMBAT HATI IBU
BUNGA dan mesej yang tersirat dari setiap kelopak, aroma dan warnanya mampu diterjemah siapa saja. Bagi pasangan yang asyik bercinta, sekuntum bunga dihulurkan ibarat merungkai rasa di jiwa.


Bunga juga bersifat terapi. Mengapa tidak, gubahan bunga yang diletakkan di meja sisi katil pesakit mampu
mengubah suasana.
Jambangan bunga beraneka warna membias aura positif
bagi insa
n yang sedang menanggung kesakitan. Bunga yang diberi umpama pelengkap kasih sayang keluarga yang setia mendoakan kesejahteraan insan tersayang.Begitulah magis bunga yang sejak berzaman memberi interpretasi tersendiri malah menguja hati manusia dalam apa keadaan sekalipun.


FAKTA: Tulip
Pada setiap
musim bunga di Holland, putik kuntuman tulip kering berwarna kecoklatan, selepas melalui musim sejuk yang mencengkam, tidak pernah gagal untuk membuka kelopaknya di celah-celah tanah yang dingin; mengingatkan dan menggalakkan kita untuk sedar bahawa walau bagaimana dingin sekalipun cuaca, tetap ada sinar pada penghujungnya, seperti mana kelopak tulip yang berkembangan, membawa bersamanya renjisan warna serta harapan.
Umum bun
ga ini dikenali sebagai tulip tetapi nama asalnya ialah tulipa.
Tulip berasal dari kumpulan keluarga bunga Liliaceae.
Sehingga hari ini, sebanyak 150 spesies bunga ini sudah dikenal pasti pengkaji botani.
Tulip ditemui di selatan Eropah; utara Afrika dan beberapa negara Asia.
Kepelbagaian spesies tulip boleh ditemui di pergunungan Pamir dan Hindu Kush serta kawasan steppe di Kazakhstan.
Tulip dari spesies Tulipa gesneriana menjadi kumpulan variasi tulip paling banyak ditanam dan dikomersialkan.
Walaupun tulip sinonim dengan Belanda, bunga dan nama bunga ini berasal dari Empayar Parsi.
Tulip dikenali sebagai Lale di Turki.
Dipercayai, orang Turk mempopularkan tulip di benua Eropah.
Duta Ferdinand I, Oghier Ghislain de Busbecq di Empayar Ottoman pada 1554 pernah menulis mengenai tulip dalam sepucuk surat. Beliau menyatakan melihat bunga dari spesies Narcissus, hyacinth dan Lale di mana-mana saja dalam Empayar Ottoman.
Kami terpegun kerana bunga masih berkembang pada pertengahan musim sejuk yang lazimnya tidak sesuai untuk bunga hidup.

Era kemuncak Empayar Ottoman dikenali sebagai Era Tulip atau Lale Devri dalam bahasa Turki.
Charles de L’Ecluse (Clusius) dikatakan mempopularkan tulip pada akhir abad ke-16. Tulip mencapai zaman kemuncaknya antara 1634 hingga 1637 apabila orang ramai menggilai bunga ini hingga timbul istilah
tulip mania.

Setiap Mei, Festival Tulip diadakan di Belanda, United Kingdom (UK) dan utara Amerika Syarikat.
Antara festival tulip yang dikenali ialah Festival Lembah Skagit di Washington D C; Festival
Tulip Pella di Iowa dan Festival Tulip Kanada di Ottowa, Kanada.
Pusat pameran terbesar tulip di dunia ialah di Keukenhof, Belanda

inurses : antara gembira dan kecewa..tak de jodoh nak jupe bunga tulip hidup..simbolik tulip yang berupaya hidup di waktu sejuk itu perlu dicontohi..sesuai dengan kerjaya "jururawat yang memberi perawatan tatkala pesakit dalam kesakitan..begitulah tamsilan tulip yang mekar di waktu kesejukan"..pesanan kepada inurses jangan sampai digelar "tulip mania"..he..he..

Ikatan Rabitah Hati

Doa Rabithah

Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini tlah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan



Kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
yang tiada pernah padamya
Robbi bimbinglah kami…
Rapatkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela





Friday, May 8, 2009

REVOLUSI VERSAILLES 2


sambungan....Di tengah-tengah bahang kehangatan pengharaman tudung oleh kerajaan Perancis ke atas pelajar-pelajar di seluruh institusi pendidikan di Perancis, aku kini sibuk menulis liputan tentang isu ini di majalah Le Monde terbitan syarikat babaku. Usah kau kehairanan. Aku kini giat menyertai perarakan demostrasi jalanan bersama rakan-rakan Muslim dan Muslimahku, membantah keputusan Presiden Perancis, Jacques Chirac yang menyokong larangan kerajaan terhadap pemakaian tudung di institusi pendidikan seluruh Perancis. 22 Disember lepas, hampir 3000 masyarakat Islam di sini menyertai perarakan membantah pengharaman tudung ini.
Bersama marsum maya ini kuutusi gambar maya diriku dan sahabatku, Taqwa. Taqwa Djamila, seorang perawan manis dari bumi Isra’ Mikraj. Taqwa merupakan koresponden Majalah Jihad di Palestin, membuat liputan tentang isu pengharaman tudung di Perancis. Dialah yang mengubah Fatima Boicha yang agresif dan prejudis terhadap Islam hingga menjadi Fatima Boicha yang sedang berbicara denganmu lewat marsum maya ini. Aku bersyukur ketemu dirinya, Uzair. Dia merupakan anugerah terindah dalam hidupku selepas dirimu.
Aku dan Taqwa berkenalan di perkarangan Chateau De Versailles, Istana Versailles. Kala itu aku datang berlibur menyaksikan keindahan kota Versailles dan Taqwa mencari bahan untuk majalahnya. Sungguh! Versailles sebuah istana nan indah dan mewah. Istana ini menjadi kebanggaan Perancis dan Versailles menjadi pusat pemerintahan Perancis kala pemerintahan Louis XVI. Namun sistem monarki Perancis berakhir ketika Revolusi Perancis pada Oktober 1789 apabila Louis XVI dan isterinya Marie-Antoinette terpaksa tunduk kepada kemarahan orang awam yang melarat.
Taqwa membuka mata hatiku merenung nasib saudara-saudara seaqidah yang disembelih di bumi Quds. Dia bercerita padaku tentang penderitaan keluarganya di Ramallah. Dia berkisah tentang kekejaman Zionis dan Yahudi. Dia menyedarkan aku tentang kelemahan umat Islam. Dia membangkitkan imanku dengan semangat jihad dan perjuangannya. Lalu dia mahu aku sama-sama bersuara menentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam di Perancis, bumi yang sedang kuhuni ini.
Taqwa mula mengejutkan nubari Islamku yang sudah lama kantuk. Katanya, umat Islam tidak sudah-sudah dizalimi. Andai kita masih takut untuk mempertahankan aqidah dan syariat Islam, maka siapa lagi yang harus diharapkan. Aku lihat sinar juang di matanya, Uzair. Aku lihat semangat kesungguhannya mengajakku kembali menuju landasan mustaqim. Aku nampak sinar keikhlasan di matanya. Ya! Sinar yang serupa yang hadir di tubir matamu saat kau menyuarakan hasratmu supaya aku melabuhi hijab dan jilbab ke tubuh perawanku dulu. Sungguh! Aku terpesona dengan semangat kental dan tekad gadis Quds ini. Lalu hidayah Allah kian mercup gemilang setelah acap kali aku dan Taqwa ketemu.
Versailles pernah mengalami revolusi dek kemarahan rakyat yang melarat. Kukira revolusi itu sedang berlaku kini, kala Jacques Chirac berdegil dengan keputusannya mengharamkan tudung. Aku dan Taqwa menyertai satu lagi perarakan demostrasi baru-baru ini. Kerajaan Perancis merancang untuk melaksanakan undang-undang berkenaan bermula sessi persekolahan 2004-2005 bagi memisahkan agama dari sekolah-sekolah kerajaan yang berbentuk sekular. Kami berarak dari Place de La Republique ke Place de La Nation sambil membawa kain-kain rentang dan menyebarkan risalah-risalah kepada masyarakat Perancis. “Sekularisme memalukan”. “Bertudung adalah pilihan kami”. “Sekolah adalah hak saya. Tudung adalah pilihan saya, Perancis adalah tempat perlindungan saya.”



Semangat sahabat-sahabatku di sini yang menguatkan iltizamku untuk terus mempertahankan pakaianku hari ini. Malah suara-suara lantang mereka jualah yang terus menutup pintu hatiku untuk berpaling pada dunia kebaratan yang pernah mencengkam iktikadku selama ini. Tubuhku tidakkan lagi kupamerkan, Uzair. Akan kukuburkan kata-kataku bahawa tudung itu warisan masyarakat Arab yang kolot, lapuk dan kuno. Akan kupertahankan hijab dan jilbab ini. Aku dan sahabat-sahabat akan melakukan revolusi, Uzair! Kami akan mencabar rang undang-undang yang telah diluluskan kerajaan Perancis itu. Dengan sokongan Persatuan Masyarakat Islam di sini, kami akan membawa kes ini ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah. Kukira kerajaan Perancis tidak pernah lupa bahawa Perkara 9 Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah menekankan kebebasan mengamalkan ajaran agama atau sesuatu kepercayaan. Malah Dr. Yusuf Qardhawi dan Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah juga sudah menggesa Perancis supaya mengubah pendirian mereka dan memutuskan akan menghantar delegasi ke Paris dengan diketuai oleh bekas Menteri Kehakiman Mauritania, Abdullah bin Baya.
Semalam, pejabat majalah Le Monde digeledah pihak berkuasa. Tulisanku dalam Le Monde ternyata membangkitkan amarah mereka. “Toleransi sudah berakhir dan larangan sudah bermula. Sungguh tidak logik apabila undang-undang Perancis membenarkan wanita memakai skirt pendek, menunjukkan buah dada dan melakukan kemungkaran tetapi pada masa yang sama melarang mereka menutup kepala. Menutup kepala adalah salah tetapi menunjukkan buah dada dan pangkal paha tidak melanggar undang-undang.”
Mereka terus memanipulasi. Semalam, anak jiranku direntap tudungnya lalu dihalau keluar dari kuliah. Dia diberi pilihan sama ada mahu meneruskan pengajian dengan melupakan tudung atau disingkir terus dari kolej. Sungguh! Aku mengkagumi tekad gadis remaja ini. Walau kehidupan rencam di bumi Perancis kian menekan pelajar-pelajar Muslimah di sini, dia sanggup mempertahankan maruah Islam dan harga diri seorang wanita Muslimah lalu melupakan hasratnya untuk mengenggam segulung ijazah. Ah! Kala itu naluriku dihantuk rasa keharuan. Gadis Muslimah nan genit ini ternyata lebih bijak menimbang antara hak dan batil berbanding diriku dulu yang gagal pada piawai duniawi. Aku malu, Uzair. Terlalu malu!
Aku dan Taqwa sedang merancang satu lagi demostrasi jalanan, Uzair. Kali ini yang terbesar. Taqwa sudah pun menghubungi rakan-rakannya di Palestin untuk sama-sama bergabung dalam perarakan kali ini. Akan kami tunjukkan pada dunia, Muslimah Islam bukanlah golongan yang lemah. Tiada siapa pun antara kami yang akan membuka tudung demi memuaskan nafsu serakah kafirun. Walaupun 69% rakyat Perancis dalam suatu pungutan pendapat yang dikendalikan oleh akhbar Le Parisien menyokong tindakan Chirac ini, namun kami, lima juta rakyat beragama Islam yang mewakili 8% penduduk Perancis tidakkan sekali-kali tunduk pada arahan ini.
Versailles bakal menyaksikan suatu lagi revolusi besar. Kami akan berkumpul di sana, tempat pertemuan pertama aku dan Taqwa. Kami akan bergerak beramai-ramai ke Eiffel Tower, menara kebanggaan Paris sejauh 25 kilometer dengan menaiki Metro. Andai dewan di Istana Versailles ini pernah menyaksikan negarawan-negarawan agung dunia menandatangani perjanjian tamatnya Perang Dunia Pertama pada 28 Jun 1919, kami akan sama-sama mengumpul tanda tangan seluruh masyarakat Perancis membantah pengharaman tudung ini. Keadilan dan hak asasi manusia harus dikembalikan. Sudah tiba masanya masyarakat Islam bangun mempertahankan kesucian Islam. Doakan kami ya, Uzair. Semoga apa yang aku dan Taqwa serta sahabat-sahabatku rancangkan akan direstui dan senantiasa di bawah lembayung Rahmat dan Maghfirah-Nya.
Aku sudah mampu tersenyum kini, Uzair. Benar katamu, Muslimah itu bukan ortodoks. Bukan fundamentalis. Bukan pengganas. Aku kini bernafas dalam rongga iman dan kesyumulan Islam. Aku yakin bahawa hijab ini suatu tuntutan Islam yang ingin menjaga maruah Muslimah dan mengembalikan taraf wanita ke tempat a’la.
“They say…Oh poor girl, you’re so beautiful you know. It’s a shame that you cover up your beauty so. She just smiles and graciously responds reassuringly. This beauty that I have is just one simple part of me. This body that I have, no stranger has the right to see. These long clothes, this shawl I wear, ensure my modesty. Faith is more essential than fashion. This hijab…This mark of piety. Is an act of faith, a symbol for all the world to see. A simple cloth to protect my dignity. So lift the veil from your heart…to see the heart of purity.” ( The Veil, Dawud Wharnsby Ali. 1999 )

Sahabatmu,
Fatima Boicha
(cerpen pilihan inurses,berita minggu 23 mei 2004,Ghafirah Idris;penerima hadiah utama kategori cerpen Hadiah Sastera Utusan - Exxon Mobil 2003)

Tuesday, May 5, 2009

REVOLUSI VERSAILLES 1


Tudung Turki tenunan sutera yang kau hadiahi padaku kala pemergianmu melanjutkan pelajaran ke bumi Jordan kini menutupi rambut perangku, Uzair. Sudah kutinggalkan jeans dan blaus sendat yang pernah menjadi pakaian harianku suatu ketika dahulu. Jilbab dan hijab kini melabuhi tubuhku. Kiranya kau masih ingat, aku pernah berkata bahawa pakaian yang sedang kupakai hari ini hanyalah pakaian tradisi masyarakat Arab. Jumud dan kolot! Lalu aku tidak pernah mengakui hijab merupakan suruhan Allah dan kewajipan mutlak atas kaum wanita. Ah! Aku terlalu ego ketika itu. Lantas aku terpempan hina dek kejahilan sendiri.
Aku mengutusi marsum maya ini dari Paris, tanah kelahiran babaku. Ya! Aku kini tidak lagi berjejak di bumi Malaysia yang pernah menemukan kau dan aku. Aku pulang ke sini bersama baba dan mamaku sekitar Disember lepas. Ya! Ketika itu Perancis digegarkan dengan pernyataan Presiden Perancis, Jacques Chirac pada 17 Disember untuk menyokong pengharaman tudung ke atas pelajar-pelajar seluruh institusi pendidikan di Perancis. Maaf! Terlalu lama tidak mengutusi khabar buatmu hatta aku sudah hampir 5 purnama di sini. Hubungan kita kian renggang sejak kau ke Jordan. Aku tidak tahu mengapa. Mungkin kau terlalu makan hati dengan sikap egoku dulu atau seboleh-bolehnya kau mahu melupakan gadis ini terus. Ah! Maafkan aku, Uzair.
Kau tentu kehairanan bagaimana mamaku bisa bersetuju untuk berhijrah ke sini. Datuk dan nenekku meninggal dalam kecelakaan jalan raya Aidilfitri lepas. Lalu mamaku yang merupakan anak tunggal terpaksa akur dengan keputusan baba untuk pulang ke Paris. Kau tahu, Uzair. Aku menangis semahu-mahunya saat kali terakhir aku mendatangi Pantai Cahaya Bulan sebelum aku berangkat meninggalkan Malaysia. Ya! Butiran pasir dan desiran ombak di pantai indah nian itu saksi pertemuan kau dan aku. Kala itu kau sedang asyik merakam keindahan alam ciptaan Tuhan melalui lensa kameramu hinggalah tiba-tiba kehangatan terik mentari menyerap segala tenagaku dan aku jatuh pengsan hampir denganmu. Lalu pertemuan tidak terduga itu membuahkan bibit-bibit manis dalam kamus hidupku dan kita semakin akrab selepas itu.
Aku jadi kaget saat kau mula bersuara tentang hijab, jilbab dan aurat. Kau memintaku meninggalkan jeans, blaus sendat dan skirt pendek yang sememangnya sudah menjadi pakaian harianku sedari kecil. Tidak cukup dengan itu, kau hadiahiku sehelai tudung Turki tenunan sutera dan sehelai jilbab merah hati kala ulangtahun kelahiranku yang ke-26. Ya! Tudung Turki itu yang sedang menutupi rambut perangku hari ini, Uzair.
“Kau tiada hak untuk mengubah cara hidup dan pendirianku! Hatta baba dan mama jua tidak pernah menegurku, inikan pula kau yang begitu asing!” Kata-kata itu pernah meluncur laju dari bibirku dan air matamu begitu murah mengalir untukku hari itu. Ah! Maafkan aku Uzair. Maafkanku kerna suatu masa dulu aku begitu jahil. Terlalu!.



Di tengah-tengah bahang kehangatan pengharaman tudung oleh kerajaan Perancis ke atas pelajar-pelajar di seluruh institusi pendidikan di Perancis, aku kini sibuk menulis liputan tentang isu ini di majalah Le Monde terbitan syarikat babaku. Usah kau kehairanan. Aku kini giat menyertai perarakan demostrasi jalanan bersama rakan-rakan Muslim dan Muslimahku, membantah keputusan Presiden Perancis, Jacques Chirac yang menyo
kong larangan kerajaan terhadap pemakaian tudung di institusi pendidikan seluruh Perancis. 22 Disember lepas, hampir 3000 masyarakat Islam di sini menyertai perarakan membantah pengharaman tudung ini.
Bersama marsum maya ini kuutusi gambar maya diriku dan sahabatku, Taqwa. Taqwa Djamila, seorang perawan manis dari bumi Isra’ Mikraj. Taqwa merupakan koresponden Majalah Jihad di Palestin, membuat liputan tentang isu pengharaman tudung di Perancis. Dialah yang mengubah Fatima Boicha yang agresif dan prejudis terhadap Islam hingga menjadi Fatima Boicha yang sedang berbicara denganmu lewat marsum maya ini. Aku bersyukur ketemu dirinya, Uzair. Dia merupakan anugerah terindah dalam hidupku selepas dirimu.
Aku dan Taqwa berkenalan di perkarangan Chateau De Versaille
s, Istana Versailles. Kala itu aku datang berlibur menyaksikan keindahan kota Versailles dan Taqwa mencari bahan untuk majalahnya. Sungguh! Versailles sebuah istana nan indah dan mewah. Istana ini menjadi kebanggaan Perancis dan Versailles menjadi pusat pemerintahan Perancis kala pemerintahan Louis XVI. Namun sistem monarki Perancis berakhir ketika Revolusi Perancis pada Oktober 1789 apabila Louis XVI dan isterinya Marie-Antoinette terpaksa tunduk kepada kemarahan orang awam yang melarat.
Taqwa membuka mata hatiku merenung nasib saudara-saudara seaqidah yang disembelih di bumi Quds. Dia bercerita padaku tentang penderitaan keluarganya di Ramallah. Dia berkisah tentang kekejaman Zionis dan Yahudi. Dia menyedarkan aku tentang kelemahan umat Islam. Dia membangkitkan imanku dengan semangat jihad dan perjuangannya. Lalu dia mahu aku sama-sama bersuara menentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam di Perancis, bumi yang sedang kuhuni ini.
Taqwa mula mengejutkan nubari Islamku yang sudah lama kantuk. Katanya, umat Islam tidak sudah-sudah dizalimi. Andai kita masih takut untuk mempertahankan aqidah dan syariat Islam, maka siapa lagi yang harus diharapkan. Aku lihat sinar juang di matanya, Uzair. Aku lihat semangat kesungguhannya mengajakku kembali menuju landasan mustaqim. Aku nampak sinar keikhlasan di matanya. Ya! Sinar yang serupa yang hadir di tubir matamu saat kau menyuarakan hasratmu supaya aku melabuhi hijab dan jilbab ke tubuh perawanku dulu. Sungguh! Aku terpesona dengan semangat kental dan tekad gadis Quds ini. Lalu hidayah Allah kian mercup gemilang setelah acap kali aku dan Taqwa ketemu.
bersambung...
(cerpen pilihan inurses,berita minggu 23 mei 2004,Ghafirah Idris;penerima hadiah utama kategori cerpen Hadiah Sastera Utusan - Exxon Mobil 2003)


Sunday, May 3, 2009

4 in MEI..for Women..3 in MEI..for Men

01 MEI - SELAMAT HARI PEKERJA (nurses tetap bekerja walaupun PH)
Ingatlah dunia ini merupakan jambatan emas yang menghubungkan kita dengan negeri Akhirat.Kehidupan yang cemerlang di dunia tidak menghalang kita daripada mencapai kebahagiaan di negeri Akhirat.Bersamalah kita terus bekerja dan berikhtiar mencari keperluan penghidupan di dunia ini seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi, dan beramal serta beribadahlah seolah-olah kita akan mati esok hari.

Firman Allah SWT: “Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan” (Surah al-Qhasas, ayat 77).

MARILAH KITA BEKERJA,BERAMAL DAN MERAWAT DENGAN HATI YANG TULUS,SENYUMAN YANG CERIA DAN WAJAH YANG BERSERI... BERDOALAH AGAR ALLAH TIDAK MEMBOLAK BALIKKAN HATI KITA KEPADA PERASAAN "JEMU" DALAM MEMBERI PERAWATAN KEPADA PESAKIT..KITA MENGHABISKAN MASA LEBIH KURANG 7 JAM (SHIF PAGI DAN PETANG) DAN 10 JAM(SHIF MALAM) DI MEDAN KESAKITAN...Gunalah sebaiknya..."berjalanlah sambil menyapu sampah"..bersih lantai tu..he..he..

10 MEI - SELAMAT HARI IBU
Ya Allah..kekalkanlah tempias asma’-Mu “al-Wahhab” >Yang Maha Memberi kepada ibuku..agar dia tak jemu menyayangi dan mencintai diriku dan adik-beradik yang lain serta member i kemaafan tanpa mengenakan apa2 syarat pdku..aku bahagia memiliki ibu yang memiliki hati sepertinya...Ya Allah..ampunkan dosaku dan dosa keduaibubapaku serta rahmati mereka dengan kasih sayangmu sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku..





12 MEI - SELAMAT HARI JURURAWAT
Sambutan Hari Jururawat sedunia disambut bersempena hari kelahiran Florence Nightingale
(12 May 1820 – 13 August 1910) yang dikenali “The Lady With The Lamp”.Dia terkenal sebagai pelopor dalam bidang kejururawatan dan sumbangannya bersama 38 volunteer nurses dalam Crimean War.
“Pada masa dahulu seorang wanita muslimah itu memainkan peranan di medan jihad.Ia telah melakukan kerja memberi m
inum tentera dan merawat orang yang luka.Bahkan kadangkala seorang wanita itu turut serta menghunus senjata.Contohnya ialah seperti yang dilakukan oleh Ummu Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan Uhud.”(Mustafa Mashyur)
Happy Nurse’s Day to all nurses..2 tokoh jururawat pilihan..Siapa PILIHAN anda?? >>ikuti entry khas untuk HARI JURURAWAT 12 MEI

16 MEI - SELAMAT HARI GURU

“Ya Allah..berikanlah kami guru-guru yang memiliki ilmu yang tinggi,hati yang suci,bersih peribadi dalam memberi perkongsian ilmu kepada kami..berikanlah mereka perlindungan dan kasih sayangMu kepada semua guru-guruku yang pernah mengajar diriku mengenali buku dan dan mendidikku supaya
baik perilaku..”
Selamat hari guru buat semua yang bergelar guru..(kakakku arliza,abangku
arlihamdi,sahabatku yang bakal menjadi guru..syukuriah..adik izzati..dll)

Inurses : men can be a worker,can be a nurse and can be a teacher..but to be somebody like a mother maybe in fantasy..kepada seorang bapa mithali,ataupun “seorang bapa reality” yang memainkan peranan sebagai ibu..tahniah kerana ‘memberi’ dengan secukupnya..dan kepada lelaki yang bercita-cita untuk menjd bapa yang mithali dan bapa reality..realisikan fantasi seindah imaginasi