Monday, July 13, 2009

Mereka Tidak Bodoh


THEY ARE MAD BUT NOT STUPID
Suasana posting di wad psychiatric berbeza dengan wad-wad lain..bayangkan nak melangkah masuk ada 2 lapis pintu..nk masuk pintu ke 2 perlu tkn loceng dulu..di muka pintu ada safety guard..setiap pintu bilik-bilik kunci kn pusing 2 kali..special..lebih kurang 2 minggu berposting di situ..perasaan untuk bersama staffnurse di situ mula terasa..mungkin kerana staffnurse nya yang best..walaupun ragam pesakit yang bipolar manic,bipolar depress..tak lengkap dengan ragam pesakit schizophrenia..
Masuk kerja seperti biasa ambil report dengan staff syif sebelumnya..kalau jadi Team Leader..tugas pertama lepas ambil report..head count jumlah pesakit penting..macam-macam caution ada,mana tak nya ada yang risiko menghilangan diri (absconding pre-caution),bunuh diri (suicidal caution) dan mencederakan diri dan orang lain (assault caution).
Bila time serve ubat..2 orang nurse akan tolak troli ubat..lepas breakfast,masing-masing dah tahu time makan ubat..masing-masing akan beratur bawa gelas berisi air menuju ke troli ubat..
“mana ubat saya yang purple tu...”
“biasa Epilim bagi 2 biji jer,napa hari ni bagi 8 biji pula..”
“Do you know why i must take Artane?You know,during 3 years ago i took this Artane for my occulogyric crisis..”
Mereka tidak bodoh..mereka mampu mengingati ubat-ubat yang patut mereka ambil..mereka tahu apa fungsi ubat dan kesan buruk ubat...kita tak boleh tipu mereka kerana mereka tidak bodoh..


Kes 1

Major Depression
Kebetulan mungkin,kes-kes major depression yang pernah inurses counter adalah berpunca dari keadaan rumah tangga yang bercelaru(ada yang suami kawin lain,ada suami yang curang),ada yang berpunca dari anak-anak yang stressor(anak-anak penagih dadah,duit kebajikan ibu kena kebas) dan ada juga yang depress akibat kehilangan kerja.

Kes 2
Adjustmen Disorder
Telan pil,ubat,cutting wrist..atau kata lain cubaan membunuh diri..kebanyakan mereka golongan yang muda-mudi..kebanyakan puncanya clash dengan boyfriend.


Kes 3
Bipolar Affective Disorder (Manic phase or Depress phase)
Golongan bipolar disorder adalah golongan pesakit mental yang boleh bersama dengan individu yang normal dalam aktiviti hidup seharian..bersekolah,bekerja,bermain,berkeluarga..Bipolar disorder mempunyai 2 fasa.

-antara tanda-tanda fasa manic(dengan kata mudah fasa excited)
Penampilan yang melampau(over) – pakaian bizarre(warna-warni),over make-up
Mood yang berubah-ubah,suara kuat,susah untuk rasa bersalah
cth :kalau tampar/tumbuk orang buat tak tahu jer,berterusan gembira dan exited cth :tgk berita pun gelak,excited mengutuk orang yang dia tak suka,senang mesra dengan orang,very friendly cth : jumpe orang jer salam,cakap kenal tak dia.
Sikap yang ingin sentiasa dihadapan cth:kalau buat majlis/party,dia yang akan menonjol,dia yang akan jadi pengerusi majlis secara tak rasmi.
Halusinasi biasanya halusinasi suara yang berbentuk pujian cth : mendengar seseorang atau
lebih yang sentiasa memuji dia.
Sentiasa berfikiran grandiose (cakap besar),broadcasting (dia kenal semua dato’,orang-orang ternama,pernah masuk tv,masuk media),tak nak makan sbb bagi dia makanan tu tak sesuai dengan dia,kena makan makanan yang mahal-mahal atau kerja banyak,sibuk.
Hyperaktif,kerja tak siap sebab sekejap dia buat kerja tu,sekejap dia buat kerja ni.
Malam hanya tidur 2/3 jam sahaja sbb bagi mereka,mereka banyak kerja yang perlu disiapkan.
- fasa depression
Penampilan y
ang tak terurus,tak kemas,tak bersih,asocial,pengasingan diri,menangis yang keterlaluan,termenung yang berpanjangan,sentiasa rasa bersalah,tak berguna,tak boleh diharap,bercakap senada,Tanya sepatah jawab sepatah,tidur yang berlebihan, tak ada selera makan.

Kes 4
Schizophrenia
Pe
nyakit mental yang paling serius..Faktor keturunan merupakan etiology risiko utama.Satu delusi (kepercayaan ) dan halusinasi (persepsi) terhadap sesuatu.Gambaran awal golongan ini ialah kalau golongan ini melihat gambar seekor kucing yang comel pada keadaan normalnya,apabila delusi dan halusinasi mengawal kepercayaan dan persepsi mereka,mereka mampu melihat dari seekor kucing yang comel berubah menjadi seekor raksasa yang hodoh,ganas dan mengancam mereka.Jadi mereka akan bertindak samada dengan melawan atau yang paling teruk perasaan ingin membunuh kucing tersebut.

TOLONG MEREKA
Pernahkan anda berhadapan..berjumpa..dan berpengalaman bersama mereka??Mungkin mereka,abang,adik,kakak,mak,ayah,suami,isteri,keluarga terdekat, jiran,juga mungkin kawan sekelas dan rakan sekerja anda.Mereka memerlukan bantuan..Mereka dan keluarga atau orang terdekat dengan mereka perlu mengenalpasti punca,etiologi,factor yang menyebabkan mereka begitu..salah satu bantuan yang boleh dihulurkan adalah,rujukkan mereka kepada
psychiatris.maklumat berkaitan boleh rujuk Malaysian Mental Health Assosiation , Malaysian Psychiatrist Assosiation .

STIGMA MASYARAKAT
“Hari tu aku pergi Hospital Unive
rsiti,aku nampak jiran engkau tu pergi psychiatric clinic,gila ke?”
“Anak saya terkena sihir,dia bukan gila,saya tak perlukan rawatan doctor,anak saya tak perlu masuk wad psychiatric,saya nak bawa dia jumpa ustaz,saya nak bawa balik anak saya.”
“Nurse dan doctor yang kerja kat psychiatric ward tu mesti sedikit sebanyak terkena kesan kan?”

Tak semua mereka yang datang ke klinik psychiatric itu adalah gila.Jika memang ada factor terkena sihir,boleh je ingin mendapatkan rawatan tradisional contoh di Darul Syifa’,jika tiada factor terkena sihir,contohnya memang ada family history yang mengalami masalah sama,jangan sesekali menafikan,dapatkan rawatan di hospital.
Mereka yang berada di wad psychiatric bukanlah seperti gambaran yang ditunjukkan melalui cerita-cerita dalam media,fasa phycosis mereka hanyalah sekejap,dan makin beransur hilang dengan rawatan sesuai yang disediakan.Kita boleh berkerjasama dengan mereka.

A HEALTHY MIND IN A HEALTHY BODY..hati berzikir..akal berfikir..

17 comments:

  1. pngalaman n pkongsian yg ckup menarik. tq sis

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus untuk panduan semua, dalam memahami dan merasai perasaan pesakit2. Ini realiti sifat seek first to understand then to be understood. Juga aplikasi 'put yourself in their shoes'. Terima kasih inurse, atas perkongsian. Keep it up! :)

    ReplyDelete
  3. Salam ...saya nak tau sgt lbh lnjt mgenai bipolar I disorder...cara rawatan dll...pmahaman sy maC xmluas..

    ReplyDelete
  4. to anonymous : saya prefer saudara/ri rujuk link Malaysian Psychiatric Association http://www.psychiatry-malaysia.org/index.php

    ReplyDelete
  5. pengalaman bersama pesakit on treatment di wad boleh lah sedikit inurses kongsikan..tapi dari segi treatment biasanya doktor yang akan discuss n make a desicion..almostly the best answer for your q is -see the psychiatrist..

    ReplyDelete
  6. schizophrenia bukan masalah disampuk jin...‘‘Kerana wujudnya salah anggapan itu, maka pesakit lewat mendapat rawatan, cuma datang ke hospital apabila pesakit bertindak agresif...Prof Hussin.. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

    ReplyDelete
  7. tpi,dlm website 2...xda di terang kan mgenai bipolar I disorder n Bipolar II....

    ReplyDelete
  8. o0oo..sdah dah mula faam ckit2...trima kaC...blog anda sgt2 bharga n bmanfaat...dpt mbantu asgmnt sy jga..truskan mhulurkan bantuan kpd msyrkt..

    ReplyDelete
  9. oo maksud awak bipolar 1 dan ii?oo..kalau ikutkan saya belajar..
    bipolar i: DEPRESSIVE episode alternating with at least one episode of MANIA
    bipolar ii: DEPRESSIVE episode alternating with at least one episode of HYPOMANIA

    biasanya bipolar I is common

    ReplyDelete
  10. A'ah...apa perbezaan bipolar I & II?xsama kn dgn fasa mania dan depression 2 kan..?sya kalut dgn rujukn engl n jg ap y awak nyatakn dlm blog awak ne..mohon tunjuk ajar...........

    ReplyDelete
  11. bipolar ni penyakit mental yang juga kronik,recurrent,boleh berulang2 samada dia datang dengan episode manic,hypomanic,depression..maksudnya mood yang bercampur..mood yang tak stabil sbg mood yang normal..
    nak bagi nampak lagi,
    bipolar I ni : start dengan mood yang normal/eutymic > hypomanic > manic >hypomanic > normal> sad>major depression >sad>normal>hypomanic>manic...begitulah seterusnya

    bipolar II :normal/eutymic > hypomanic >hypomanic > normal> sad>major depression >sad>normal>hypomanic...begitulah seterusnya

    faham tak saya bg gambaran?
    dan setiap fasa mood tu tanda gejalanya seperti yang saya cakap pada awalnya..fasa manic macam tu..fasa depress cm tu..fasa hypomanic tu lbh kurag manic tapi tak teruk cam manic

    ReplyDelete
  12. ma kaC kak...tpi sy xfaam gmbrn akak 2..sy kos knslg.amek psikologi abnormal sem ni..2lah kna faam bipolar ni...tpi,sy cba baca kes dlm eng..mybe mbantu...tlg xplain gmbrn y akak bgi 2...leh kn?

    ReplyDelete
  13. 2,3 ari lps emosi sy xbpe nk stabil..tbe2 je menangis..sy rase ade prob,tp sy xtau ape prob sy 2..kepale lak selalu sakit,sakit x mcm selalu..

    ReplyDelete
  14. fakta yang amat berguna.perkongsian yang penuh ilmuan...terima kasih dear...diharap, akan ada lagi perkongsian ilmu seperti ini...tq so much.

    ReplyDelete
  15. good info and mudah faham. thanks yea :D

    ReplyDelete
  16. good info. seperti yang dilalui oleh suami sy...

    ReplyDelete
  17. nice one.... because saya seorang pesakit bipolar disorder 2

    ReplyDelete