Thursday, May 28, 2009

Jutawan,Dermawan dan Pejuang


Apabila diperhatikan senarai 10 malaysian’s richest semasa menonton berita 1.30 tadi,“Tokoh Maal Hijrah” Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pemilik Yayasan Bukhary,satu-satunya anak melayu yang tersenarai dalam senarai itu.Agak teruja ,kerana hanya seorang anak Melayu di situ. Namun,Forbes Asia mengeluarkan senarai 40 malaysian’s richest, rupanya selain “Tokoh Maal Hjrah” itu turut berada dalam senarai itu ialah Pengerusi Kumpulan Am Bank, Tan Sri Azman Hashim (tempat ke-11), Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir (tempat ke-20),Timbalan Ketua Eksekutif Air Asia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun (tempat ke-21), Pengerusi Naim Cendera Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamed Sepawi (tempat ke-30) dan Pengarah Eksekutif Westports, Ahmayuddin Ahmad (tempat ke-34).
Individu Melayu lain yang turut berada berada dalam senarai itu ialah Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah( tempat ke-35) yang mempunyai pegangan saham ketara dalam Gamuda Bhd dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak (tempat ke-40).
Jadi bilangan jutawan melayu yang tersenarai dalm 40 Malaysian’s Richest adalah 8 orang.
Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk mengejar kekayaan.


Jika dikaji dan diteliti prinsip dan falsafah Islam, kita akan memahami bahawa Islamlah satu-satunya agama yang tidak pernah menghalang umat meraih kekayaan. Malah Islam menggalakkan umatnya mencari kekayaan daripada rezeki kurniaan Allah di muka bumi ini.


Firman Allah yang bermaksud: Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya (al-Mulk:15).

Namun dalam “kebebasan” mencari kekayaan,jangan lupakan tugas “memberi.” Dalam harta kekayaan yang kita miliki ternyata ada insan lain yang menuntut hak tersebut.

Masjid Biru dan Abdul Rahman bin Auf
Selasa lepas saya mendengar Kuliah Ilmu di masjid ad-deeniah atau lebih famous dikalangan penghuni Pusat Perubatan UM (PPUM) Masjid Biru.Kuliah disampaikan oleh Dr.Azizan,pensyara UKM..dalam sesi soal jawab ada yang
bertanya “Dr,apa pandangan Dr tentang orang Islam yang mencari kekayaan,berpakaian jenama dan berkereta mewah.Bukankah zuhud itu sifat terpuji dalam Islam?”Dr Aziza menjawad dengan satu riwayat.
Dalam satu riwayat,mafhumnya,sahabat pernah mengadu kepada baginda Nabi saw.Wahai Rasulullah,kuda Abdul Rahman bin Auf itu cantik,tetapi kuda mu Ya Rasulullah tak setanding dia.Rasulullah menjawab “Biarlah,dia mampu.”
Namun kita perlu ingat walaupun Abdul Rahman bin Auf itu Hartawan dan Jutawan beliau juga seorang dermwan juga pejuang yang tak pernah lupa pada tugasnya pengamanah harta Allah swt. Beliau menyumbangkan ratusan kuda-kudanya untuk berperang.

Firman Allah yang bermaksud : Dan sebahagian daripada manusia berjalan

di atas muka bumi mencari sebahagian daripada anugerah (rezeki) kurniaan Allah. Sebahagian yang lain pula berperang di jalan Allah. (al-Muzammil: 20).

Memahami bagaimana cara saya hidup untuk Islam,,Fathi yakan berkata “saya mestilah mengetahui matlamat hidup.” Matlamat hidup jangka panjang kita adalah Keredhaan Allah.
Sesuai dengan Islam sebagai Ad-Deen(cara hidup),Mencari kekayaan untuk menjadi dermawan dan pejuang adalah salah satu langkah mencapai matlamat hidup untuk Islam.

4 comments:

  1. setuju...keje kuat kuat them murah rezeki bole tlg org lain pulak

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt.
    Saya memerlukan bantuan kewangan. Bagaimana saya ingin bantuan kewangan dari tuan. Saya memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM20,000.00 untuk melunaskan hutang-hutang along. Boleh ka tuan membantu saya. Ni nombor telefon saya 0124519456. Ni nombor akaun maybank saya 152068693987. Dengan bantuan tuan saya sentiasa berdoa agar tuan dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt.
    Saya memerlukan bantuan kewangan. Bagaimana saya ingin bantuan kewangan dari tuan. Saya memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM20,000.00 untuk melunaskan hutang-hutang along. Boleh ka tuan membantu saya. Ni nombor telefon saya 0124519456. Ni nombor akaun maybank saya 152068693987. Dengan bantuan tuan saya sentiasa berdoa agar tuan dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete