Saturday, April 24, 2010

Bercahayakah?

“Kak,saya,sebulan dua ni payah benar nak bangun tahajjud” demikianlah keluhan bercampur kecewa dengan diri sendiri sebab payah nak bangun tahajjud…

Bila kita fikir balik,cita-cita kita kalu boleh tiap-tiap malam nak bangun tahajjud.Teringat inurses pada perkongsian cerita seorang "ikon",cerita dia bangun tahajjud,gerak-menggerak sahabat dan adik kesayangannya tahajjud..bagi inurses satu suasana yang sangat indah..

Pelbagai persoalan yang timbul di benak inurses tatkala memikirkan masalah ni...bertambah lg lah kerut didahi inurses ni..dah la tabiat inurses ni suka mengerutkan dahi ..tak sempat dimamah usia(tuo) dah berbekas kerut di dahi..=)

Adakah diri ni belum cukup kuat kekuatan dalaman? Ya lah,sampai tak boleh nak lawan kepenatan harian bekerja, mengantuk, keseronokan tidur dan sebagainya. Walau bagaimanapun, inurses mmg tabik sahabat-sahabat yang mampu menghidupkan solat tahajjud sebagai amalan rutin harian..mingguan atau bulanan..

Dalam inurses tercari-cari tips senang nak bangun tahajjud tu..inurses terjumpalah nasihat tok guru pasal tahajjud ni..tok guru kata :

"Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah."

"Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."

"Siapa-siapa rajin, dia boleh cari (rahmat dan keredhaan Allah), siapa-siapa malas, tidurlah."

waktu tahajjudlah waktu yang tenang yang sebaik-baiknya kita mengadu setiap perkara kepada Allah SWT.

"Ya Allah, aku mempunyai banyak hajat denganMu, banyak perkara yang perlu ku luahkan kepadaMu. Ketikamana manusia lain masih nyenyak tidur, masih sedang dibuai mimpi, namun, syukur padaMu, aku dapat bangun, datang menghadapMu ya Allah. "Allahumma lakal hamdu wa lakasshukru, wa ilaikal mushtaka, wa bikal musta'an, wa la haula wa la quwwata illa bika ya Allah."

Semoga perkongsian ini menjadi titik pemula "malammu bercahaya siangmu betenanga"..

inurses :Tips yang perlu kita budayakan "1 tahajjud satu sms" ;budaya “gerak-menggerak” di antara puak-puak kita..nnt pakat gerak blako..=)

4 comments:

  1. thnx kak atas prkongsian...
    nice post!

    ReplyDelete
  2. salam ziarah & salam rindu buat kak alia..blh sy mtk izin copy artikel ni?

    ReplyDelete
  3. maaf sgt2 kak..sy dah copy..sy suka artikel ni..harap akak izinkan..:)

    ReplyDelete