Monday, August 24, 2009

MISI "ARTIFICIAL KIDNEY"

AVF;tempat jarum dicucuk untuk "supply" darah ke mesin dan "return" darah ke patient dari mesin

KHABAR ANGIN MENJADI REALITI
Lebih kurang seminggu lebih tak update blog..alasan yang diberi kali ini “busy bekerja,letih bekerja”..namun”TAHU” dan “MAHU” akhirnya membawa inurses kembali mencoret berkongsi cerita dan pengalaman menempuh alam kerjaya. “alia,saya dengar human resource akan start panggil kerja sebab ada wad baru buka,wad perubatan 1 dan 2 untuk H1N1..”Khabar angin demi khabar angin menyekat inurses untuk balik ke kampung selepas habis ganti posting sebulan di psychiatric ward.Hari demi hari menunggu panggilan,terselit juga rasa feed up menunggu,namun khabar angin akhirnya menjadi reliati apbila dipanggil melapor diri pada 6 0gos 2009.

PENEMPATAN BUKAN PILIHAN
Pada mulanya inurses dan beberapa orang rakan sekerja ditempatkan di Wad Perubatan 1,wad khas untuk H1N1..Pengalaman deal pesakit H1N1 dengan personal protection equipment yang lengkap (lebih kurang cam angkasawan) cuma sempat beberapa jam sahaja.Panggilan dari matron telah mengarahkan inurses dan seorang rakan ditarik ke unit Dialisis 8TE Menara Timur.Perasaan takut sedikit dirasa apabila matron membawa kami ke unit tersebut kerana pertama, kami tidak bersedia,dan kedua, unit tersebut sedikit asing kepada kami kerana semasa tahun ke 2 pengajian ,kami hanya berpeluang untuk praktikal selama 2 hari disitu.Pengalaman 2 hari praktikal disitu amat-amat tidak mencukupi untuk dijadikan “prepairation” bekerja di sana.Namun walaupun tempat itu bukan pilihan,inures dan rakan inurses sedang dalam proses untuk menyesuaikan diri di sana. 2 minggu pertama bekerja sebagai staffnurse kami bekerja ofis hour,di guide oleh staffnurse senior tentang prosedur hemodialisis yang dibuat di sana.Kami diajar cara mengendali mesin hemodialisis.


BARU BELAJAR
“Kat sini kena berani mencuba..kalau tak sampai bila pun tak kan pandai kalau setakat observe sahaja..pesanan sister membawa maksud TEORI tanpa PRAKTIKAL tidak membawa kejayaan yang reality.macam-macam pengalaman semasa pemasangan tubing hemodialisis (HD)..air terpercik kat patient,banjir kawasan tu dengan air..kena tepuk belakang dengan staff senior,lupa nk buka clamp..macam-macam..tapi yang bestnyer..kebanyakan patient semuanya mesra alam..semua berkenalan dengan kami..maisng-masing membeir semangat kepada kami untuk belajar cara pengendalian yang betul.. tapi bila dah faham konsep..insyaALLAH senang handle walaupun mesin berlainan jenis..

“ARTIFICIAL KIDNEY”
Bahasa kampung saya,hemodialisis adalah proses mencuci darah pesakit yang ada masalah buah pinggang..itu adalah istilah yang senang dipahami..namun medical term mempunyai fakta penting dalam rawatan hemodialysis. Animation of hemodialysis mungkin boleh membantu kefahaman kita.Di sini.Apa yang hendak dikongsikan di sini,
Allah telah mengilhamkan kepada manusia untuk mencipta mesin hemodialisis sebagai “artificial kidney” bagi menggantikan buah pinggang manusia yang rosak.Itulah nikmat kasih sayang Illahi.Tatkala satu nikmat sihat ditarik,Allah ciptakan pula penyembuhnya dengan memberi ilham kepada manusia untuk mengkaji,mencari dan membentuk penyembuh itu samada dengan rawatan tradisional/alternative ataupun konvensional,iaitu rawatan hospital.
ilustrasi bergambar hemodialisis

KONGSI PENGALAMAN
Buah pinggang adalah satu organ vital/organ penting dalam tubuh manusia,jika rosak dan tidak dirawat boleh “pergi tak kembali”.Sama dengan organ vital yang lain,paru-paru,jantung,otak dll.Semua Allah telah ilhamkan cara mengubatinya supaya kita berusaha dan kita perlu yakin Dialah penyembuhnya..
Siapa dari kalangan pembaca yang ingin berkongsi pengalaman tentang hemodialisis/”cuci darah” boleh kongsikan bersama..Mungkin ada dikalangan kita,mungkin ayah.mak,datuk,nenek,sedara mara dll yang pernah jalani rawatan ini..

CGPA RAMADHAN


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Apa persedian kita?Apa target kita untuk Ramadhan kali ini?Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan yang sebelumnya..semoga kita terarah kepada CGPA "TAKWA" dalam dalil kefardhuan Ramadahan..bersyukur kepada Illahi kerana menyempatkan umur kita untuk bersama Ramadhan menunaikan Ibadah Puasa yang telah disyariatkan kefardhuannya..

Tuesday, August 4, 2009

SUSU

Tarikh 1 hingga 7 Ogos setiap tahun telah dipilih sebagai Minggu Penyusuan Ibu Sedunia. Tema pada tahun ini
“Penyusuan Susu Ibu- Tindak balas Penting Ketika Bencana. Sudahkah Anda Bersedia?”

(Breastfeeding – A Vital Emergency Response. Are You Ready?)

RASIONAL

•Kanak-kanak merupakan golongan yang paling mudah terdedah kepada bahaya ketika bencana berlaku – bilangan kematian di kalangan anak kecil boleh meningkat dari 2 ke 70 kali ganda lebih tinggi dari kadar purata kerana terdedah kepada penyakit cirit-birit dan pernafasan serta malnutrisi.
•Penyusuan susu ibu adalah kaedah keselamatan nyawa dan perlindungan yang paling baik terhadap bayi kecil. Bahkan dalam keadaan bukan darurat sekalipun bayi berumur 2 bulan ke bawah dan tidak menyusu susu ibu adalah berisiko enam kali ganda untuk menghadapi kematian.
•Bencana boleh berlaku di mana sahaja. Apabila bencana berlaku, segala kebiasaan akan dimusnahkan. Ini akan mengakibatkan keadaan di mana penjaga bayi terpaksa bertungkus lumus untuk menghadapi suasana kecemasan dan bayi-bayi akan mudah terdedah kepada penyakit dan kematian


HIKMAH PENYUSUAN IBU
Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ib
unya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan pentingdan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya...
"Dan Ibu-Ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"

Dari ayat di atas (AL-BAQARAH:233) kita dapat pendirian berikut:

KEDUA
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka y
ang ingin memenuhinya ialah dua tahun.
"Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut.
Al-Baqarah:233


KETIGA
Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas si sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

KEEMPAT

Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.

KELIMA
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.


KEENAM
Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memrintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.
Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya aka
n menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.
Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa
sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanhkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga memprtingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan aal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurngkan risiko barah buah dada dan ovari. .