Sunday, May 31, 2009

Inner Journey Through The Heart


“Jauh perjalanan,indah permandangan,luas pengalaman”
Bunyi ungkapan melayu itu menggetarkan gegedang external ear kita,mengetuk 3 tulang osikel di middle ear kita,meransang saraf koklea di inner ear mencetuskan impuls dan seterusnya di hantar ke temporal lobe untuk diinterpretasikan dalam bentuk tindakan..adakah memerlukan kita menutup telinga atau memalingkan wajah mencari bunyi tersebut...subhanallah..sebuah inner journey yang perlu difikirkan bersama.
Manusia adalah model ciptan Allah yang paling sempurna.Sebentuk jasad manusia diciptakan dengan jutaan organisasi yang sangat kompleks,bermula dari sel mampu membina satu system melengkapkan keperluan manusia mengikut fisiologi setiap sistem.


Learning 1 :Jantung yang Komited dan Amanah

Fakta: Jantung mengepam lebih kurang 60-80 bpm(beat per minute)=4,800 kali per jam=115,200 kali persehari = 3,456,000 kali setiap bulan =41,472,000 kali setiap tahun.

Inward Looking :Jantung sangat komited dan amanah dalam menunaikan tugas dari Allah,terus bekerja tak henti-henti walau sekejap kecuali apabila Allah mencabut Amanah-Nya dari badan kita(mati).

Monolog Diri : Adakah kita bersifat seperti jantung?Apakah kita akan berhenti dari menunaikan Amanah-Nya sebagai “Leader” dimuka bumi ini ?Sedangkan Dia belum mencabut Amanah Jantung dan Amanah Leader pada kita?

Learning 2 :Jantung yang memisahkan hak dan batil

Fakta: Jantung membawa darah yang beroksigen(oxygenated) dan juga darah yang tinggi karbondioksida(deoxygenated). Darah yang deoxygenated akan mengalir dari seluruh salur darah vena ke vena jantung di bilik kanan(RA dan RV) sebelum di oxygenate di paru-paru. Darah yang dioxygenated di paru-paru tadi pula akan mengalir ke jantung di bilik kiri (LA dan LV).Hebatnya,dengan adanya 4 bilik dalam jantung(2 bilik kanan – Right Atrium dan Right Ventrikel,2 bilik kiri –Left Atrium dan Left Ventrikel) darah tidak bercampur.Bilik kanan untuk tak beroksigen dan bilik kiri untuk oksigen.
Pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang akan mengalami percampuran darah yang menyebabkan fisiologi sistem badan manusia berubah dan kucar kacir.

Inward Looking : Allah mengajar kita memisahkan antara perkara hak dan batil.Jika berlaku percampuran akan terjadinya kerosakan.

Monolog diri :Adakah percampuran itu telah berlaku disekeliling kita?Apakah kesan kepada masyarakat manusia jika percampuran terus berlaku?

Learning 3 :Jantung yang Dermawan

Fakta :Setiap kali degupan,jantung mengepam lebih kurang 82ml darah beroksigen ke seluruh tubuh setiap hari.Untuk memenuhi keperluan dan demand body,apa yang mengagumkan darah yang dialirkan ke seluruh badan adalah sama bayak dengan darah yang pulang ke vena jantung.Hanya sebahagian kecil darah beroksigen yang digunakan oleh otot jantung untuk aktiviti jantung.
Jika berlaku pengumpulan darah di jantung,kegagalan jantung akan berlaku.Sistem tubuh terutama organ –organ vital akan mengalami gangguan.

Inward Looking : Islam cuba mengajar, dalam kita berusaha mencari rezeki,kita perlu ingat pada individu yang memerlukan.Berbelanjalah dengan bijak untuk keperluan kita dan orang ramai.

Monolog diri : Adakah kita telah menyumbang dan memberi serta bersedekah dan berzakat?
“Dan Allah memberi sebahagian kamu keutamaan di atas yang laindalam hal rezeki.Tetapi tidaklah orang yang diberi keutamaan,memberikan lagi rezeki kepada hamba-hambanya supaya mereka samamenikmatinya.Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?”
(An Nahl:71)

Belajar ,fikir dan zikir dalam proses inward looking pada mengenali model ciptaan paling sempurna.

7 comments:

  1. "Bunyi ungkapan melayu itu menggetarkan gegedang external ear kita,mengetuk 3 tulang osikel di middle ear kita,meransang saraf koklea di inner ear mencetuskan impuls dan seterusnya di hantar ke temporal lobe untuk diinterpretasikan dalam bentuk tindakan...."

    sastra + sains = best ^_

    ReplyDelete
  2. keunggulan sains Islam menerajui zaman..Kenali Kebolehan dan Potensi Diri (Formula 1 ;7 Formula individu cemerlang;Dr Danial Zainal Abidin)

    Allah menjadikan setiap sesuatu dengan tujuan tertentu..fikir dan zikir perlu dalam Proses Peningkatan Diri..

    "Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta,bagamana ia diciptakan,dan langit bagaimana ia ditinggikan,dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan,dan bumi,bagaimana ia dihamparkan."(Al-Ghasyiah:17-20)

    ReplyDelete
  3. pergh!! mantap. nk tambah satu lagi..

    Learning 4: jantung yang tidak mencuri.

    Fakta: walaupun endocardium(dinding jantung sebelah dalam) sentiasa terdedah kepada darah yang dipam masuk dan keluar jantung, tidak sedikitpun darah itu di serap oleh endocardium. adapun bekalan darah ke endocardium dihantar melalui salur darah yang lain dari bahagian luar jantung.

    Inward looking: Islam mengajar kita supaya tidak mengambil kesempatan ke atas harta atau perkara di bawah pengurusan kita untuk kepentingan diri sendiri.

    Monolog diri: hmm... pernahkah aku?

    ReplyDelete
  4. terima kasih Dr Muha..kalau ada learning 5,6,7,8 dan seterusnya dipersilakan...

    ReplyDelete
  5. Hebat tulisan ini. Keep it up my sis! Improvement yang baik serta sentuhan yang menarik yg berjaya di kaitkan oleh cik misi. Tahniah! :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...mudah-mudahan alia dapat sesuatu dalam proses menjiwai kerjaya nurse..

    ReplyDelete
  7. bagus sekali penulisan mcm ini.sains yg disasterakan bak kata lun yg first td..sebab itu Allah suh kt belajar dari Alam. sbb alam ni luas kan..

    p/s-keep it up!!!!

    ReplyDelete