Saturday, July 25, 2009

Kenapa Saya Jadi Dr PSY?

Bertugas syif malam di wad psychiatric kadang-kadang mengingatkan saya tentang suasana tamrin..mana tidaknya lampu malap..aircond sejuk..pakai sweater..buat round jaga keselamatan pesakit..lagi kerap menjadi "burung hantu" kalau ada pesakit bipolar manic yang tak tidur malam..mereka yang bipolar manic boleh bertahan untuk tak tidur sampai 5 hari..bila semua pesakit dah tidur..baru ada peluang untuk check and balance kerja rakan-rakan team pagi dan petang..satu per satu folder pesakit dibelek..tambah helaian sambungan dan rekod perawaatn yang dah nak habis..pukul 12 check census 24 jam..masa ni lah sempat bersembang dengan rakan satu team..malam tu kami memang berjaga kerana ada seorang pesakit bipolar manic yang tak tidur..selalu paranoid towards staff..MO on call pun turut sama bersembang dengan kami..

SUKA DR ITU
"Muka lagu ni jadi doktor,dah la pakai baju macam budak-budak,bodoh..tapi nasib baik doktor ada jugak orang nak..jadi doktor mesti pandai kan?eh,doktor tak takut ker,kita pi kerja malam..tinggal laki kat rumah..entah-entah laki dah cari lain.." itulah paraniod pesakit bipolar..
"Awak tahu kenapa saya jadi Dr Psychiatric?sebab saya takkan sakit hati dengan kata-kata pesakit saya,bila mereka maki saya,mereka kutuk saya,kutuk family saya,kutuk kerja saya..saya akan kata 'mereka sakit mental'..berbeza tau dengan kawan-kawan saya di medical surgical ward,mereka selalu kena marah dengan pesakit,keluarga pesakit..dah la marah,ucap terima kasih pun tak.." senyum doktor tu bila dia tanya dan dia jugak yang jawab balik..niatnya hanya ingin berkongsi pengalaman..motifnya berbentuk pesanan sebenarnya;bersangka baik dan sabar terhadap pesakit..dan pesakit haruslah menghargai perawatan yang telah diberikan..


1 comment:

  1. jd DR lapangan mn pn ssh tuh,hehe..lg2 kt wad mental..huhu.

    ReplyDelete