Tuesday, April 7, 2009

Hari Kesihatan Sedunia 2009

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun untuk memperingati penubuhan WHO. Sambutan yang diadakan dengan tema yang berbeza-beza setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan global semasa yang khusus. Di antara tema-tema pada tahun-tahun yang lepas adalah seperti berikut:

2008 - Melindungi Kesihatan Dari Perubahan Iklim
2007 - Keselamatan Kesihatan Antarabangsa
2006 - Bekerjasama Demi Kesihatan

TEMA HARI KESIHATAN SEDUNIA
2009


Tema hari kesihatan sedunia 2009 yang ditetapkan oleh WHO adalah “Pastikan hospital dan fasiliti kesihatan selamat dan mampu menyelamatkan nyawa semasa krisis” (Save lives. Make hospitals safe in emergencies).

Tema ini memberi penekanan kepada keselamatan kemudahan kesihatan dan kesiapsiagaan anggota kesihatan untuk merawat mangsa semasa kecemasan akibat sesuatu krisis seperti bencana alam, perang dan wabak penyakit.

Kemudahan kesihatan dan anggota kesihatan merupakan nadi utama dalam menyelamatkan mangsa semasa bencana kerana mereka memberi rawatan kecemasan, mencegah penyakit dan menjaga keperluan kesihatan orang awam.



Walaupun dalam situasi krisis,mereka perlu memberi perkhidmatan kesihatan asas seperti perkhidmatan penjagaanibu dan anak, memberi vaksinasi dan juga penjagaan penyakit kronik.

Lazimnya, sistem kesihatan yang kurang mantap gagal berfungsi dengan cekap
semasa bencana dan boleh menjejaskan kesihatan awam. Gempa bumi yang berlaku di
Wenchuan, China pada Mei 2008 telah merosakkan lebih 11,000 institusi
perubatan sehingga memaksa beribu-ribu rakyatnya mendapatkan rawatan di tempat
lain.

Selain itu, konflik di Ethiopia dan Gaza telah mengancam perkhidmatan kesihatan asas seperti imunisasi. Tsunami di Lautan India pada tahun 2004 telah memusnahkan 61% kemudahan kesihatan di Aceh, Indonesia dan mengorbankan hampir satu per tiga bidan di kawasan tersebut. Ini merupakan satu kerugian yang besar kepada kesihatan wanita.

Kejadian seumpama ini perlu dijadikan iktibar bagi menggerakkan usaha-usaha kesiapsiagaan seperti merekabentuk dan membina struktur kemudahan kesihatan yang mampu menghadapi ancaman krisis. Tema ini juga menggesa kemudahan kesihatan mewujudkan sistem kerja yang mampu bertindak menghadapi kecemasan serta menjamin perkhidmatan yang berterusan.

OBJEKTIF SAMBUTAN

- Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan agensi-agensi pemberi perkhidmatan kesihatan mengenai kepentingan bersiap sedia untuk berfungsi dengan cekap, selamat dan berterusan semasa bencana
- Memberi kesedaran kepada pihak penggubal dasar, pembuat keputusan, dan perancang
kemudahan kesihatan supaya mengambil kira keperluan untuk merekabentuk dan membina struktur kemudahan kesihatan yang mampu menghadapi ancaman krisis
- Menggerakkan pihak pengurusan kemudahan-kemudahan kesihatan untuk mentaksir dan
menilai kemampuan kemudahan kesihatan mereka dalam menghadapi krisis serta mengambil tindakan pencegahan dan pembetulan yang wajar
- Meningkatkan kesedaran dan penghargaan masyarakat umum mengenai peranan dan kepentingan kemudahan kesihatan dalam menyelamatkan nyawa dan memberi perkhidmatan kesihatan semasa krisis supaya masyarakat menyokong pelaburan dalam kemudahan kesihatan.


MESEJ HARI KESIHATAN SEDUNIA
2009

Pekerja kesihatan:
o Semua pekerja kesihatan mesti kerja berpasukan bagi memastikan perkhidmatan dan penjagaan komuniti yang optima.
o Semua pekerja kesihatan perlu tahu peranan mereka semasa kecemasan.
o Pekerja kesihatan adalah benteng pertama semasa krisis.Penjagaan kesihatan yang berkesan bergantung kepada mereka. Oleh itu, mereka perlu sentiasa berwaspada dan bersedia untuk bertindak.
o Ketahui risiko anda – Bertindak! Usah tunggu sehingga menjadi mangsa bagi
mempelajari perkara yang telah pun diketahui.

Color Hues of green

Green is health and communicates healing
power.
Green is also the most restful color to the human eye.
The color represents newness, regeneration, life, and
growth.
Source: Blue is hot, red is cool: Choosing the right color for your logo.
A safe hospital is structurally strong, and will not collapse in disasters, injuring patients and staff. (STRUCTURAL)
A functional hospital is responsive to the nature of health emergencies and continues
to provide its services as a critical
communityfacility when it is most
needed. (NON-STRUCTURAL)
A resilient hospital is organized, with contingency plans in place and health workforce trained to keep the network
operational. (FUNCTIONAL)

No comments:

Post a Comment