



Nabi Muhammad SAW sebelum hijrah baginda ke Madinah, baginda berhijrah ke Ta’if. Di sana Nabi disambut dengan maki hamun, cercaan dan segala amukan fizikal yang akhirnya menyebabkan nabi cedera teruk.Apabila datang Malaikat menawarkan balasan ke atas para
penduduk Ta’if, nabi berkata:JangaN,mungkin mereka melakukan begitu kerana mereka tidak tahu…Nabi memaafkan malah nabi tidak ber
dendam. Ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah, nabi telah mengepung Kota Mekah menyebabkan kaum Quraisy yang suatu ketika dahulu pernah menganiayai nabi tidak mampu berbuat apa-apa termasuklah Abu Sufian.Nabi memaafkan semua orang. Malah nabi mengutuskan sahabat untuk menghantar hadiah serban kepada Abu Sufian sebagai tanda persahabatan dan kemaafan.
Mengambil ibrah dari cerita tadi,inurses dengan penuh perasaan rendah hati ingin memohon maaf diatas kekhilafan diri,semoga kita kembali FITRAH bermula di aidilfitri..
TAKBIR,TASBIH DAN TAHMID TANDA KEMENANGAN
Allahu Akbar kabiira walhamdulillahi kasira wa subhanallahi bukratan wa asiila,
La ilaha illahu na’budu illa iyyah mukhlisiina lahud din
La ilaha illahu wahdah sodaqa wa’dah wa nasara ‘abdah
wa a’azzajundahu wa hazamal ahzaba wahadah…(Mengimbas kemenangan Ahzab , kematian abu jahal di tangan Abdullah bin Mas'ud dan peristowa korban kubra Ibrahim)