Sunday, April 24, 2011

Dagang Pak Malau Dagang Bertempat

ISLAM KEMBALI ASING

DariAbu Hurairah Ra. Ia berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam; "Islam mulai berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing." (HR. Muslim)

Islam mulai tersebar di Mekkah dalam keadaan sangat asing. Sangat sedikit penganut dan pendokongnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia sehingga dianut oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian dari orang Islam merasa ganjil dan aneh bila melihat orang Islam yang ilt izam(komitmen) dengan Islam dan mengamalkan tuntutan Islam yang sebenamya. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang dingin oleh masyarakat dan sukar untuk diterima sebagai individu yang sehat.

Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu solat, tiba-tiba ada orang yang minta izin untuk menunaikan solat, maka tindakan itu dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak solat sambil bersenda-gurau ketika orang lain solat tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah .

Begitulah seterusnya nasib Islam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai Umat Islam dan marah jika dikatakan dia bukan orang Islam.


Wednesday, February 9, 2011

Tak Rugi Rindu Mereka


"Sukanya kalau aku macam dia?Sejuk mata memandang..jiwa sufi,fikrah haraki,fizikal jundi,idea qiadi.."
Jealous kah aku?atau teruk kah aku?
Kalau aku jealous, mudah-mudahan impaknya bukan negatif
Kalau aku teruk, harap-harap impaknya positif
Kenapa bermonolong?Ada yang tak kena pada diri dan pada hati..Adakah situasi ini dipanggil Muhasabah Diri?
Mudah-mudahan..
Aku sebenarnya sedang harapkan kebaikan...mencari tingkatnya iman
Teringat Syair Nasihat Imam Waqi' kepada Imam Syafie
شكَوْتُ إِلَى وَقِعٍ سُوْءَ حِفْظى
فَأَرْشَـدَنِي إلى تَرْكِ المَعاصِي
وَأَخْـبَرَني بِـأَن العِلمَ نُـورٌ
ونُـورُ اللهِ لا يُهدَي للعَاصى

Aku(Imam Syafiee) telah mengadu kepada guruku Waqi’ tentang buruknya hafalanku,
Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat,
Beliau memberitahuku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,
Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat

Telintas pula kalam mulia
"Dia memberikan hikmah(kemampuan untuk memahami rahsia syariat agama) kepada siapa yang Dia kehendaki.Siapa yang diberi hikmah,sesungguhnya dia telah diberi banyak kebaikan.Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal yang sihat ."
(al-baqarah 269)

Idea tertutup,ilmu tak melekat,hati serba salah..Ya Allah jauhkanlah aku dari bunga-bunga kemaksiatan,lindungilah aku dari perasaan keluh kesah dan dukacita,Ya Allah gembirakan aku dengan kurniaan sahabat-sahabat berhikmah disekelilingku..mudah-mudahan aku mampu mendapat pengajaran dan tempias hikmah itu..Sesunggunhnya aku merindui mereka..


Wednesday, November 3, 2010

Asam Rebus Batang Keladi Mutiara 1

asam sayur batang keladi..memang bessssst..buktinya..dah tinggal bunga kantan,daun kesum,asam gelugor dan sedikit kuah shaja..hu..hu..
Mutiara 1 pilihan :
" Hebatnya ALLAH SWT ni ialah Dia buat langit bumi tanpa contoh dan bahan binaan.Kita buat rumah ada bahan binaan iaitu batu dan kayu.Kita masak lauk pauk guna bahan iaitu rempah,daging dan sayur-sayuran.Tetapi Allah SWT sendiri,buat langit bumi tidak menggunakan bahan dan contoh.Maka amat munasabahlah kita sebagai orang Islam puja dan puji ALLAH SWT..."

Ucapan Alhamdulillah,praktikaliti Tauhid Asma' Wa Sifat: Allah pemberi rezeki..

Resipi Asam Rebus Batang Keladi
- Batang Keladi
- Ikan Tawar/ikan bilis tumbuk
- Asam Keping
- Daun Kesum
- Bunga Kantan
- Cili kering Blend
- Cili api
- Bawang Merah
- Bawang putih
- Kunyit hidup
- Lengkuas
- Garam Gula