Tuesday, May 19, 2009

Yang Patah Tumbuh Hilang Berganti..Kuku


" cemah,zairul posting wad mane?" tanya alia sambil menunggu kuew tiaw tomyam yang ditempah di medan selera tadi.."dia posting kat 13 U.." jawab cemah..tiba-tiba inurses mendapat satu idea untuk dikongsi bersama dengan pembaca..terutama nurses readers..

TEORI 14 ADL HENDERSON KE-8
Henderson dalam teorinya 14 activity daily living (ADL) yang ke 8 ada menyentuh tentang kebersihan.
“Keep the body clean and well groomed and protect the integument”

Formula 1 Kenali Potensi dan Kelebihan Diri,Teori Islam telebih dahulu menyentuh soal kebersihan dalam kehidupan manusia berbanding Teori Henderson.
“kebersihan itu sebahagian dari iman” (hadis)
Konsep kebersihan terlalu luas.Dalam konteks perubatan,kebersihan amat penting untuk
menjaga kesihatan.Kalau kotor digambarkan dengan SYAITAN..dalam perubatan kotor digambarkan dengan pembiakan mikroorganisma yang menyebabkan kemudharatan (penyakit).Dengan kata lain,kotor itu punca segala penyakit.Kuku merupakan salah satu tempat pengumpulan kotoran.


MENGAPA KUKU PANJANG?
Kulit,rambut dan kuku merupakan komponen
dalam system intergumentari. Allah menjadikan kulit kita berlapis-lapis, epidermis(kulit luar) dan dermis (kulit sebenar).Dari setiap lapis ada lagi lapisan-lapisan yang masing-masing ada peranannya tersendiri.Menjawab mengapa kuku panjang?kuku diatas,diikuti dengan tulang jari dan kulit paling luar.masing-masing saling
berkait.pemanjangan kuku disebabkan oleh pengingkiran bahan keras (keratin) atau bahan kumuh dari lapisan epidermis untuk memastikan epidermis sentiasa sihat.maksudnya “yang patah tumbuh hilang berganti kuku dipotong kotor dibuang penyakit dihindari..”.sel kulit yang dah mati akan bertukar menjadi kuku untuk disingkirkan..jadi janganlah simpan kuku panjang kerana kuku sebenarnya bahan kumuh sel(satu kotoran).

KERJA MEMEGANG NAIL CLIPPER DI GERIATRIC WARD
Pesakit yang berumur lebih dari 65 tahun yang mempunyai penyakit medical akan dimasukkan ke wad geriatric.Di pusat perubatan university Malaya ward geriatric terletak di tingkat 13 Menara Utama.Selain dari melakukan prosedur rawatan,pengurusan wad,tugas jururawat di sini adalah menjaga dan memenuhi keperluan 14 ADL Teori Henderson.Selain memandikan pesakit,menyikat rambut,menukar baju,menukar
pampers..yang paling simple..potong kuku..maklumlah orang tua..kena jaga kebajikannya..

Untuk perkongsian, geriatric ini berasal dari perkataan Greek>
Geras (old age) dan Iatros (satu cabang perubatan yang mengendali pesakit berumur yang ada masalah dan penyakit)..dengan
mudahnya,ward geriatric adalah wad orang tua..

Hadis daripada Sayidatina Aisyah Isteri Nabi Muhammad yang bermaksud, “Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah(sunah) iaitu memotong misai,memelihara janggut,bersugi,memeasukkan air ke hidung,memotong kuku,membasuh sendi-sendi,mencabut bulu ketiak,mencukur bulu ari-ari,bersuci dengan air(beristinjak),berkata Zakaria, “ saya lupa
yang ke 10 kecuali berkumur.” (muslim).
Islam besifat dengan sifat yang tidak pernah menentang fitrah manusia..dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar perkara panduan tersedia dengan Islam.

Tugas inurses :

1)Pilih hari yang sesuai untuk memotong kuku pesakit (isnin,khamis atau jumaat)
2) baca Bismillah dan berselawat semasa mula memotong kuku
3) cara memotong kuku tangan yang baik :
a) Mulai dengan tangan kanan pada jari telunjuk,diikuti jari hantu,jari manis dan jari kelingking.
b) Kemudian tangan kiri mulai pada jari kelingking,diikuti jari manis,jari hantu,jari telunjuk dan ibu jari tangan kiri.
c) Akhir sekali ibu jari tangan kanan.
d) Membasuh tangan dan menanam kuku yang sudah dipotong.
4) cara memotong kuku kaki yang baik :

a) Mulai dengan kaki kanan pada jari kelingking,diikuti jari manis,jari hantu,jari telunjuk dan ibu jari.
b) Kemudian ibu jari kaki kiri,jari telunjuk,jari hantu,jari manis dan akhir sekali jari kelingking.
c) Membasuh kaki dan menanam kuku yang sudah dipotong.


4 comments:

  1. salam.mmg kn tolong kerat kuku pt jgk ke?

    ReplyDelete
  2. salam..iyeee..bekerja dengan manusia..belajar sedikit sebanyak akan belajar erti kehidupan..

    ReplyDelete
  3. ooo..mcm gt.ingtkan yg ni ahli2 keluarga yg menunggu je yg kn wat.naik lemak jg depa ni karang,huhu..
    selamat mnjd inurses yg bagus2 nnt!!!
    salam

    ReplyDelete
  4. situasi di war geriatric @ wad orang tua ni seakan2 rumah orang tua..

    ReplyDelete