Wednesday, November 3, 2010

Asam Rebus Batang Keladi Mutiara 1

asam sayur batang keladi..memang bessssst..buktinya..dah tinggal bunga kantan,daun kesum,asam gelugor dan sedikit kuah shaja..hu..hu..
Mutiara 1 pilihan :
" Hebatnya ALLAH SWT ni ialah Dia buat langit bumi tanpa contoh dan bahan binaan.Kita buat rumah ada bahan binaan iaitu batu dan kayu.Kita masak lauk pauk guna bahan iaitu rempah,daging dan sayur-sayuran.Tetapi Allah SWT sendiri,buat langit bumi tidak menggunakan bahan dan contoh.Maka amat munasabahlah kita sebagai orang Islam puja dan puji ALLAH SWT..."

Ucapan Alhamdulillah,praktikaliti Tauhid Asma' Wa Sifat: Allah pemberi rezeki..

Resipi Asam Rebus Batang Keladi
- Batang Keladi
- Ikan Tawar/ikan bilis tumbuk
- Asam Keping
- Daun Kesum
- Bunga Kantan
- Cili kering Blend
- Cili api
- Bawang Merah
- Bawang putih
- Kunyit hidup
- Lengkuas
- Garam Gula


Sisters in Islam telah "membuka jalan baharu" : Hillary Clinton

Hillary Clinton
Sisters in Islam, kumpulan wanita liberal kontroversi Malaysia mendapat pujian daripada Hillary Clinton, setiausaha negara Amerika Syarikat.Buktinya,
Menurutnya, Sisters in Islam telah "membuka jalan baharu" dalam perjuangan isu wanita.
Jelasnya lagi, pada abad ini, "wanita tidak boleh lagi diketepikan dalam pembuatan keputusan."
Pujian beliau terhadap pertubuhan yang kontroversi itu dijangka akan mencetuskan respons kuat daripada konservatif di negara kita.

Monday, September 27, 2010

CHAR KUEY TEOW DAN TELUR BASUH

Seperti biasa,inurses dan kawan-kawan misi yang lain sudah terlalu sinonim dengan Pantai Dalam..kalau kanan-kanak,Pantai Dalam tu tempat bermain kami,walaupun rumah kami di Seksyen 17 PJ =)..Biasalah kanak-kanak ni dah letih bermain..laparlah dia..kami pun apa lagi jalan-jalan,pusing-pusing..sedang duk berjalan-jalan dan berpusing-pusing,kami tertarik pada satu kedai " Char Kuey Teow Telur Basuh"..Bila search di internet rupanya dah banyak kedai yang jual Char Kuey Teow yang telurnya dibasuh terlebih dahulu..

gerai telur ayam dibasuh

char kuey teow sedap

telur yang kulitnya masih bernajis

Pak cik,Telur ayam ni basuh tak?tak pun, Pak Cik,telur ayam basuh yer..(masa nak order)
Itulah soalan dan arahan(tak tahan) yang selalu kami tanyakan kalau nak beli char kuey tiow..
Keprihatinan itu memang sangat-sangat wajar,jangan kita prihatin pada perut yang berkeroncong sahaja,tapi prihatinlah pada apa yang kita nak makan juga..bayangkan kalau pak cik yang menjual char kuey teow tu guna telur ayam di atas,ambil 2 biji(dengan gaya pro),terus pecahkan(crack) yang tak basuh,ada tahi ayam lagi(currrr)..keng kreng kong keng..siap..lepas tu kita makan..bukankah makanan kita tu dah bercampur najis??so boleh ker kita makan?apa hukumnya?

suci lagi halal

Saturday, September 11, 2010

KETUPAT MAK



SYAWAL;HARI RAYA
Alhamdulillah,segala pujian bagi-Nya,kita masih lagi diberi masa untuk bertemu dengan Syawal setelah Ramadhan berlalu..namun berlalu
nya Ramadhan seiring dengan doa agar bisa ketemunya lagi..

KENAPA MAAF ?

Nabi Muhammad SAW sebelum hijrah baginda ke Madinah, baginda berhijrah ke Ta’if. Di sana Nabi disambut dengan maki hamun, cercaan dan segala amukan fizikal yang akhirnya menyebabkan nabi cedera teruk.Apabila datang Malaikat menawarkan balasan ke atas para

penduduk Ta’if, nabi berkata:JangaN,mungkin mereka melakukan begitu kerana mereka tidak tahu…Nabi memaafkan malah nabi tidak ber

dendam. Ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah, nabi telah mengepung Kota Mekah menyebabkan kaum Quraisy yang suatu ketika dahulu pernah menganiayai nabi tidak mampu berbuat apa-apa termasuklah Abu Sufian.Nabi memaafkan semua orang. Malah nabi mengutuskan sahabat untuk menghantar hadiah serban kepada Abu Sufian sebagai tanda persahabatan dan kemaafan.

Mengambil ibrah dari cerita tadi,inurses dengan penuh perasaan rendah hati ingin memohon maaf diatas kekhilafan diri,semoga kita kembali FITRAH bermula di aidilfitri..

TAKBIR,TASBIH DAN TAHMID TANDA KEMENANGAN

Allahu Akbar kabiira walhamdulillahi kasira wa subhanallahi bukratan wa asiila,
La ilaha illahu na’budu illa iyyah mukhlisiina lahud din

La ilaha illahu wahdah sodaqa wa’dah wa nasara ‘abdah
wa a’azzajundahu wa hazamal ahzaba wahadah…(Mengimbas kemenangan Ahzab , kematian abu jahal di tangan Abdullah bin Mas'ud dan peristowa korban kubra Ibrahim)


RAYA 2010
Selesai mandi sunat dipagi aidilfitri,inurses bersiap,iron telekung,pakai baju bersih,dah siap inurses ke masjid uia untuk solat sunat Aidilfitri.Rintik hujan mendamaikan derap kaki menuju masjid.Takbir membesarkan,tasbih memuji dan tahmid mensyukuri Allah sayup kedengaran..bermulalah ingatan pada family tercinta di kampung..
Raya tahun lepas 2009

BEKHIDMAT UNTUK UMMAH
Ingatan pada meriahnya raya di kampung tak kan pernah hilang,namun tanggungjawab memotivasikan inurses dan kawan-kawan untuk betugas di hari raya.

KETUPAT RENDANG TIDAK DILUPA
Ketupat rendang memang sinonim dengan raya..walaupun raya di perantauan,ketupat mak dah siap inurses bekalkan ke PJ..terima kasih cek(panggilan inurses pada mak)..ketupat palas dan ketupat dakap..memang best..alhamdulillah proses belajar membungkus ketupat dengan comel telah tamat..inurses telah berjaya membungkusnya dengan comel..=)
ketupat mak

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Semoga Aidilfitri kita dipenuhi dengan berlumba-lumba mencari amal kebaikan kesan dari tarbiyyah Ramadhan

Monday, June 7, 2010

KERIS Jalan Kubur

Kepenatan bekerja sebagai nurses terubat setelah dihiburkan dengan gelagat,kerenah,telatah warga Jalan Kubur,baik penganjur Kem Remaja Islam (KERIS) apatah lagi peserta-pesertanya..
Memenuhi keperluan sosial kali ini,inurses berpeluang mengenali muslimat-muslimat kawasan Jalan Kubur yang memang best..terima kasih kerana memberikan inurses merasai nikmat keseronokan bekerja..mereka 'sebuah keluarga' yang bahagia..tempias bahagia turut membuatkan inurses bahagia..
" muslimat jalan kubur yang best =)"

"kakak nisa' yang baik..=)"

"good boy & girl KERIS "

semoga ukhwah yang terbina di Jalan Kubur berkekalan sehingga akhir perjuangan..

Wednesday, May 12, 2010

12 Mei for nurses

Mei are very sinonim with mother’s day and teacher’s day..but we are not familiar with 12/5,that’s nurse’s day..so glad to wish all of you nurses..happy nurse’s day..what kind of nurse you want to be?it’s will start with Begin with The End in Mind..

Sudirman was dedicate his song to appreciate nurses ,this song try to tell us nurses world..

Lagu ini ku tujukan pada
Jururawat seluruh negara
yang telah banyak mencurahhkan jasa
tanpa mengirau waktu dan masa

milah...milah

asyik bekerja kesana kemari
senyum manis di bibir tiap hari
penat lelah sedikit pun tidak kira
walau malam pagi siang dan petang

kalau kurang sabar hilang kepala
lihat ragam pesakit tua muda
terlolong memintak ini dan itu
yang terpekik pekik takut di suntik

misi saya mahu tengok tv
misi kalau beri ubat saya lari
misi saya mahu tukar seluar
saya tak mahu mandi

jamilah jamilah
diantara yang beribu
hanyalah kau misi
pujaan hati selalu
senyum manjamu budimu
penawar hatiku
membuat pesakit
makan pun tak lalu

cantik kau milah
.. cantik kau milah

milah ... milah

topi milah selalu tidak senget
baju milah bersih putih menarik
bila nampak misi milah ku lalu
aduh ramai saja yang terus sakit

tolong milah aduh sakitnya gigi
aduh milah aduh sakitnya kaki
mari milah tolonglah kau kemari
dengari lah dengar debaran hati

aduh milah sakitnya kaki
aduh milah sakitnya gigi
mari milah aku jatuh hati
kalau tak layan ku nanti mati

jamilah jamilah
tak kan ku lupa jasamu
nanti akan hantar
ibu bapa kerumahmu
jangan milah menolak
nanti hatiku luka
jagalah diriku seumur hidupku
oh milah

p/s : untung SRN Nurul Jamilah a.k.a yuyu..ada lagu untukmu..=)

Saturday, April 24, 2010

Bercahayakah?

“Kak,saya,sebulan dua ni payah benar nak bangun tahajjud” demikianlah keluhan bercampur kecewa dengan diri sendiri sebab payah nak bangun tahajjud…

Bila kita fikir balik,cita-cita kita kalu boleh tiap-tiap malam nak bangun tahajjud.Teringat inurses pada perkongsian cerita seorang "ikon",cerita dia bangun tahajjud,gerak-menggerak sahabat dan adik kesayangannya tahajjud..bagi inurses satu suasana yang sangat indah..

Pelbagai persoalan yang timbul di benak inurses tatkala memikirkan masalah ni...bertambah lg lah kerut didahi inurses ni..dah la tabiat inurses ni suka mengerutkan dahi ..tak sempat dimamah usia(tuo) dah berbekas kerut di dahi..=)

Adakah diri ni belum cukup kuat kekuatan dalaman? Ya lah,sampai tak boleh nak lawan kepenatan harian bekerja, mengantuk, keseronokan tidur dan sebagainya. Walau bagaimanapun, inurses mmg tabik sahabat-sahabat yang mampu menghidupkan solat tahajjud sebagai amalan rutin harian..mingguan atau bulanan..

Dalam inurses tercari-cari tips senang nak bangun tahajjud tu..inurses terjumpalah nasihat tok guru pasal tahajjud ni..tok guru kata :

"Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah."

"Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."

"Siapa-siapa rajin, dia boleh cari (rahmat dan keredhaan Allah), siapa-siapa malas, tidurlah."

waktu tahajjudlah waktu yang tenang yang sebaik-baiknya kita mengadu setiap perkara kepada Allah SWT.

"Ya Allah, aku mempunyai banyak hajat denganMu, banyak perkara yang perlu ku luahkan kepadaMu. Ketikamana manusia lain masih nyenyak tidur, masih sedang dibuai mimpi, namun, syukur padaMu, aku dapat bangun, datang menghadapMu ya Allah. "Allahumma lakal hamdu wa lakasshukru, wa ilaikal mushtaka, wa bikal musta'an, wa la haula wa la quwwata illa bika ya Allah."

Semoga perkongsian ini menjadi titik pemula "malammu bercahaya siangmu betenanga"..

inurses :Tips yang perlu kita budayakan "1 tahajjud satu sms" ;budaya “gerak-menggerak” di antara puak-puak kita..nnt pakat gerak blako..=)

Sunday, April 18, 2010

All the best future nurses

Dengan penuh senyuman,inurses mengalu-alukan kedatangan adik-adik yang telah mendapat tawaran untuk menghadiri sesi ujian(atau dulu temuduga) program diploma PPUM terutama adik-adik yang memilih diploma kejururawatan sebagai pilihan pertama..kerana ianya berbentuk ujian,jadi persedian perlulah ada..gambarkan seolah-olah adik-adik berada dalam dunia nursing pada masa ini..orang kata nak dapatkan feel..

Fundamental Of Nursing
pengetahuan tentang "Pengetahuan asas kejururawatan" atau dalam bahasa inggerisnya "Fundamental Of Nursing" amat diperlukan sebelum semasa dan selama-lamanya dalam dunia nursing ini..adik-adik boleh rujuk mana-mana buku "Fundamental Of Nursing" atau cari Nursing di wikipedia..sekadar pengetahuan asas tu cukuplah sebab adik-adik belum lagi betul-betul berada di dalam nursing program,tapi once dah dapat adik=adik akan ada satu subject khusus untuk FON ni..

nursing is art,science and it's the unique function
"The unique function of the nurse is to assist the individual, sick or well, in the performance of those activities contributing to health or its recovery (or to peaceful death) that he would perform unaided if he had the necessary strength, will or knowledge" (quote virginia henderson tentang definition of nursing)"
span class="fullpost">




Saturday, April 17, 2010

MURTABAK CINTA DAN KUE TAKO KASIH


Kadang-kadang kita rasa ukhwah kita hambar bila kita jarang bertemu mata,bertutur bicara berkongsi rasa sesama kita..Kadang-kadang kita lupa sahabat kita,adik kita tatkala kesibukan bekerja menghambat kita..memperbaharui kasih bersaudara tempias buku "sinergi" diinterpretasikan dengan tindakan psikomotor inurses.

1)magnet ungkapan "ingat daku dalam doamu" menarik inurses ke pasar malam mengirim murtabak cinta ke bilik 532 mahallah khadijah.

2)ungkapan "Jangan pernah kau asingkan aku" membawa inurses mencipta kue tako istimewa buat adik tersayang buat bekalan penghilang bahang pemanasan global,mana tidaknya kue tako kasih amat melegakan esofagus tatkala dimakan sejuk..

3)Gelaran "kak murtabak cinta" pula meringankan kaki inurses masuk ke "taman ilmu budi",bertemunya mengubat rindu dan rasa bahagia bila dia juga bahagia..

Perkongsian kuih tako kasih buat pencinta dan penggemar tako
Bahan-bahan
1.Daun pandan (dibuat bekas a.k.a "kelosong")
2.Tepung Jagung
3.Santan
3.Gula
5.Air
6.Garam
7.Pewarna hijau
8.Sengkuang Cina
Hijau dan putih biarpun pada mulanya diasingkan dalam dua kuali,namun akhirnya Gabungan hijau putih tako dalam wangi pandan bisa membuat inurses jatuh cinta =)
Lapisan hijau (bawah)
-3cwn air,1cwn santan,2 1/2 cwn gula,3/4 cwn tepung jagung,1 sudu esen hijau
Lapisan putih (atas)
-2 cwn air,2 cwn santan,1/2 cwn tepung jagung,1/2 sudu garam.
kacau sehingga likat,tuang dalam daun pandan,simpan dalam peti..makan

selamat mencuba,buat penghuni bilik 532 mahallah khadijah,semoga persaudaraan kita sehebat gabungan murtabak cinta dan kue tako kasih..


Thursday, February 11, 2010

Bidadari Cemburu Padamu


"Ibu, siapakah bidadari?"
"Bidadari ibu adalah dirimu wahai puteriku"
"Ayah,sispakah bidadari?"
"Bidadari ayah adalah ibumu dan dirimu wahai puteriku"
Dialong permulaan talk show nisa' yang pernah inurses hadiri itu menggerakkan jari-jemari inurses untuk berkongsi cerita berkaitan bidadari.

CERITA BIDADARI

Itulah gambaran awal tentang bidadari..bidadari sering dianggap dengan seorang wanita yang cantik rupawan,lembah lembut dan bersopan santun.

"Orang lelaki,bila dia mati syahid,400 bidadari akan menyambutnya di syurga,mereka memeluk syahid tadi selama masa umurnya di dunia.."kalau kita bayangkan dengan lebihnya emosi wanita,sudah tentu kita menyemburui bidadari itu.

"Bidadari ini,lebihnya dia bila mana dia mengeluarkan satu jarinya sahaja,,seluruh pergerakan alam boleh terhenti.."

“di dalam surga itu terdapat bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya. Tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka. Tidak pula oleh jin.”(Ar Rahman 56)

MUSTAHIL JADI BIDADARI =(

Sahabat,Nabi memujuk wanita di dunia dengan satu hadith yang diriwayatkan oleh al-Thabrani
berkitan tetang percakapan Rasulullah SAW dengan Ummu Salamah ra:
Aku (Ummu salamah) bertanya, “ Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau menjawab “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak daripada yang tidak terlihat”
Aku bertanya, “Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama dari bidadari?”
Beliau menjawab, “Karena shalat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah.....”

KPI BIDADARI DUNIA

1) BERSIFAT SEPERTI PERHIASAN
- Perhiasan mestilah cantik,bersih,kemas..jg penampilan diri,jg akhlak..dengan kata mudah sedap mata memandang sejuk telinga mendengarnya.
2) SABAR,TEGUH DAN TAHAN LASAK
3) MENJAGA KEHORMATAN DIRI
4) LEMBAH LEMBUT,PANDAI MEMUJUK TETAPI KENTAL
5_BERUASAHA MENCAPAI KESEMPURNAAN.
6)BEBUAT BAIK DENGAN OTANG YANG TIDAK BAIK DENGAN KITA
7_MENDOAKAN ORANG YANG KITA DENGKI
8)SABAR DENGAN KESAKITAN.
9)SELIA NAFSU
bagaimana hendak menyelia nafsu?Al-Junid berkata"kita perlu mememujuk nafsu kita dengan mengatakan,Wahai nafsu,aku tidak akan mengikut engkau krana aku ingin menjaga kemuliaanmu dihadapan Allah.perumpamaan lagi dibuat,menceraikan nafsu ini adalah sperti kita ingin menceraikan susu..(golongan wanita mesti merasai abgaimana susahnya ingin menveraikan susu.Aapa yang perlu..istiqamah,tasbih,komite dengan solat yang khusuk..

semoga kita semua beramal dengan KPI Bidadari yang ke 5,berusaha mencapai kesempurnaan supaya pada suatu hari nanti BIDARAI CEMBURU PADAMU...


Friday, February 5, 2010

Malam Nur Kasih

Di kesempatan yang ada ini..inurses ingin mengajak semua kawan-kawan ke "Malam Nur Kasih"

Wednesday, February 3, 2010

WAJAH BARU

Sudah lama rasanya inurses tidak mencoret apa-apa cerita di sini..kesibukan menunggakkan masa inurses untuk berkongsi di sini..

Kenapa Wajah Baru?
Mudah-mudahan..dengan wajah baru ini,inurses dapat menceriakan warna-warni kehidupan inurses bersama kawan-kawan semua..